Hiburan

“Bantu ikat tali leher dan turut menyisir rambut” Youtuber tersentuh dgn layanan pak cik ni ketika buat eksperimen sosial

Kuala Lumpur: Dilayan seperti anak sendiri. Itu pengalaman dilalui Youtuber, Leeroy Wong ketika melakukan eksperimen sosial di sekitar ibu kota, baru-baru ini.

Perkongsian video Leeroy atau mesra disapa Roy, 28, mendapat perhatian netizen apabila meraih lebih 1.1 juta tontonan dalam masa beberapa jam selepas dimuat naik di TikTok, hari ini.

Menerusi video itu, kelihatan Roy menghampiri seorang lelaki dan meminta bantuan untuk mengikatkan tali leher kerana tidak tahu dan kononnya datang ke ibu kota bagi menghadiri sesi temu duga kerja.

Lelaki itu tidak menolak, malah terus membantu mengikatkan tali leher dan turut membantu memakaikannya di kolar baju kemeja Roy.

Lebih membuat netizen tersentuh apabila melihat lelaki terbabit membantu menyisir rambut dan memberi kata semangat hingga Roy menangis.

Bercerita lanjut, Roy berkata, video itu dirakam pada 3 Januari lalu berhampiran pondok bas dekat pusat beli-belah Suria Kuala Lumpur (KLCC).

“Ketika itu, saya minta bantuan seorang pak cik yang berada di situ, namun dia tidak tahu cara mengikat tali leher.

“Jadi, dia minta rakannya iaitu pak cik yang ada dalam video terbabit untuk bantu saya.

“Pak cik itu bersungguh dan nampak ikhlas membantu, malah melayan saya seperti anaknya sendiri. Disebabkan itu, saya tersentuh dan menangis malah ia spontan, bukan dibuat-buat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Roy berkata, selain lelaki berkenaan, ada lima lagi individu yang sudi membantu mengikatkan tali lehernya sepanjang tiga hari melakukan eksperimen sosial.

LELAKI membantu Roy mengikat tali leher dan turut menyisir rambutnya.

Menurutnya, video itu dirakam untuk dimuat naik di saluran YouTube dan idea itu (melakukan sosial eksperimen) tercetus selepas melihat seorang Youtuber di Korea Selatan melakukannya.

“Jika tidak silap saya, belum ada lagi yang buat dengan jalan cerita seperti itu di Malaysia, jadi saya bersama rakan sepasukan cuba lakukannya.

“Tujuannya adalah melihat sejauh mana perpaduan dan semangat tolong menolong rakyat Malaysia membantu individu tidak dikenali tanpa mengira kaum dan agama.

“Ternyata, saya dapat menyaksikan sendiri betapa baik hatinya Malaysia menerusi eksperimen sosial tempoh hari,” katanya yang berasal dari Kuching, Sarawak.

Selain netizen, perkongsian video berkenaan turut mendapat perhatian seorang wanita dipercayai isteri kepada lelaki yang membantu Roy.

“Itu suami saya, dia memang penyayang dan suka menolong orang,” tulisnya.

Anak lelaki terbabit dikenali Qadd turut meninggalkan komen di ruangan sama.

“Itu abah saya , dia memang penyayang orangnya. Itu sebab .. tu dia selalu pesan, dia tak anak-anak berjauhan dengannya,” katanya.

Rata-rata netizan terharu dengan sikap harmoni yang di tampilkan 

azj_2002 Sangat terharu dengan sikap rakyat Malaysia  kita ini. Saya berharap kita semua dapat mengekalkan sikap seperti ini buat selama-lamanya. Amin.

Brader Pon Kita mahu semua bangsa hidup dlm harmoni, saling hormat menghormati, tolong menolong antara satu sama lain, bekerjasama dan sepakat , menghormati peganggan agama masing2, saling mempercayai antara sama lain..yg penting letak ideologi politik sebelah jgn merosakkan bangsa dan negara kita yg aman damai sebaliknya renungkan kehidupan kita semoga beroleh kebaikan..yg berkekalan..

Ramlee Agriculture Manusia yg berpegang teguh tali keislaman tiada isu menerima apa bangsa sekali pun untuk berkongsi di bumi ini, kerana semua bangsa ciptaan Allah.. yg jadi isu nya kerana darjat pangkat dan kekayaan yang mengalpakan kita utk semua itu..

SUMBER: HMETRO

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.