Uncategorized

Ini nasib pemandu lal0k lepas sebabkan 4 beranak m4ut

Kuala Lumpur: Pemandu kereta pacuan empat roda yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan empat sekeluarga di Kilometer 2 Jalan Lebu ke Mempaga berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR), Bentong dekat sini, kelmarin direman tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata perintah reman terhadap lelaki berusia 44 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Raub, Yusri Wanu Saki.

“Perintah direman terhadap suspek dikeluarkan bermula semalam sehingga 4 Februari ini bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan sedang disiapkan dan suspek akan dituduh di mahkamah secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada media, hari ini.

Kemalangan kira-kira jam 2.30 petang itu membabitkan kereta pacuan empat roda jenis Nissan Navara dipandu suspek dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Vellfire dipandu Mohd Nazri Hamid, 44 bersama isteri dan tiga anak.

Isteri Mohd Nazri, Raihan Mohamad, 43, serta tiga anaknya iaitu Ahda Dalili Mohd Nazri, 14; Ahmad Muaz, 7, dan Ahda Imtinan, 4, terkorban selepas tercampak keluar dari kenderaan akibat rempuhan kuat.

Mohd Nazri yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Aring, Gua Musang, Kelantan berkata, mereka sekeluarga bersama abang iparnya, Mohd Zaid, 46, bertolak dari kuarters kediaman di Felda Aring 1, 10 pagi, kelmarin untuk menghadiri kenduri kahwin anak saudara isterinya di Kajang, Selangor.

Dua lagi anak Mohd Nazri, masing-masing berusia 11 dan 12 tahun terselamat kerana menaiki kenderaan berasingan dipandu Mohd Zaid.

Siasatan awal polis mendapati, pemandu Nissan Navara dipercayai melanggar lampu isyarat sebelum merempuh kenderaan mangsa dari hadapan.

Zaiham dipetik sebagai berkata, pemandu Nissan Navara disyaki positif dadah jenis methapethamin dan opiat cedera di kepala akibat kemalangan itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pihak polis dalam kenderaan dinaiki suspek turut menemukan satu tiub straw lutsinar berisi syabu dan semakan mendapati dia mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah

Leave a Reply

Your email address will not be published.