Uncategorized

Keputusan B0cor Awal, Wakil Astro Dedah Siapa Individu Terawal Yg Dapat Keputusan Akhir GV8

“Saya tak rasa ada keputusan bocor. Saya tak tahu apa sebenarnya yang berlaku, mungkin ini kesalahan teknikal”.

Demikian respons Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad mengenai dakwaan keputusan keseluruhan pusingan akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) bocor dan diketahui lebih awal.

Menurut Raqim, dia sangat yakin tidak ada sesiapa yang membocorkan keputusan kepada orang luar kerana perkara tersebut (keputusan) adalah sulit dan tidak semua individu mengetahuinya.

“Daripada pihak kami, saya sangat pasti tak ada yang membocorkan awal daripada masa sepatutnya.

“Tetapi, isu ini kami boleh siasat. Mungkin ada masalah teknikal dari pihak sana,” katanya usai sidang media bersama barisan pemenang diumumkan malam tadi.

Tegas Raqim, individu terawal yang mendapat keputusan akhir GV8 adalah dirinya, ketua juri iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan juri jemputan, Joe Flizzow.

“Semua markah dikira oleh juruaudit yang duduk bersama dengan pasukan produksi di belakang pentas.

“Yang tahu dulu keseluruhan markah semestinya saya, Tok Ram dan semua juri. Jadi, tak mungkin keputusan malam ini (Ahad) bocor,” katanya.

Terdahulu, isu kebocoran keputusan akhir GV8 kecoh diperkatakan apabila terdapat sebuah portal hiburan yang memuat naik keputusan keseluruhan pertandingan tersebut, sejam lebih awal.

Lebih pelik, keputusan tersebut dikeluarkan ketika pusingan battle sedang berlangsung dan nama penulis tertera tidak berada di lokasi program.

Semalam Aliff Aziz, 31, menewaskan lima peserta lain menerusi mempersembahkan lagu Sampai Syurga secara solo dan lagu Dealova duet bersama Hafiz Suip.

Bagi segmen battle pula, Aliff berentap bersama Aweera menerusi lagu Bangun nyanyian asal Aman Ra.

Kemenangan itu sekali gus melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi.

Sementara itu, Nikki Palikat diumumkan selaku naib juara menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM50,000 manakala tempat ketiga pula milik Suki Low yang membawa pulang RM30,000.

Ramai tak puas hati Aliff Aziz juara GV8

Nama Nikki sohor kini (trending) dalam Twitter apabila gagal dinobatkan sebagai juara pertandingan nyanyian nombor satu tanah air, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) malam tadi.

Ramai dalam kalangan peminat melahirkan rasa tidak puas hati menerusi gelanggang laman sosial berkenaan apabila keputusan pertandingan seperti sudah dirancang sejak awal pihak penganjur, Astro.

“Apa benda ni? Nampak sangat nak naikkan Aliff. Saya sokong Aliff tetapi keputusan malam tadi sangat ‘obvious’ (jelas). Nikki dan Suki buat persembahan lagi bagus.

“Buat pertama kali saya rasa nak nangis tengok GV. Patutnya Suki atau Nikki tapi kenapa Aliff? Sejujurnya, kecewa dengan keputusan musim tahun ini.”

Kata orang, rumah sudah siap pahat masih berbunyi namun itu luahan rasa kecewa dan tidak puas hati para penonton setia program realiti tersebut.

Dalam pada itu, ramai juga tidak berpuas hati apabila peserta terbaik peringkat separuh akhir, Aweera ‘terduduk’ di posisi keenam namun memandang positif kekalahan pemilik nama sebenar, Nasharul Aweera Norhissham itu.

“Tahniah. Saya tetap berbangga walaupun Aweera bukan juara GV8 tetapi dia tetap juara di hati peminat.

“Aweera memang terbaik tak sangka dia nombor 6,” ujar seorang netizen dalam Twitter.

“Jiwa Rock Masuk Balada, Salah Rumah Lah” – Tok Ram Dedah Punca Sebenar ‘Kekalahan’ Aweera!

Juara di separuh akhir, nombor enam di final! Kedudukan bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Aweera malam semalam mencetuskan 1,001 persoalan terutama dalam kalangan peminatnya.

Menerusi platform media sosial, ramai yang tidak henti meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan kedudukan keenam Aweera.

Malah, kebanyakan mereka mempertikaikan keputusan daripada pihak juri.

Menjawab segala persoalan tersebut, Maestro muzik terkenal Datuk Ramli MS atau lebih dikenali Tok Ram berkata, kekalahan Aweera sebenarnya banyak berpunca daripada pemilihan lagu.

“Nombor satu pemilihan lagu salah. Lagu duet tu lagu perempuan.

“Kalau pada saya if lagu untuk minggu berikutnya keluar, saya tak tahu dan bila dah keluar dah tak boleh buat apa-apa.

“Jadi bila rakan duet perempuan akan ada masalah besar range, sebab lagu tu lagu perempuan, kalau dia nyanyi dengan lelaki ok.

“That song bukan dia execute very well,” katanya.

“Dengan jiwa rock masuk dalam balad, salah rumah la pada saya.

“Lagu Beggin so so. Rap pula, other people better than him,” katanya selaku ketua juri.

Untuk rekod, pada konsert final semalam Aweera membawakan lagu membawakan lagu Beggin’ (The Four Seasons) secara solo.

Untuk segmen duet Aweera akan bergandingan dengan Liza Hanim untuk menyanyikan lagu Sepi (Aina Abdul).

Menerusi persembahan tersebut, Aweera meraih markah sebanyak 63.9 peratus dan berada di kedudukan terakhir.

Dalam perkembangan lain, Aliff Aziz, 31, menewaskan lima peserta lain menerusi mempersembahkan lagu Sampai Syurga secara solo dan lagu Dealova duet bersama Hafiz Suip.

Manakala segmen battle, Aliff berentap bersama Aweera menerusi lagu Bangun (Aman Ra).

Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.

Penyanyi Nikki Palikat selaku naib juara menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM50,000 beserta sebuah trofi manakala tempat ketiga pula milik Suki Low membawa pulang RM30,000.

Sumber : astro gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.