Hiburan

KKM Lulus Pemberian V4ksin Utk Kanak2, Sekali Catriona Ross Bagi Satu Cadangan Utk Anak-Anak KJ

Menerusi laporan Astro Awani baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan Kanak-kanak 5-12 tahun akan diberi sunt1kan Pfizer.

Tambahnya, pilihan vaksin lain seperti vaks1n Sinovac juga akan diberi pertimbangan untuk pemberian vaks1n terhadap golongan tersebut.

Berita mengenai isu ini mendapat perhatian daripada Catriona Ross.

Di IG Story, pelakon ini ada berkongsikan paparan tajuk berita.

Catriona seolah-olah memberi gambaran bahawa rakyat Malaysia mungkin mahu melihat anak menteri divaks1n dan dipaparkan secara langsung di televisyen.

“Mungkin rakyat Malaysia sekarang nak tengok anak anda divaksin di tv nasional dulu,” tulisnya.

Vaksin untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun diluluskan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan meluluskan pemberian vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan itu dibuat melalui Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-368 yang bersidang hari ini dengan memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk vaksin Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection untuk digunakan bagi golongan kanak-kanak itu.

Kata beliau, vaksin jenis berkenaan mempunyai kekuatan lebih rendah berbanding vaksin Comirnaty yang diberikan kepada individu berusia 12 tahun dan ke atas.

Beliau berkata, PBKD turut meluluskan vaksin Comirnaty (Tris/Sucrose) 30mcg Solution for Injection iaitu vaksin Comirnaty dengan formulasi baharu yang tidak memerlukan pencairan (dilution) sebelum administrasi.

“Vaksin ini mempunyai tempoh jangka hayat lebih panjang, iaitu 10 minggu berbanding formulasi sedia ada (satu bulan) apabila disimpan pada suhu 2 ºC hingga 8ºC setelah dinyah beku.

“Indikasi Comirnaty (Tris/Sucrose) 30mcg Solution for Injection ini adalah untuk imunisasi Covid-19 kepada individu berumur 12 tahun dan ke atas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, pemegang pendaftaran bagi kedua-dua vaksin Comirnaty di atas adalah Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. dan dikilangkan oleh BioNTech Manufacturing GmbH, Jerman.

Menurut beliau, PBKD juga memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin Convidecia® Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) Solution for Injection sebagai dos penggalak kepada individu berumur 18 tahun dan ke atas.

Katanya, ia diperlukan dengan sela masa 3 hingga 6 bulan selepas menerima dos pertama daripada vaksin sama yang mana pemegang pendaftaran bagi vaksin ini ialah Solution Biologics Sdn. Bhd. dan ia dikilangkan oleh CanSino Biologics Inc., China.

“Kelulusan pendaftaran bersyarat ini masih memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin-vaksin tersebut kekal positif,” katanya.

Tangkap layar temu janji pemberian vaksin Khairy Jamaludin.

“Saya telah ambil suntikan vaksin” – KJ

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan dakwaan beliau belum mengambil suntikan vaksin seperti yang ditularkan di media sosial sejak semalam.

Beliau sebaliknya menegaskan telah menerima mendapat suntikan dos pertama vaksin CoronaVac pada 18 Mac 2021, malah merupakan individu pertama di Malaysia menerima vaksin keluaran Sinovac tersebut.

Khairy Jamaluddin berkata, beliau mendapatkan suntikan dos kedua pada 8 April 2021 dan menerima suntikan dos penggalak vaksin Comirnaty keluaran Pfizer pada September lalu sebelum berlepas ke Himeji, Jepun bagi Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WPRCM) Ke-72.

“Sejak semalam telah tular tangkap layar (screenshot) palsu mengenai butiran peribadi dan status vaksinasi COVID-19 saya yang disemak melalui laman sesawang https://www.vaksincovid.gov.my/semak-status/.

“Dalam tangkap layar itu, status janji temu saya dinyatakan sebagai ‘sedang diproses’ sementara butiran lain seperti lokasi pusat vaksin, tarikh dan masa janji temu tidak dinyatakan.

“Untuk makluman laman sesawang tersebut diwujudkan pada peringkat awal pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi memudahkan urusan semakan kepada orang awam.

“Bagaimanapun selepas kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus pada Oktober 2021, laman sesawang tersebut tidak lagi aktif atau dikemas kini,” jelasnya dalam satu hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, pengambilan dos pertama beliau turut disiarkan secara langsung di saluran televisyen dan beliau menunjukkan paparan MySejahtera selepas menerima vaksin tersebut.

Justeru, katanya, beliau menafikan maklumat yang dipaparkan dalam tangkap layar yang tular tersebut dan meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menidakkan usaha vaksinasi negara

Jadi apa pendapat anda?

Sumber:Cari, UTUSAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published.