Hiburan

Lepas kongsi kisah beli beras, Aishah dedah dpt byk DM nak m4ki hamun

PERKONGSIAN penyanyi Aishah tentang pengalamannya sebagai seorang isteri yang bertanggungjawab membeli beras untuk keluarga mengundang rasa kurang senang banyak pihak.

Kata Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 57, dia menerima banyak teguran dan cacian daripada pengikut media sosial kerana mendakwa bertindak membuka aib bekas suami.

“Marah betul sesetengah orang apabila saya menceritakan pengalaman sebagai isteri yang beli beras.

“Relax… saya sebut begitu kerana ia betul-betul terjadi. Bagi saya ia tak aib apa pun.

“Itu realiti pengalaman saya dan saya percaya ianya realiti ramai kaum wanita lain. Tak payah bertubi-tubi DM (direct message) nak maki hamun saya,” katanya.

Aishah berkongsi kegembiraan apabila menerima hadiah aksesori tangan jenama Pandora daripada anak sulungnya.

Sebelum ini penyanyi lagu Janji Manismu ini berkongsi kegembiraan apabila menerima hadiah aksesori tangan jenama Pandora daripada anak sulungnya, Armand Azhari pada ulang tahun kelahirannya yang ke-57.

Malah pada perkongsian yang sama Aishah berkata sepanjang kehidupannya bergelar seorang isteri, dia tidak pernah ‘dimanjakan’ dengan pemberian hadiah daripada orang tersayang.

Saya tidak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah. Seumur hidup saya la isteri yang membeli beras

“Saya tidak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah. Seumur hidup saya la isteri yang membeli beras,” tulisnya.

Rata-rata netizen terkejut dengan perkongsian berkenaan namun mendoakan agar Aishah diberikan kebahagiaan dan kesihatan yang baik.

Pada 2017 Aishah memaklumkan dia sudah sudah kembali berumah tangga selepas enam tahun bercerai dengan suami ketiganya iaitu pada 2011.

Aishah mengakui tidak tinggal sebumbung dengan suami sejak empat bulan lalu selepas lima tahun melayari bahtera rumah tangga.

Menerusi perkahwinan terdahulu Aishah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Hasil perkahwinan pertama dia dikurniakan Armand Azhari, 28 dan perkahwinan kedua dikurniakan Azhad Ahlami, 23.

Pada penghujung November tahun lalu, Aishah mengakui tidak tinggal sebumbung dengan suami sejak empat bulan lalu selepas lima tahun melayari bahtera rumah tangga.

Bagaimanapun sehingga kini tidak dapat dipastikan tentang status rumah tangga penyanyi berkenaan.

Jom baca biografi dan latar belakang Aishah Gegar Vaganza musim empat tahun 2017:

Nama penuh Aishah: Wan Aishah Wan Ariffin

Status: Berkahwin

Kerjaya: Penyanyi dan ahli politik

Lagu hits Aishah: Janji Manismu, Camar Yang Pulang, Di Bawah Telapak Kaki Ibu, Melukut Di Tepi Gantang

Album Aishah:

Album Studio (Solo):

Aishah (1990)

Aishah II (1991)

Aishah III: Asia Sedunia (1992)

Klasik (1993)

Wajah (1995)

Tiada Duka Untuk Apa (1996)

Tiada Akhirnya (1998)

Pulanglah Perantau (2000)

Kurnia (2006)

Anak (2010)

Album Kompilasi:

Merenung Bulan (1996)

Memori Klasik (1996)

No 1 Pop & Klasik (2003)

Keunggulan (2006)

Pencapaian:

Pemenang Juara Lagu 1990 – Janji Manismu

Pemenang Juara Lagu 1995 – Cinta Beralih Arah

Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik 1995

Album Pop Terbaik Anugerah Industri Muzik 1996 – Album Wajah
Menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kategori Penyanyi Wanita Popular
dan Artis Paling Popular pada 1990

Menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kategori Penyanyi Wanita Popular pada 1991

Menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kategori Penyanyi Wanita Popular pada 1992

Leave a Reply

Your email address will not be published.