Uncategorized

“Masa Komen Mcm Tiger, Bila Jumpa Semua Mcm Baby”-Ali Puteh mula bersuara

Pelawak, Ali Puteh seakan sudah lali dengan kecaman netizen apabila dia dituduh macam-macam selepas konflik bersama balu arwah Abam, Nor Hidayah.

Lebih setahun berlalu, akaun media sosial Ali sehingga kini masih menerima pelbagai komen negatif daripada netizen yang tidak berpuas hati.

Membalas kepada kritikan itu, Ali berkata dia sudi berjumpa dengan netizen untuk bercakap secara berhadapan.

Jelas pelawak itu lagi, sebelum ini dia pernah melaporkan kepada pihak polis beberapa akaun yang ‘menyerangnya’ di Instagram tetapi apabila bertemu di balai karakter mereka bertukar ‘kucing’.

Tambahnya lagi, tujuannya ajak bertemu netizen empat mata bukanlah untuk bergaduh. Dia hanya selesa berbincang secara berhadapan.

Harap mana yang saya pernah jumpa di balai tu munculkan diri komen ok. Ada video semua cuma tak nak sebarkan malu kat netizen-netizen yang saya jumpa macam kucing tu.

Cuma pesan berpada-padalah bila komen. Nak kepastian ke apa ke set tempat kita kopi kopi ok…muaaahhhxx

Ali sempat berpesan kepada netizen agar berpada-pada ketika meninggalkan komen atau mesej di Instagram orang lain. Untuk sebarang kepastian, dia sudi meluangkan masa berjumpa netizen.

Kredit: Instagram Ali Puteh

Leave a Reply

Your email address will not be published.