Entertainment

Netizan jumpa ‘kembar’ Datuk AC Mizal, ini reaksi win tuan badan ‘Lentik’ saya lain’

Kuala Lumpur: Akibat tular video lelaki sedang menari mirip wajahnya, pengacara, pelakon dan penyanyi popular, Datuk AC Mizal, 50, tak henti-henti menerima notifikasi di telefon selama dua hari.

AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini menerusi hantaran di media sosial dengan selamba bergurau bahawa persembahan tarian itu adalah pendapatan sampingannya.

“Saya terpanggil menjawab banyak pertanyaan sampai anak saya sendiri cakap tak pernah nampak bapanya pakai singlet hitam.

“Ini bukan saya. ‘Lentik’ saya lain, saya tak cukur ketiak okay! Okay siapa sebarkan video ini? Saya terpaksa cari ‘job’ sampingan. Tak guna ada bakat kalau tak tonjolkan. Dua hari notifikasi telefon tak berhenti-henti. Ingat apa, sudah pecah lubang (kantoi) saya buat ‘job’ tepi itu selain dari hos. Hebat tak? Demi mencari rezeki, tambah pendapatan,” katanya.

Menerusi hantaran itu, AC turut memuat naik video tarian lelaki tidak dikenali itu yang mempamerkan tarian lentiknya di sebuah acara.

Video memaparkan lelaki sedang menari yang wajahnya mirip AC Mizal.

Individu terbabit turut menggunakan lagu Fiona nyanyian 4U2C sebagai muzik latar.

Terdahulu, video berkenaan yang dikongsi di TikTok menjadi perbualan apabila wajah lelaki itu mirip AC.

Gabungan Hebat! AC Mizal Bergabung Bersama Anaknya Dalam Single MINE

Darah seni yang mengalir dalam tubuh selebriti versatil, Dato’ AC Mizal, 49, kini dipanjangkan oleh anak terunanya, Muhammad Reeve Damien berusia 18 tahun.
Legasi yang diteroka suami kepada Datin Emylia Rosnaida ini sejak menganggotai kumpulan rap 4U2C meledak di era 90-an ternyata berkesinambungan.

Lamaran syarikat rakaman Universal Music Malaysia menyunting anaknya yang selesa dipanggil Damien disambut baik.

Penantian sekian lama juga cukup berbaloi biarpun harus menempuhi situasi tak terduga pandemik COVID-19 hingga melengahkan tempoh waktu perancangan asal single sulung berjudul MINE dilancarkan.

Istimewanya juga, MINE buat julung kali menyaksikan gandingan pertembungan dua generasi antara pengacara popular itu dengan anaknya.

“Segala mengenai pembabitan dan perjalanan proses pembikinan lagu ini membuatkan saya teruja dan bangga. Semuanya dibuat dengan teliti. Untuk single pertama anak saya menyatukan kami dan menjadi sisi lain yang buat tersentuh hati dan terharu.

“Tak pernah terjangka semua ini akan berlaku dan tersusun cantik. Penantian bertahun tahun yang saya pendam dan harap, benar benar direalisasikan

“Akan datang saya dan dia akan satu pentas membuat persembahan. Ia rasa yang tak terungkap dengan kata kata,” kata pemilik nama sebenar Mizal Zaini itu.

Tambah AC, lagu MINE juga menyaksikan anaknya sebagai penerbit lagu dan penulis lirik selain menyumbangkan vokal. MINE yang bernuansa Pop R&B dan Hip Hop dicipta khas oleh Adam E, Freddie Laut dan ADL. Liriknya pula hasil nukilan Damien, AC di samping Adam E dan ADL.

“Lagu ini sepatutnya dilancarkan tahun lalu. Tapi siapa mampu menebak, dunia diserang wabak COVID-19 hingga sekatan pergerakan dilaksanakan. Setahun juga menanti kerana perlu berdepan beberapa siri penangguhan.

“Jadi ia akhirnya dibawa tahun ini. Lagu itu dirakamkan 3 Januari lalu. Manakala video muziknya pula dilunaskan penggambarannya pada 10 Oktober lalu. Saya serahkan tanggungjawab memberi nyawa untuk lagu ini kepada anak. Lagipun anak saya lebih arif dengan apa yang dirasakan sesuai pada zaman sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, AC juga bangga melihat Damien yang cukup bersedia dengan setiap proses dari mula hingga selesai.

“Saya sendiri tak mahu projek lagu duet ini jadi asal boleh. Saya dan anak mahu ia dihasilkan sesempurna mungkin. Pihak Universal Music sendiri faham kehendak dan hala tuju diingini kerana saya jenis yang mementingkan kesempurnaan. Pendek kata, bunyi, susunan lagu dan video muzik sampai pada paras kepuasan saya.

“Ternyata anak saya seperti lulus dengan baik untuk percubaan sulungnya ini. Tak banyak aspek yang perlu diubah. ‘Feel’ yang dizahirkannya dalam lagu ini juga kena. Saya sendiri juga turut menyanyi rap dengan suntikan elemen yang baru dan tidak seperti kebiasaan,” katanya lagi.

Sementara itu, Damien berterima kasih kerana impian yang ditunggu menjelma juga akhirnya.

“Ia satu perasaan menakjubkan apabila impian yang dulu hanya angan-angan dapat direalisasikan. Saya mahu berterima kasih kepada bapa dan Universal Music kerana menjadikan ia sebuah kenyataan.

“Saya sendiri mengikuti kelas belajar vokal dengan bapa lebih enam bulan. Lega rasanya penantian itu akan membuka lembaran dan cabaran baru,” katanya yang sudah bermain gitar lebih lima tahun lalu.

MINE menurut pemahaman Damien ialah sebuah karya cinta di era moden termasuk sisi berdating dalam talian.

Lagu ini telah tersedia di semua platform penstriman digital sejak 10 Disember lalu manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.