Amalan

Paling aku terkilan kadang bila lepas aku mandi even dah bagi hint kita nak keluar tapi dia masih buat2 tak tau

Assalamulaikum min. pertama skali mintak maaf kalau ada terslh bhs or ckp. just nak luah sgala apa yang terpendam dan nak mntak nasihat drpd ahli2 dlm group ni.

biasa kita dengar menantu perempuan yang tersiksa kalau stay stay sama serumah dengan mertua kan. tpi dlm kes aku ni lain lak, aku as adik ipar perempuan tersiksa sangat bila kakak and abg ipar aku dri awal kahwin smpai skrg masih stay serumah dengan kitorg adik bradik.

btw adik bradik kitorg yang perempuan masih ada 4 org lagi yang belum kawin and still duduk rumah tu. mak aku masih ada just bapak aku je yang dh takde. tersiksa sangat min, rs macam segala benda nak buat semua terbatas dlm rumah tu sebab ada abg ipar,

dh macam bukan dia yang menumpang dkt rumah kami, macm kami lak yang menumpang.. kena tutup aurat 24jam tu mmg berat sangat. kdg aku rs give up nak tutup aurat dlm rumah sendiri. takkn nak berbungkus dengan tudung 24 jam dlm rumah kot.

Paling aku terkilan kadang bila lepas aku mandi even dah bagi hint kita nak keluar dari bilik mandi tapi dia masih buat2 tak tau. atleast lari la kjp ke ruang tamu ke, ke tmpt lain ke.. rimas sangat min.

terserempak tak pakai tudung dengan dia dlm rumah tu memang slalu sangat min smpai rs giveup fedup semua ada. berdosa sangat rs bila giveup nak tutup aurat dpn dia. anak dia dri kecik smpai dh skolah still lagi mak aku yang jaga, kdg kesian tengok mak aku nak pegi mana2 pun susah sebab terikat nak jagaa anak dorg.

pernah dh mak aku ckp, dia tak larat dh nak jaga. dh berpuluh kali dh ckp, tpi tu laa, kalau dorg pergi kerja, tinggal anak dia dkt rumah, nak tak nak mak aku la yang terpaksa jaga en sebab sapa lagi yang ada dkt rumah selain mak aku. mak aku dh tua min,

and lama dh tak bekerja sejak bapak aku meningg4l.. aku rasa masa muda aku ni byk disia siakn dengan jaga n hadap anak dorg, dulu lps hbis spm mmg aku yang jaga sebab aku kesian dengan mak yang dh tua, rela tak cari kerja smntara tunggu result upu. pdhl aku dh niat nak cri duit lebih sebelum masuk uni.

Lps tu masuk uni brpa bulan je and then online learning dkt rumah, tu lagi la stress sebab dh la esaimen berlambak pastu nak kena hdp bunyi bising anak2 dia dkt rumah lagi, nak kena hdp tutup aurat 24 jam lagi.

mmg toksik sungguh aku rs suasana rumah skrg. pernah dh aku bergaduh dengan abg ipar aku luah apa yang terpendam, apa yang aku tak puas hati, sebab tak thn sangat emosi, mental, fizikal letih nak hdp benda tu. tpi dia pulak cop aku sombongg, bru masuk uni dh sombong dengan ipar duai.

pandai dia putar belit keadaan. aku ckp ngn mak aku, bukan tanggungjwbb kita dh nak jaga anak2 dorg, bukan kita yang spatutnya berkorban masa emosi, smpaikan nak kluar rumah pun susah sebab takde org jaga anak dia,

sdgkn dia laki bini senang je nak pegi kerja traveling sana sini tanpa fikir apa2. aku rs dia buat mak aku macam bibik dh. dulu lagilah teruk, masak mkn minum anak dia mmg mak aku yang byk sediakan, tpi sejak aku bergaduh dengan abg ipar aku, aku dh brainwashed mak aku, jgn terlampau baik sangat sedia semua benda dengan dorg smpaikn dorg lupa tanggungjwbb.

sejak dri tu la kitorg mula berasingn brg dapur, masak dh asing2, semua laa asing2. yang aku tak fhm, even dh asing2 semua benda, dia masih jugak nak serumah dengan kitorg. aku taktau la parasit level apaa dh nak cop dkt dorg.

aku fahamm kos sara hidup mmg sangat2 tinggi, lagi2 yang bru nak kawen, tpi makin kita faham makin tu la org amik kesempatan smpai la bertahun tahun skrg masih duk menumpang rumah org tua. aku rs toksik sangat dh.

Aku skrg ni, jdi mkin pemarah, pendendam, bila tengok lelaki je mesti cop semua samaa. pdhl ramai je lelaki yang elok takde prangai macam tu. smpai skrg aku still kwl emosi aku even berkali2 jugak gagal, aku slalu byangkn kalau lah bapak aku masih ada..

takde nya kakak and abg ipar aku brani buat kitrog macam ni. aku rs dh lamaa dh abg ipar aku tu kena halau dri rumah ni dengan bapak aku. so skrg ni aku nak mintak nasihat korg, macam mana nak elak kn diri dri fikir benda bukan2.

Aku rasa sampai tahap rasa nak bvno je abang ipar aku tu ya allah. sebab dia dah byk sangat rosakkan masa muda aku sdgkn aku yang belum kawen ni.. buat susu anak dia, tidurkn anak dia, pakai pampers basuh berak anak dia,

kalau skali skala tu okay la jugak tolong jaga anak2 buah.. ni bertahun tahun hdp siapa je yang boleh sabar. rs trauma aku nak kawen kalau macam ni gayaa lelaki. tanggungjwbb kemainn sesuka hati campak bgi kat org.

smpaikn kalau aku rs stress sangat2 aku doa yang bukan2 dkt dia. aku tahu slah and tak boleh, tpii tu la geram sangat. aku hrap laa nnti bila dia dh tuaa, anak2 dia buat dia rs macam mana dia buat kat mak aku. sorry kalau ayat berterabur. thanks min share luahan ni

sumber: krt

Leave a Reply

Your email address will not be published.