Amalan

Penumbang bas dirasuk oleh ‘sesuatu’ sampai menari semasa perjalanan KL ke Penang. Pemandu bas terpaksa buka mulut kongsi kisah sebenar

“KEPADA mereka khususnya netizen, jangan bermulut celupar atau komen yang bukan-bukan kalau tak tahu cerita!”

Demikian tegas seorang pemandu bas susulan video memaparkan seorang penumpang sedang meracau, menjadi tular di media sosial pada Ahad.

Hanya mahu dikenali sebagai Helmi, lelaki berkenaan berkata dia kecewa apabila membaca komen warganet yang seolah-olah tidak sensitif dan umpama mempermainkan insiden demikian.

“Ada yang komen macam-macam kononnya penumpang itu sedang khayal, mabuk ketum dan sebagainya…. saya pun jadi panas hati apabila membaca,” ujarnya.

Mengimbas kembali insiden pada awal pagi Sabtu itu, Helmi berkata ia berlaku ketika dia sedang bertugas memandu bas ekspres dalam perjalanan ke arah utara.

“Penumpang itu berdua dengan ibunya naik bas yang saya pandu. Waktu sedang memandu, saya dengar mak dia jerit dan ajarnya mengucap. Ketika itu jam menunjukkan pukul 1.20 pagi dan betul-betul lalu Gua Tempurung, Prak iaitu KM317 arah utara.

“Waktu kena ‘tegur’, dia menari. Saya teruskan pemanduan ke hentian R&R terdekat iaitu Simpang Pulai. Sepanjang perjalanan sebelum sampai R&R, dia menari. Saya pasangkan ayat ruqyah dan ayat suci al-Quran.

“Dia menari di tempat duduknya sahaja. Bila sampai, kami bantu pulihkannya. Alhamdulillah, dia sedar 15 minit kemudian. Kami tanya apa yang berlaku, dia jawab ternampak sesuatu.

Salah satu nahas ngeri yang berlaku berhampiran Gua Tempurung. Foto: Bernama

“Tapi semuanya dah selesai. Penumpang itu pun dalam keadaan yang baik saja selepas itu,” ujar lelaki pertengahan usia 30-an ini.

Berkongsi lebih lanjut, Helmi berkata insiden sedemikian bukanlah yang pertama dialaminya sepanjang 12 tahun berkhidmat sebagai pemandu bas ekspres.

“Ini kejadian kedua penumpang kena ‘tegur’ sewaktu saya bertugas. Kejadian pertama berlaku beberapa tahun lepas.

Kalau lalu kawasan panas, minta hati-hati. Nampak apa-apa aneh, jangan tegur.

“Sebenarnya kami pemandu lori dan bas memang faham dah selok belok laluan lebuh raya. Laluan di Gua Tempurung ni memang salah satu di antaranya kerana kerap terjadi kemalangan maut.

“Memang biasalah juga nampak budak melintas dan perempuan melintas jalan awal pagi. Jadi apabila berlaku perkara macam ini, insyaAllah apa yang kita belajar, kita cubalah handle,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia sendiri terkejut apabila video berkenaan menjadi tular di media sosial dan hanya mengetahuinya melalui rakan.

KOMEN NETIZAN

“Macm tangan ada kuku seram tengok.

“Area sana memang tempat buangan/peralihan, aku sendiri pun pernah kena tumpang time drive kereta sorang2 dari kl-ipoh smpai ke kawasan ni kereta jadi berat.
Meter kereta duk tang 50kmh 15min walaupun paddle mnyak cecah lantai, bhgian depan mninggi/terjongket sdikit maknanya blakang ada benda berat, brhenti R&R dlam 15min then start prjalanan alhamdulillah back to normal..” kongsi seorang netizan

Antara komen-komen netizen pada perkongsian video tular itu.

“Saya kongsi video tu dekat grup WhatsApp pemandu-pemandu bas untuk tujuan peringatan dan mahu mereka hati-hati. Tapi tiba-tiba jadi viral dan memang saya terkejut.

“Memandangkan video dah viral, saya cuma harapkan ia boleh dijadikan sebagai peringatan kita bersama. Kalau lalu kawasan panas, minta hati-hati. Nampak apa-apa aneh, jangan tegur.

“Kepada netizen atau keyboard warrior yang bermulut celupar, kalau tak tau cerita, jangan komen. Kasihan kepada penumpang tu. Yang komen ni mungkin belum kena sebab mereka tak berada di atas jalan raya selalu. Jadi jangan bermulut celupar,” katanya lagi.

Tutup segera 10 ‘pintu’ ini agar jin, syaitan tidak berjaya rasuk ke dalam diri manusia

Mungkin ramai yang tak perasan, sebenarnya ada 10 pintu di mana jika tanpa sedar kita membukanya, maka akan masuklah jin ke dalam tubuh badan kita.

Daripada semua pintu yang akan saya kongsikan, ada tiga pintu yang pertama untuk kita beri perhatian agar jangan sampai kita lakukannya. Mengapa? Kerana ketiga-tiga pintu inilah yang boleh dikatakan sebagai pintu utama, yang akan menyebabkan terbukanya pintu-pintu kecil yang lain.

Pintu-pintu itu ialah:

1. Sombong

Perbuatan sombong sangat dimurkai Allah. Sifat ini sangat disukai jin dan sifat ini jika ada pada seseorang manusia sangat berpotensi untuk jin masuk ke dalam badan kerana sombong adalah sifat utama Iblis yang merupakan ketua kepada semua jenis jin kafir. Dengan sebab sombonglah yang menghalang Iblis untuk tunduk kepada Nabi Adam walaupun diperintahkan oleh Allah.

Seseorang yang berada dalam kemurungan dan tekanan senang untuk mendapat gangguan jin.

Allah berfirman di dalam Surah Sad ayat 74 yang bermaksud: “Melainkan Iblis, dia berlaku sombong takbur (mengingkarinya), serta menjadilah dia dari golongan yang kafir.”

2. Tamak

Sikap tamak dan cintakan dunia sehingga melupakan akhirat, akhirnya akan melahirkan pula pelbagai penyakit hati yang lain iaitu ujub, bangga diri, iri hati dan dengki. Tamak dan cintakan dunia akan menyebabkan jin syaitan akan memainkan peranan mereka sehingga menghalalkan segala cara asalkan dapat keduniaan kita. Hak orang akan jadi hak kita, harta orang akan kita rampas jadi harta kita dan sebagainya. Pada kesempatan inilah manusia akan menjadi syaitan!

3. Hasad dengki

Sifat hasad dan dengki sesuatu yang Allah haramkan, nakkan kelebihan yang ada pada orang lain terhapus. Ketika inilah iblis dan syaitan memainkan peranan mereka menghasut seseorang sehingga sanggup melakukan perkara syirik termasuk menggunakan sihir dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu, amalan sihir ini sangat banyak hatta ustaz pun kena sihir dan nabi SAW sendiri pun terkena sihir dengan orang Yahudi. Allah tak akan ampunkan dosa syirik. Seseorang itu perlu mengucap semula.

4. Jahil tentang agama

Bodoh atau kejahilan kita tentang agama Islam yang sebenar apabila semua amal yang dilakukan, yang mana tidak berasal daripada yang nabi SAW lalukan, selain daripadanya akan tertolak. Orang sebegini sangat berpotensi mendatangkan jin kafir dalam tubuh mereka malah ia sangat dicintai makhluk itu.

Allah berfirman: “Dan jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahan-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka…” [180: Ali-Imran]
Menurut Syeikh Abdul Wahid Salam Bali, ketika beliau melakukan rukyah kepada seseorang, jin mengaku masuk melalui lubang dubur, di saat orang itu masuk ke bilik mandi tanpa membaca doa terlebih dahulu.

Ada seorang yang hafal al-Quran telah dirasuk oleh jin (jin masuk ke dalam badannya), adalah disebabkan orang itu makan dengan tangan kirinya. Ada juga keadaan di mana seorang yang dirukyah, jin masuk ke dalam badannya kerana zikir dengan menyebut-nyebut kata Al Jabbar, tetapi dengan niat untuk minta kekuatan, bukannya kerana Allah.

5. Pemarah

Seorang yang sedang marah maka ketika itu tekanan darahnya tidak teratur, jantung berdegup kencang, dan disitulah syaitan mudah sekali untuk masuk. Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya syaitan menyusup dalam diri manusia melalui aliran darah.”.(Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari no. 3281 dan Muslim no. 2175].

6. Suka berangan

Panjang angan-angan akan menyebabkan kita lupa persiapan untuk akhirat kita dan akan mengakibatkan kita melakukan segala perkara untuk dunia. Juga akan menyebabkan kita merasa tidak cukup dan tidak bersyukur dengan apa yang Allah telah kurniakan kepada kita.

7. Rakus

Sifat ini membuka peluang keemasan kepada syaitan untuk masuk dan menyebabkan kita lupa yang halal dan haram dek kerana kerakusan kita contohnya terhadap harta dunia sehingga lupa sesuatu itu rasuah, judi dan sebagainya.

8. Kedekut atau bakhil

Allah berfirman: “Dan jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahan-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka…” [180:Ali-Imran].

Sikap suka menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada juga antara perbuatan digemari jin, syaitan. – Gambar hiasan.

Sifat bakhil ini sangat disukai syaitan bahkan syaitan akan melakukan segala tipu daya supaya kita tidak bersedekah sedangkan sedekah akan menambahkan kekayaan, menghalang bala, memanjang umur dan menambah keberkatan hidup kita serta menjauhkan dari api neraka.

9. Suka dipuji

Gemar dipuji dan akan membuat kita akan berasa bangga diri, riyak dan keadaan ini akan menyenangkan syaitan membuatkan kita lupa diri dan akan melakukan perkara mungkar.

10. Riyak

Riyak membuatkan segala amalan yang dilakukan dengan riyak tidak akan diterima oleh Allah. Sia-sia sahaja usaha kita kerana tidak ada ikhlas. Di akhirat nanti Allah akan suruh kita cari untuk siapa kita riyak supaya meminta balasan dari mereka itu. Syaitan sangat suka sifat ini supaya akan bersama-sama dengan mereka di dalam neraka. Nauzubillah.

sumber: mstar, kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.