Amalan

Per4ng pakring pemilik viva, kenari cuit hati netizen. Tapi alasan wanita ini memang tak masuk akal

PETALING JAYA- Sudah terang lagi bersuluh kereta yang diparkir seorang wanita terkeluar daripada petak sehingga memakan ruang parkir pengguna kenderaan lain mencetuskan pergaduhan di media sosial menarik perhatian netizen.

Menerusi satu hantaran di laman media sosial oleh seorang pengguna yang bernama Fahmi, beliau berasa geram dan tidak puas hati dengan tindakan seorang pengguna wanita menghimpit kenderaannya dengan parkir memakan ruang di petak parkirnya yang boleh mencalarkan keretanya.

“Bukan pakai kereta besar pun. Susah sangat ke nak letak elok-elok dalam petak. Kalau calar kereta aku siap,” katanya.

Menerusi satu hantaran berlainan, pemilik kenari yang juga seorang wanita, membalas dengan menjelaskan bahawa perbuatan menghimpit kenderaan lelaki terbabit merupakan satu fitnah ke atas dirinya.

“Nak cari publisiti kan, fitnah saya. Dia yang datang himpit kereta kenari saya. Jatuhkan maruah saya dan kenari saya.

“Berani kerana benar, bersaksikan Allah tolong buka dan baca kisah Kenari lawan Viva. Selamat malam Fahmi, tidur lena ya,” ujarnya lantang.

Tangkap layar menunjukkan perdebatan dua pengguna kenderaan mencari kesalahan masing-masing di petak parkir mencuit hati netizen.

Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi yang mencuit hati pengguna platform media sosial dan ada yang membuat usikan nakal mendoakan kedua-dua pengguna ini bertemu jodoh.

Namun apa yang mencuit hati, pemilik kenari tampil mempertahankan tindakan beliau yang terang-terang salah pakring

“Kalau dua-dua masih bujang, elokla berkahwin, mesti bahagia macam drama Melayu mula-mula benci tapi makin lama akan sayang,” jelas Zin Yusof.

“Perempuan memang selalu benar tetapi kes ini saya tidak sokong perempuan ini,” ujar FallerYstia Sintom.

“Masalah rumah tangga jangan dibawa ke jalanan/parkir,” tulis Amnur Aiza

(Video) Mungkin Ada Yang Belum Mahir, Ini Teknik Mudah ‘Reverse Parking’ Sempurna, Masuk ‘Ngam-ngam’ Dalam Kotak

Parkir kereta sememangnya bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan semua orang.

Untuk memarkir kereta ini bukan boleh main langgar sahaja. Ini kerana, parkir kereta memerlukan cara serta teknik yang betul supaya kereta anda itu boleh terduduk dalam kotak parkir dengan kemas.

Mungkin ramai sudah mengetahuinya ekoran telah belajar di sekolah memandu, namun bagi yang masih berasa risau atau takut-takut untuk parkir kereta secara mengundur, ini kami kongsikan panduannya.

Satu akaun TikTok bernama @auto.parts.laboratory ini ada berkongsikan satu video berkenaan cara-cara parkir kereta secara mengundur.

Jelas kelihatan sekali terdapat beberapa teknik yang ditekankan dalam video tersebut. Antaranya ialah memastikan cermin sisi anda selari dengan garisan parkir terlebih dahulu dan pusingan yang perlu dibuat pada steering.

Jadi, untuk anda belajar dengan lebih jelas dengan teknik yang ditunjukkan itu, ikuti video tersebut seperti berikut:

Sumber: @auto.parts.laboratory

Leave a Reply

Your email address will not be published.