Hiburan

“Permintaan Tulus Sebelum Aku Tutup Mata” – Hajat Azhan Rani Sempena Hari Lahirnya Esok Buat Ramai Tersentuh

Sempena hari ulang tahun kelahiran yang akan menjelma esok, pelakon Azhan Rani mengemukakan sedikit permintaan tulus daripada hatinya.

Menurut Azhan, sudah lama dia mengidam sambutan hari lahir sebegitu dan mengharapkan ia terjadi tahun ini.

Katanya, dia tidak mengharapkan gimik, kejutan, ucapan, hadiah dan sebagainya namun cukup hanya dengan mendoakannya dalam hati.

“Permintaan tulus dari katil pesakit ni sebelum aku tutup mata. Sebenarnya lama dah aku mengidam birthday yang macam ni, boleh tak kali ni bagi pada aku.

“Tak payah gimik, acah buat surprise, menyanyi bagai.. kalau tak boleh bagi setiap tahun, bagi kali ini pun jadilah.

“Kalau jadi..terima kasih, aku akan anggap ni hadiah birthday paling tenang pernah aku dapat,” kongsinya di Instagram.

Dalam entri, Azhan berkongsi foto dirinya di hospital beserta ayat “cukup cuma doa dalam hati saja”.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Azhan mendoakan kesembuhan segera untuknya.

Terdahulu, Gempak melaporkan pelakon Beto Kusyairy mengesahkan rakan baiknya itu mengalami kemalangan motosikal pada Isnin.

Beto juga memaklumkan keadaan Azhan yang telah stabil namun masih dalam jagaan pakar.

Dua hari selepas itu, Azhan mula muncul di media sosial berkongsi perkembangan mengenai dirinya termasuk menjalani pembedahan tulang skapula Khamis lalu.

Azhan Rani ingat detik kemalangan, rupa-rupanya 2 remaja naik motor kapcai jadi punca

SUSULAN terlibat dalam kemalangan motosikal pada Isnin, pelakon Azhan Rani mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang membantunya pada hari kejadian.

Azhan, 45, juga bersyukur dan menghargai tindakan pantas pemandu lori mengawal situasi agar tidak berlaku perkara yang lebih buruk.

“Buat bro Firdaus dan sesiapa sahaja yang bantu saya pada hari kejadian 17 Januari lalu sekitar 12.30 tengah hari di Jalan Templer Park menghala ke Kuala Lumpur.

“Semoga Allah merahmati kalian, terima kasih jasa baik anda.

“Buat dua abang lori yang berdiri tu, terima kasih kerana berjaya menghentikan lori dan tak langgar saya” ujarnya.

Azhan berterima kasih kepada sesiapa yang membantunya.

Pada Rabu Azhan memuat naik sekeping foto ketika kejadian yang dihantar oleh seorang pengikut di laman sosial.

Pelakon drama Nur itu terlibat kemalangan motosikal di Jalan Templer, Rawang, Selangor, pada Isnin.

Dalam kemalangan itu, Azhan mengalami kecederaan tulang belikat sebelah kiri pecah serta tulang bahu dan tulang rusuknya retak.

Sementara itu, Azhan turut menegur tindakan dua orang remaja penunggang motosikal yang cuai sehingga mengakibatkan kemalangan tersebut.

Azhan buat teguran kepada dua remaja bawa motorsikal punca kemalangan.

“Buat dua orang adik yang naik motor kapcai tengah bersembang tak pandang depan lepas tu tiba-tiba masuk jalan saya nak buat u turn, semoga korang tak apa-apa.

“Maaf abang tinggikan suara dekat korang dalam ambulans hari itu. Mohon jangan bawa motor macam tu lagi.

“Kita sama-sama syukur Allah bagi peluang kita hidup. Maaf juga buat motor awak hancur,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.