Uncategorized

Pian Cecupak meningg4l dunia akibat ser4ngan jantung, ini lokasi dia ditemukan . Al Fatihah

PELAWAK terkenal Pian Cecupak meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kira-kira pukul 8 malam, Rabu di kediamannya ibunya di Flat Sentul Murni, Kuala Lumpur.

Menurut adik kepada Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Raman iaitu Hasenah, Allahyarham ditemukan terbaring dalam bilik air oleh ibunya.

Menurut Hasenah, arwah sememangnya mempunyai masalah jantung sejak 2018 dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan sahaja.

“Mak jumpa arwah dah terbaring dalam bilik air sekitar pukul 8 malam tadi. Bawa ke hospital dan dapat pengesahan kematian daripada doktor pada 10.30 malam.

“Kemungkinan besar dia meninggal dunia akibat serangan jantung. Sejak dia ada masalah jantung pada 2018 sehingga kini tiada sebarang rawatan melainkan ubat.

Sejak kebelakangan ini, kesihatan arwah memang agak mer0sot.

“Arwah hanya makan ubat saja. Sejak kebelakangan ini, kesihatan arwah memang agak merosot. Dia selalu juga mengadu sakit dada,” kata Hasenah kepada mStar.

Sebelum ini, Pian pernah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) seawal 3 pagi pada 17 Oktober 2018 kerana sesak nafas.

Doktor kemudiannya mengesahkan dia mengalami serangan jantung dan diletakkan di Wad Pemulihan Jantung (CRW).

Susulan itu pelawak berusia 52 tahun itu perlu membuat rawatan angiogram yang kos perubatannya ialah RM5,000.

Pian 1Pian mempunyai dua orang anak.

Dalam pada itu, Hasenah memberitahu jenazah yang kini berada di kediaman ibu mereka akan dikebumikan pada Khamis sebelum Zuhur.

“Jenazah akan diuruskan di surau berdekatan rumah. Insya-Allah urusan kebumian akan dilakukan sebelum Zuhur esok. Tak pasti lagi kebumi di mana,” ujarnya.

“Doktor Kata Saya Bila-Bila Masa Sahaja Boleh Pergi” – Pian Cecupak Mohon Maaf Pada Semua

Terdahulu, pada tahun 2018, Pelakon dan pelawak Pian Cecupak mengakui perlu menjalani rawatan jantung dengan segera dan memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM35,000.

Menurut Pian, doktor menasihatinya supaya segera melakukan pembedahan kerana masalah tekanan jantung yang dihadapinya amat serius.

“Doktor kata saya bila-bila masa sahaja boleh pergi dan dia minta untuk segera melakukan pembedahan.

“Saya tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini dan saya memohon bantuan daripada orang ramai supaya dapat membantu meringgankan kos rawatan yang akan dilakukan tidak lama lagi.

“Saya minta agar semua dapat mendoakan kesihatan saya agar kembali pulih sepenuhnya selepas mendapatkan rawatan.

“Kalau saya ada melakukan apa-apa kesalahan sebelum ini saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada semua pihak,” katanya kepada Gempak.

Pian lahir ke dalam dunia hiburan menerusi rancangan realiti TV popular, Sinaran Pasport Kegemilangan sebelum menyertai kumpulan lawak Cecupak.

Allahyarham pernah berkahwin dan bercerai pada 2000, hasil perkahwinan itu, dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nuraina Fazrin dan Nurleena Fazrin.

Siapa Pian Cecupak? Pemilik nama penuh Mohd Rafik Abdul Raman ini merupakan seorang pelawak dan pengacara Malaysia yang pernah menganggotai kumpulan komedi, Cecupak di era 1990-an.

Biodata Terkini

Nama sebenar: Mohd Rafik bin Abdul Raman

Nama komersial: Pian Cecupak

Umur: 52 tahun (2022)

Tarikh lahir: 29 Mac 1970

Keluarga: Anak kedua daripada enam adik beradik

Kerjaya: Pelawak dan pengacara

Fakta Dan Latar Belakang

1. Bakatnya dikesan ketika menyertai rancangan pencarian bakat, Sinaran Pasport Kegemilangan siaran saluran TV3 pada era 90-an.

2. Kemudian bergelar salah seorang ahli kumpulan lawak, Cecupak yang ditubuhkan pada tahun 1998, sebelum menempa populariti.

3. Cecupak turut dianggotai Allahyarham Pak Lah, Pak Jaih, Ucop dan Ropie.

4. Pada Mei 2014, beliau bersama dua rakan artis iaitu Boy Iman dan penyanyi Nash Lefthanded mendapat Darjah Jaksa Naning Melaka yang membawa kepada gelaran Datuk.

5. Pernah berkahwin, namun bercerai dengan bekas isteri pada 2000. Perkongsian hidup mereka dianugerahkan dua orang anak bernama Nuraina Fazrin dan Nurleena Fazrin.

6. Menetap di rumah ibunya terletak di Taman Datuk Senu, Sentul, Kuala Lumpur.

7. Meninggal dunia pada 26 Januari 2022 dipercayai kerana mengalami serangan jantung selepas ditemui ibunya terbaring dalam bilik air di rumah mereka pada jam 8 malam.

8. Difahamkan, kesihatan arwah merosot kebelakangan ini kerana sering mengadu sakit dada.

9. Malah beliau mempunyai masalah jantung sejak 2018 dan kehidupannya hanya bergantung kepada ubat-ubatan.

10. Arwah pernah dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana kesukaran bernafas pada Oktober 2018 yang membawa kepada pengesahan doktor mengenai serangan jantung dihidapi akibat masalah jantung tersumbat.

Gambar Dulu Dan Sekarang

sumber: astro gempak. https://iluminasi.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.