Amalan

Selepas Imam Let4k Jawatan, Sekali AJK Masjid Cadang Lantik Remaja Tersebut.

Pihak pengurusan Masjid Al Ishaniah di Kuang telah bercadang mahu melantik remaja yang cuba mencvri tabung masjid tempoh hari sebagai petugas pembersihan masjid tersebut.

Cadang lantik jadi petugas masjid

Hal ini dinyatakan sendiri nazir masjid berkenaan, Supandi Samin menerusi laporan dari Kosmo! kerana mahu membantu remaja berkenaan untuk memperbaiki kehidupan di masa hadapan.

“Kita (pengurusan masjid) fikir hendak jadikan dia petugas masjid. Kita ada dewan mengaji di sini dan suruh dia jaga.

“Bagaimanapun kita dimaklumkan ada pihak mahu membantunya menyambung pelajaran. Jadi kita lihat dulu bagaimana keadaan seterusnya,” katanya

AADK sedia nak bantu

Tak hanya itu, pihak Agensi Anti D4dah Kebangsaan juga memaklumkan sedia membantu Daniel Iskandar M. Nasir 19 untuk bebas daripada ket4gihan bah4n terl4rang.

Menurut Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon, pihak mereka sedia membantu Daniel serta mana-mana pihak yang terjebak dengan pen4gihan dadah atau substan untuk pulih dari masalah tersebut.

“Kita terpanggil untuk membantu remaja tersebut selepas kejadian dia dimandikan tular dan siasatan polis mendapati remaja berusia 19 tahun itu bertindak mencbri duit tabung masjid disyaki untuk membeli dad4h dan bermain jbdi dalam talian.

“Pada masa sama, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati remaja terbabit p0sitif d4dah jenis sy4bu,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, remaja berkenaan boleh mengikuti perkhidmatan raw4tan dan pemulihan yang disediakan pihak AADK menerusi fasiliti sama ada melalui Pusat Pemulihan Pen4gihan Nark0tik (Puspen), perkhidmatan di daerah, Pusat Khidmat AADK dan Rumah Komuniti AADK.

“Ini termasuklah, perkhidmatan raw4tan dan pemulihan di Pusat Pemulihan D4dah Persendirian (PPDP) yang berdaftar dengan AADK.

“Selain itu, AADK turut menyediakan perkhidmatan secara sukarela menerusi Puspen atau program pemulihan dalam komuniti yang tidak memerlukan klien berada di dalam Puspen,” jelas Sutekno.

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan seorang remaja berusia 19 tahun yang dimandikan seperti jen4zah kerana cuba mencvri tabung masjid.

Tertuduh telah pun ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara 10 hari serta denda RM4,000. Walau bagaimanapun, alasannya mencvri tabung masjid untuk membeli ubat datuknya telah dinafikan warga emas itu kerana dia sendiri yang meminta AJK masjid untuk melaporkan cucunya kepada polis.

Tak hanya itu, pihak berkuasa telah melakukan ujian air kencing dan mendapati remaja tersebut positif dad4h jenis sy4bu.

AJK Masjid, Mohamad Ayub Han Khalil bercakap kepada media mengenai seorang remaja yang tular selepas dijirus air mengikut prosedur mandi jen4zah berikutan telah mencvri tabung masjid ketika di Kuang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 14 JANUARI 2022.

Saya ‘mandikan jen4zah’ remaja cvri tabung masjid kerana dia kh4yal, l4lok – AJK masjid

KUANG – Seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al Islahiah, di sini, berkongsi pengalamannya memandikan seorang remaja dengan menjirus air mengikut prosedur mandi jen4zah.

Mohamad Ayub Han Khalil berkata, beliau melakukan tindakan itu kerana Daniel Iskandar Mohd. Nasir, 19, berada dalam keadaan khay4l dan l4lok ketika ditangk4p.

Jelas beliau, ‘mandi ala jenazah’ itu dibuat termasuk meletakkan kapur barus bagi memberi ‘kesegaran’ kepada remaja yang mencuri tabung masjid itu untuk berada dalam keadaan normal.

“Kami mandikan remaja ini atas beberapa sebab iaitu satu sebagai pengajaran di mana tiada unsur-unsur penderaan. Boleh periksa luka dan lebam memang tidak ada.

“Yang kedua remaja ini berada dalam keadaan khay4l dan kita mandikan bagi dia segar. Yang ketiga ketika hendak elak bencana lebih besar sebab di luar masjid sudah ada sekitar 40 pemuda dipanggil ‘Kuang Krew’ yang menangkap remaja itu.

“Kita hendak elak dia jadi mangsa ‘belasah’ dalam kalangan pemuda yang tengah geram dan AJK masjid ambil keputusan ‘simpan’ dulu dalam bilik jen4zah.

“Alang-alang di bilik jenazah dan tabung masjid memang ada di situ, kami biar di situ kerana dia tengah khayal.

“Tujuan kami bagi dia segar, bagi pengajaran dan mengelak musib4h ke atas remaja ini lagi teruk,” katanya ketika ditemubual MalaysiaGazette, di sini, hari ini.


Tabung masjid yang diheret ke bilik mandi jenazah oleh seorang remaja yang tular selepas dijirus air mengikut prosedur mandi jenazah berikutan telah mencuri tabung masjid ketika di Kuang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 14 JANUARI 2022.
Semalam, Daniel Iskandar yang sebelum itu tular dimandikan ala jenaz4h dikenakan hukum4n penjara 10 hari dan dend4 RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang kerana cuba mencuri tabung masjid lima hari lalu.

Daniel Iskandar yang juga penganggur dikenakan hukum4n itu selepas mengaku bersalah atas pertudvhan yang dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap iaitu 9 Januari lalu dan tambahan jel lima bulan, jika gagal membayar denda tersebut.

Sebelum menjatuhi hukuman, Majistret Nik Mohd Fadli menegur tindakan tertuduh bahawa mencuri merupakan satu kesalahan.

Mengulas lanjut, Mohamad Ayub Han berkata, Daniel Iskandar ditangkap di kawasan sekitar masjid sebelum solat Asar pada Ahad lalu dan terus dibawa ke bilik jenazah kerana bahan bukti iaitu tabung peti berada di situ.

Menurut beliau, ia bagi memudahkan proses siasatan sama ada tabung itu yang cuba dicuri pada pagi hari yang sama.

“Selepas solat Asar, kebetulan saya berada di belakang imam dan secara spontan mencadang remaja itu dimandikan siap di atas katil mandi jenazah.

“Lepas mandi kita lap dan bila letak kapur barus, dia meronta dan minta maaf serta berjanji tidak buat lagi,” katanya.

Mohamad Ayub menambah, ini pertama kali pihak AJK membuat laporan polis di atas kecurian itu walaupun sebelum ini kes sama sering berlaku.

Namun jelasnya, apabila datuk remaja itu Rosli Sidek, 65, dipanggil untuk berbincang, beliau nekad agar kes cucunya itu diserahkan kepada pihak berkuasa

Ibu Daniel Buat Kenyataan

Individu bernama KakLong Zara di Facebook telah pergi menziarah adik Daniel Iskandar. Menurut beliau denda yang dikenakan kepada adik Daniel telah pun dijelaskan atas bantuan orang ramai.

Kaklong Zara sempat bertemu dengan ibu kandung remaja tersebut dan memohon ibu tersebut buat sedikit kenyataan.

Menurut ibu adik Daniel, dia memohon agar netizen berhenti menyebarkan video anaknya kerana ramai tidak tahu kisah sebenar.

Ibu itu juga beritahu bahawa Ustaz yang memandikan jen4zahh kepada anaknya tidak bersalah dan apa yang Ustaz itu buat ada sebab sebab tertentu.

Kenyataan Penuh KakLong Zara

14012022.. Bismillahirrohmanirrohim.. Assalamualaikum Wbt.. Alhamdulillah..

Sempat Ziarah Ke Rumah Adik Daniel Iskandar Hari Ini. Untuk Makluman Adik Ini Telah Pun Di Ikat Jamin/Bayar Denda Sebanyak RM4000 Di Mahkamah Tersebut.

KakLong Sendiri Di Beri Peluang Melihat Resit Denda Berbayar Tersebut Oleh Peguambela Azman Abdullah Yang Kebetulan Turut Berada Disitu.

Segunung Terima Kasih Kami Kepada Tn.Azman Dan Pihak Donor/Hamba Allah Yang Turut Membantu Adik Ini. Allah Sajalah Yang Dapat Membalas Kebaikan Kalian.

KakLong Tak Mahu Komen Lebih Cuma Berharap Netizen Atau Pihak-Pihak Wartawan/Page Media Atau Individu Dari Kita Semua Juga Ya.

Mohon Jangan Besarkan/Virall Apa-Apa Lagi Kerana Banyak Buruk Dari Baiknya Atas Tindakan Kalian. Disini KakLong Lampirkan Permohonan Dari Pihak Keluarga Adik Daniel Yakni Ibunya Pn.Jasmah Yang Memohon/Menyeru Agar Segala Virall Di Hentikan.

Maka..KakLong Harap Kita Semua Dapatlah Kiranya Menghormati Permohonan Ahli Keluarga Ini. Mengenai Ustaz Dahlan Yang Di Arahkan Meletak Jawatan Dengan Segera Oleh #JAIS.

Ibu Ini Menyatakan Ustaz Dahlan Tidak Bersalah. Dan Memohon Pihak JAIS Kembalikan Jawatan Ustaz Tersebut.

Berdamailah Semua. Kami Mohon Jangan Di Tambah Bebanan Keluarga Ini. Sama-Sama Kita Doakan Semuga Adik Daniel Dan Keluarga Ini Di Rahmati Allah. Aamin Ya Mujib.

Sumber: Kosmo! (Nor Azihan binti Md Ghazali), Zulkifli Manzor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!pendapat2 korang,amat di hargai di sini. PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.