Hiburan

Sebak Lihat Anak Membesar Dengan Cepat, Ucapan Jejai Buat Rayqal Bikin Cukup Tersentuh

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish, Rizal Ashram Ramli menitipkan ucapan istimewa bersempana dengan ulang tahun kelahiran anaknya, Putra Rayqal Ramli yang kini telah menginjak usia 13 tahun.

Menurut Rizal atau lebih mesra disapa sebagai Jejai, dia sebenarnya agak sebak bila melihat perubahan anaknya yang kini sudah pun semakin meningkat remaja.

“Dearest Rayqal, 13 years ago you entered the world, it all changed, I became a father. It seems very recent. When u were small I remember how you snuggled into a warm little ball in my arms, I studied every inch of you, looking at your tiny fingers and tiny toes.

“Sayang, things are changing, just as they are supposed to change, because you are growing up. It’s kind of a difficult transition for me, I cant imagine how difficult it is for mummy seeing things changing so quickly before our eyes.

“But you should know I am incredibly proud of the young man you have become. So many things happened this past year, your voice changed(last slide), you grew taller than mummy and the most memorable and difficult one was when I had to send you to boarding school(last slide),” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Jejai menerusi sebuah hantaran istimewa yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya lagi, dia juga harus menerima kenyataan bahawa anaknya itu kini tidak akan sentiasa berada di bawah pengawasannya dan adakalanya dia harus berhadapan dengan masalahnya sendiri.

“I didn’t know how you were going to cope, but I was so happy when you told me that you loved it over there. I don’t know exactly what you will do or who you will be five years from now, but I hope that the path you are charting for yourself is good.

“But I am afraid for you too, I can’t always save you in the ways that I once could. When you were younger, I could stop you before you crossed the road or grab your hand before you touched something dangerous.

“Now you are facing problems that aren’t always visible to me, you are maturing, managing your own self. I tell my self that it is part of growing up and I have to accept it. But if you can slow down just a little, I will be fine with that, too,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Jejai turut menitipkan pesan supaya anaknya itu sentiasa menjadi insan yang berguna buat keluarga, masyarakat dan negara.

“Sayang customary advice i write to you yearly on your birthday, ingat selalu kepada Allah, hormati ibu, bapa, atok, tah dan semua kaum keluarga. Jadilah seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

“I have one job. It is to be the best parent I can be. I hope i have done it well enough. I love you sayang! Happy Birthday! Love Always and forever,” akhirinya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh membaca perkongsian tersebut selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat Rayqal.

Sekadar informasi, Jejai dan Nora pernah mendirikan rumah tangga pada 2006 namun memutuskan untuk bercerai pada 2008.

Rayqal merupakan cahaya mata tunggal sepanjang mereka mendirikan rumahtangga.

Disoal Kekerapan Yang Dibenarkan Bertemu Anak, Jawapan Jejai Boleh Buat Ramai Terharu!

Baru-baru ini,bekas suami kepada pelakon Nora Danish dan Fasha Sandha iaitu Jejai memberikan peluang kepada pengikut dan peminatnya untuk mengajukan sebarang soalan yang mahu ditanya di laman Instagram.

Berapa Kerap Jumpa Anak-Anak Dalam Seminggu?

Antara persoalan yang diberikan oleh mereka adalah kekerapan yang dibenarkan untuk dia bertemu dengan anak-anaknya dalam masa seminggu.

“Once a week berapa kali jumpa anak-anak?”-Soal Peminat di Instagram

Menurut Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashraf Ramli ,dia boleh bertemu dengan anak-anaknya pada bila-bila masa sahaja yang diinginkannya.

“Saya boleh berjumpa dengan anak-anak saya anytime.”-Jawab Jejai

Masih Berhubung Secara Baik Dengan Nora & Fasha

Tambah Jejai, dia mempunyai hubungan yang baik dengan Nora dan Fasha, selain turut menitipkan ucapan terima kasih buat ibu kepada anak-anaknya itu.

“Mak kepada anak-anak saya mempunyai good relationship dengan saya.

Terima kasih kepada mereka berdua @noradanish @fashasandha”- kongsinya

Suatu ketika dahulu, umum mengetahui bahawa ketiga-tiga figura ini pernah terpalit dengan isu yang menghangatkan industri seni tanah air. Namun, kesemua mereka telah pun berbaik memandangkan anak-anak mempunyai tali persaudaraan yang sama.

sumber: media hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published.