Amalan

Selepas dibenar p0ligami, Isteri dedah sikap Khalid Samad ketika di rumah bersama anak2

Isteri Khalid Samad, Dr Zaitun Abu Bakar berkata dia reda dengan tindakan suaminya yang juga ahli parlimen Shah Alam untuk berkahwin lain.

Menurut Dr Zaitun, dia menerima sokongan kuat daripada keluarga dan rakan-rakan serta kini mahu meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Saya pernah beranggapan begini, tak mahu buat dosa, kalau Khalid hendak berkahwin, biarlah itu haknya. Saya hendak jaga diri saya, perbaiki diri, amalan dan kesihatan serta belajar mengaji.

“Saya hendak berjalan-jalan hiburkan hati, jumpa kawan-kawan, bina bonding dengan anak-anak. Ramai juga kawan dalam parti Amanah sendiri memberi sokongan kepada saya sebaik sahaja melihat laporan daripada Utusan Malaysia,” ujarnya seperti dipetik akhbar berkenaan.

Dr Zaitun berkata hubungannya dengan Khalid tetap baik meskipun Mahkamah Tinggi Syariah kelmarin memberi kebenaran kepada suaminya itu untuk berpoligami.

Begitu juga hubungan Khalid dengan anak-anak tetap baik walaupun mengetahui bapa mereka bakal berkahwin lagi.

Malah Zaitun berkata, dia masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

“Kami tetap profesional, macam mana marah sekali pun tetap solat berjemaah, makan sama-sama, boleh berbual tentang keluarga dan anak-anak, walaupun kita marah dan pertikai (tindakannya), tetapi kami dua-dua terpelajar,” katanya.

Terdahulu, peguam daripada Tetuan Farhana Izyan & Co, Nurfarhana Abd. Manaf yang mewakili Zaitun memberitahu, Hakim Abdul Halim Abdullah membenarkan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) itu berpoligami selepas beliau bersetuju memenuhi syarat dengan menunaikan hak-hak isterinya.

Antara syarat tersebut adalah menyerahkan sebuah penthouse di Seksyen 13 yang dibeli secara bersama, sebuah rumah di Seksyen 7, kereta Proton X70, nafkah bulanan serta syarat-syarat lain yang dinyatakan dalam affidavit kepada isteri sedia ada.

Sehubungan itu, Zaiton memaklumkan, beliau yakin Khalid yang menjadi suaminya sejak 45 tahun dahulu dapat menunaikan janji dan memenuhi syarat selepas bersetuju untuk melaksanakannya di hadapan hakim di Mahkamah Tinggi Syariah kelmarin.

“Memang hendak tunaikan, beliau memang orang yang berterus terang, kata-katanya boleh dipegang, tetapi kena tunaikan juga sebab sudah jadi perintah mahkamah, kalau tidak akan dikenakan tindakan, mungkin dipenjara dan sebagainya.

“Kena tunaikan walau macam mana sekali pun. Beliau pun ada harta-harta pusakanya yang diwasiat akan digunakan untuk melunaskan hutang rumah ini. Kita cuba fikirkan yang terburuk tetapi tetap tak boleh nafi ada perkara di luar jangkaan berlaku yang menyebabkannya tak boleh tunaikan janji,” jelasnya.

Janda anak satu

Dalam pada itu, Zaiton memberitahu, beliau belum pernah bersemuka dengan wanita pilihan suaminya, sebaliknya hanya berhubung melalui aplikasi Whatsapp.

“Wanita itu berusia 40 tahun berasal dari Kelantan dan merupakan janda yang mempunyai seorang anak berusia 13 tahun, kali pertama jumpa pun ketika di mahkamah apabila hakim mengarahkannya hadir semalam,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.