Amalan

‘Shebby nampak penat ketika…’ – Aidil Zafuan cerita apa yg dia nampak ketika berselisih dgn Shebby

KUALA LUMPUR: Kapten Harimau Malaya Aidil Zafuan Abdul Radzak yang sempat berselisih dengan mendiang Shebby Singh ketika beliau baru keluar berbasikal petang tadi, mengakui mendiang kelihatan penat.

Kata Aidil Zafuan yang juga pemain pertahanan skuad kebangsaan, mendiang sememangnya seorang yang aktif berbasikal dan pemergiannya itu pasti akan dirasai dalam keluarga bola sepak tanah air.

“Saya menerima berita pemergian mendiang lebih kurang jam 8 malam tadi… agak terkejut juga kerana petang tadi dalam lebih kurang jam 5.15 petang, saya sempat berselisih dengan mendiang.

“Ketika itu, mendiang baru sahaja mula berbasikal. Saya sempat mengangkat tangan kepada dia, jadi dia pun sempat mengangkat tangan semula dan keadaan dia pun memang nampak penatlah.

“Saya rasa ketika itu dia baru mula nak berbasikal kerana rumah saya dan rumah mendiang berhampiran. Namun ketika itu, cuaca agak panas.

“Pada awalnya saya terfikir siapa yang sedang berbasikal dalam keadaan panas ini, apabila sudah dekat baru saya perasan rupanya mendiang,” ujar Aidil Zafuan ketika ditemu bual Astro AWANI pada Rabu.

Aidil Zafuan yang juga pertahanan skuad kebangsaan, berkata mendiang sememangnya seorang yang aktif berbasikal dan pemergiannya itu pasti akan dirasai dalam keluarga bola sepak tanah air.

Kata Aidil, mendiang sering kali dilihat keluar berbasikal di sekitar kawasan kejiranan kerana beliau memang aktif bersukan.

“Mendiang memang seorang yang aktif berbasikal, dalam kumpulan WhatsApp berbasikal, mendiang memang aktif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

“Semua sangat terkejut sebaik menerima khabar pemergian mendiang. Dengan pemergian mendiang, sudah tentu kita kehilangan bekas pemain yang begitu boleh dipanggil sebagai legenda, satu kehilangan besar buat keluarga bola sepak.

“Mendiang seorang yang sering memberi kritikan membina, banyak kritikan mendiang yang boleh diambil untuk memajukan arena bola sepak, itu yang saya saya rasa… pemergiannya amat dirasai,” katanya lagi.

Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby meninggal dunia dipercayai selepas terjatuh ketika berbasikal di kawasan Ledang, Johor, petang tadi.

Khalid tak lupa pesan Shebby

Kuala Lumpur: Berita pemergian bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh nyata mengejutkan peminat bola sepak tempatan termasuk bekas penyerang negara, Khalid Jamlus.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Khalid yang juga bekas pemenang Kasut Emas Liga Malaysia pada 2002 itu mengakui Serbegeth atau Shebby antara individu yang banyak memberi nasihat kepadanya.

Katanya, ketika dia masih aktif beraksi sebagai pemain profesional, Shebby mengingatkan kepadanya supaya sentiasa berusaha untuk menjadi penyerang berwibawa.

Malah, bekas pertahanan skuad negara yang memenangi pingat emas Sukan Sea di Kuala Lumpur pada 1989 itu turut menasihatkan agar Khalid sentiasa merendah diri agar disenangi semua pihak.

“Kata-kata beliau yang masih tersemat di dalam diri aku sehingga kini. Lid (Khalid) nak menjadi pemain hebat ko perlu usaha, peduli kan apa orang kata. Sebab perjalanan hidup ko baru bermula. Jangan lupa asal usul ko jangan besar kepala. …Sentiasa ‘humble’. Takziah pada keluarga beliau,” tulis Khalid.

Terdahulu, Shebby meninggal dunia pada usia 61 tahun pada petang tadi selepas jatuh pengsan dipercayai akibat sesak nafas ketika berbasikal di Iskandar Puteri, Johor.

Beliau memulakan kerjaya di gelanggang bola sepak sebagai pemain bahagian pertahanan bagi pasukan Johor sebelum berpindah ke pasukan bola sepak Kuala Lumpur pada 1983.

Mendiang juga pernah beraksi bagi pasukan Negeri Sembilan dan Pahang sebelum menamatkan kerjayanya dengan Perak pada tahun 1996.

Sejak bersara sebagai pemain kebangsaan, mendiang meneruskan khidmat sebagai jurulatih dan menjadi hos rancangan sukan di Asia.

Bukan sahaja pernah berkhidmat dalam mengendalikan pasukan kebangsaan, bahkan mendiang juga adalah Penasihat Global Blackburn Rovers pada 2012.

sumber: hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.