Hiburan

Siti Elizad redha sambut ulangtahun ke-8 tanpa zuriat, Pernah tanya suami untuk kahwin lain

LAPAN tahun melayari alam rumah tangga, pelakon Siti Elizad berkata dia dan suami iaitu Shamsul Baharin Rahman masih bersabar menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka.

Sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka pada Selasa, Elizad atau nama sebenar Siti Elizad Sharifuddin, 37, berkata dia enggan lagi terlalu berharap kerana percaya Allah SWT sudah mengaturkan yang terbaik.

“InsyaAllah tahun ni rasanya akan cuba lagi. Kalau tak ada juga kami reda sahaja la dan enjoy hidup berdua.

“Stres juga setiap tahun mencuba tapi masih belum menjadi, jadi saya malas dah nak fikir, lagi pula umur pun dah meningkat tak nak la stres-stres, nak tenang-tenang sahaja.

Perkongsian Siti Elizad di Instagram.

“Cuma kadang-kadang bila orang push tentang anak, tu yang rasa geram… kalau buat anak ni macam mesin tak apa juga,” ujarnya kepada mStar.

Terdahulu, Elizad menerusi Instagram memuat naik ucapan sambutan ulang tahun perkahwinan kelapan mereka yang menyentuh hati.

Menerusi kapsyen, penyampai radio Sinar FM ini meminta orang ramai mendoakan rezeki dikurniakan cahaya mata dalam perkahwinan tersebut.

“Selamat ulang tahun perkahwinan sayangku (suami). Saya tak ada ucapan panjang-panjang untuk awak.

“Sebab setiap kali ulang tahun perkahwinan mesti saya akan cakap… InsyaAllah anniversary tahun depan mesti kita bertiga. Rasanya dah boleh tukar dialog tu. Lapan tahun menanti.

“InsyaAllah berlapang dada, reda dan pasrah. Percaturan Allah itu lebih baik. Happy anniversary dan happy honeymoon forever. Hanya kami berdua, doakan kami ya semua,” katanya.

Perkongsian Elizad itu turut menarik perhatian netizen termasuk rakan selebriti yang rata-rata mendoakan agar dia dikurniakan zuriat.

Sementara itu, Elizad memberitahu, zuriat bukanlah satu isu dalam rumah tangga yang dibina itu kerana suaminya sudah mempunyai dua cahaya mata pada perkahwinan terdahulu.

Suami Dah Ada 2 Anak Sebelum Ini

“Ada juga tanya suami kalau dia nak kahwin lain… tapi dia kata dah ada dua anak sebelum ini, jadi dia tak rasa zuriat ini isu dalam rumah tangga kami,” katanya.

Sudah lapan tahun Siti Elizad bergelar isteri.

Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015.

Pada November 2020, aktres ini pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan zuriat namun mengalami keguguran selepas seminggu disahkan hamil.

Sempat Hamil Minggu Lepas, Siti Elizad Sahkan Kandungannya Kini Telah Gvgur

Menurut, kandungan tidak kuat dan berlaku pendarahan menjadi sebab mengapa dirinya gugur.

Perkara itu dikongsi Elizad sendiri menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.

“Allah bagi rasa nikmat jadi Ibu tu minggu lepas tapi Dia ambil balik. Terjentik sungguh “rasa “ itu. Dimaklumkan hamil minggu lepas. Masyaallah dia punya gembira tu tak tau nak kata, sebab dah lama menanti. Tapi kandungan tak kuat danbleeding. Tak tau nak gambarkan perasan macam mana . Terduduk seketika,”
Terdahulu, Elizad mendedahkan dirinya telah hamil selepas menjalani sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) pada 21 Oktober lalu di hospital swasta.

Biarpun tiada rezeki menimang cahaya mata lagi huatvamsa ini, namun Elizad memaklumkan beliau dijadualkan untuk menjalani rawatan IVF seterusnya pada Januari 2021.

“Tak mengapa, Insya-Allah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying. See you again Doctor on January 2021. Thank you to those who been very supportive & keep praying for my IVF journey,”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa sebak dengan perkhabaran itu, malah tidak putus mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan kelak.

Elizad bagaimanapun berkata dia tidak akan berputus asa dan terus berikhtiar mendapatkan zuriatnya sendiri.

Usaha yang dilakukan oleh pelakon ini bagi mendapatkan cahaya mata menarik perhatian ramai peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan dan mendoakan semoga impiannya itu tercapai.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.