Uncategorized

Trend ‘unboxing by husband’, sampai pengantin nak sam4n, peguam tampil beri penjelasan

SEJAK kebelakangan ini kecoh dengan trend video ‘unboxing by husband’ oleh pasangan pengantin baru di aplikasi TikTok.

‘Unboxing by husband’ memaparkan si suami membuka perhiasan yang dipakai oleh isterinya di hadapan cermin di bilik selepas majlis perkahwinan mereka selesai.

Video tersebut mengundang kecaman ramai termasuk pendakwah dan netizen kerana ia mampu mengundang imaginasi ‘liar’ mengenai malam pertama, selain dilihat mendedahkan aib isteri.

Terbaharu, seorang peguam, Nor Zabetha Muhamad Nor tampil memberi pandangannya mengenai trend yang mencetuskan kontroversi ini.

“Sebelum hendak jawab soalan ini, kita sembang dahulu istilah ‘unboxing’ ini. Secara literalnya ia membawa maksud perbuatan mengeluarkan barangan atau produk baru dari kotak dan meneliti barangan serta berkongsi pandangan berkenaan produk tersebut di media sosial.

“Jadi bila perkataan ‘unboxing’ isteri ini, sudah tentunya ia memberi gambaran yang pelik dan jelik kerana biasanya disertakan dengan ‘review’.

Konten video ‘unboxing by husband memaparkan si suami membuka perhiasan yang dipakai oleh isterinya di hadapan cermin di bilik selepas majlis perkahwinan mereka selesai.

“Saya dimaklumkan oleh team saya, ada dalam komen video begini, ada komen berbunyi ‘Alaa..apsal tidak review sekali? Review sampai habislah’. Kemudian si suami jadi marah sehingga bergaduh. Kemudian ‘off comment’.

“Apa yang mereka fikirkan sewaktu muat naik? Keterujaan malam pertama? Kemudian dikongsikan kepada umum? Tujuan perkongsian yang seperti ‘teaser’ yang begini bukankah bakal menjemput imaginasi orang lain untuk sama-sama menggambarkan adegan sepenuhnya?” tulisnya panjang lebar.

Tambahnya, jika di dalam filem fiksyen di Malaysia, adegan berunsur intimasi juga tidak dipaparkan secara jelas namun sudah cukup memberikan pemahaman kepada penonton.

“Tetapi itu fiksyen. Bukan pasangan sebenar. Unboxing ini pasangan sebenar. Yang ada ibu ayah, adik-beradik, orang-orang tua. Tidak malukah jika adegan begini dipertontonkan oleh umum?” tulisnya.

Tujuan perkongsian yang seperti ‘teaser’ yang begini bukankah bakal menjemput imaginasi orang lain untuk sama-sama menggambarkan adegan sepenuhnya?

Menghuraikan dengan lebih lanjut dari sudut undang-undang, untuk membuat apa-apa pertuduhan bagi perbuatan jelik, sumbang atau luc4h, ia perlu disertakan elemen yang sangat kuat, jelas dan nyata.

“Contohnya memang jelas video intimasi atau tanpa berpakaian yang diviralkan. Ini memang jelas, sumbang, luc4h dan jelik. Ada beberapa Seksyen dakwaan.

“Video-video mencabut pin tudung satu demi satu, sambil si suami mencium dahi bukanlah secara jelas kesalahan jenayah luc4h kerana melibatkan suami isteri yang sah yang secara rela membuat naik video tanpa adegan luc4h. Pada pendapat saya dari sudut jenayah bukan kesalahan.

“Bagaimana pula jika sewaktu video ini dimuatnaik, ada pula orang komen seperti ‘Untunglah bang malam pertama’, kemudian ditambah pula dengan komen luc4h berkenaan dengan susuk tubuh isteri. Boleh tidak ambil tindakan?

“Ini tertakluk kepada fakta kes tetapi saya ingin ingatkan, bagaimana kita sebagai faktor penyumbang ‘contributor’ kepada perbuatan atau penulisan orang yang komen tadi?” tulisnya.

Konten video tersebut dirakam selepas majlis perkahwinan selesai bagi berkongsi kegembiraan pasangan pengantin yang sudah sah bergelar suami isteri. Gambar hiasan.

Justeru, Nor Zabetha sekali lagi menekankan perkara pokok kepada isu ini, iaitu tujuan pasangan yang memuat naik video sedemikian.

“Kalau hendak saman orang kerana memalukan kita di ruang komen selepas muat naik video ‘unboxing’ isteri tanya semula diri kita, video ‘unboxing isteri’ itu sifatnya memalukan atau tidak?

“Macam-macam content zaman sekarang. Kadang-kadang bila usia muda, kita selalu teruja untuk ikut trend semasa atau kita rasa cukup hebat dengan perbuatan kita.

“Bila usia kian meningkat, kadang-kadang kita terfikir, betapa tidak bijaknya kita dahulu demi dan betapa jika boleh ubah masa semula,” tulisnya lagi.

KREDIT: Nor Zabetha

PU Syed tegur trend ‘unboxing pengantin’ di TikTok – “Jangan buat perkara mengarut, boleh datangkan fitn4h”

PENDAKWAH bebas, Pencetus Ummah Syed (PU Syed) menegur segelintir pengantin baharu yang mengikut trend melakukan video ‘unboxing by husband’ atau ‘unboxing pengantin’ di TikTok.

Kata PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 39, kandungan video seperti itu dianggap sesuatu yang mengarut selain boleh mendatangkan fitnah dalam kalangan masyarakat yang menontonnya.

“Isteri itu hak kita… jangan kita kongsikan pada orang lain kecantikan dia, kemanisan dia… semuanya untuk kita sebagai seorang suami.

“Kita ada sifat muda, sifat nak cuba belaka… tapi kena patuh juga dengan perintah Allah dan jangan sesekali buat begitu.

“Jangan buat perkara mengarut kerana ia tidak mendatangkan faedah kecuali fitnah semata-mata,” katanya kepada mStar.

Berdasarkan tinjauan di TikTok, video ‘unboxing by husband’ mula menjadi ikutan segelintir pasangan pengantin baharu.

Difahamkan ia bertujuan untuk berkongsi kegembiraan selain memberitahu kepada masyarakat bahawa mereka sudah menjadi suami isteri yang sah.

Beriktu pula teguran dari Dr Ahmad Sanusi

Suami Jangan “Unboxing” Isteri
======
1. Telah menjadi trend terkini pula di TikTok, pasangan pengantin baru menjalankan upacara “unboxing isteri”. Akhbar Kosmo melaporkan: “Video yang dimuat naik itu memaparkan pengantin lelaki akan membantu membukakan tudung pengantin perempuan dengan menanggalkan setiap aksesori yang terdapat pada bahagian kepala pengantin terlebih dahulu.”
Link berita: https://www.kosmo.com.my/…/netizen-kecam-trend…/

2. Upacara ini adalah bercanggah dengan prinsip Islam secara asasnya. Rasulullah memerintahkan para suami agar memelihara kehormatan dan penampilan para isteri sekalipun di hadapan seorang lelaki yang buta.

3. Perhatikan bagaimana Rasulullah memerintahkan isteri Baginda agar memakai hijab sekalipun di hadapan seorang yang buta. Saranan ini diucapkan kepada Saidatina Ummu Salamah dan Saidatina Maimunah apabila datang seorang buta ke rumah Baginda. Kata Rasulullah:
احْتَجِبَا مِنْهُ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَلَيْسَ هُوَ أَعْمَى لاَ يُبْصِرُنَا وَلاَ يَعْرِفُنَا؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ: أَفَعَمْيَاوَانِ أَنْتُمَا أَلَسْتُمَا تُبْصِرَانِهِ
“Hendaklah kamu berdua memakai hijab.” Lalu isteri Baginda berkata: “Bukankah dia seorang yang buta wahai Rasulullah? Dan dia tidak boleh melihat kami.” Lalu Rasulullah menjelaskan: Bukankah kamu berdua boleh melihat dia? (HR al-Tirmizi)

4. Apa yang lebih membimbangkan sekiranya video upacara sebegini menjadi perhatian kepada anak-anak muda yang masih bersekolah sehingga mereka terkeliru dalam merasakan perbuatan tersebut boleh dipraktikkan yang berpotensi menjadi budaya.

5. Atau perbuatan tersebut diikuti pula oleh pasangan suami isteri lain yang turut mendedahkan aksi mesra mereka. Bukankah kita tidak mahu menjadi pencetus kepada kemungkaran. Sabda Rasulullah:
وَمَن سَنَّ في الإسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كانَ عليه وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَن عَمِلَ بهَا مِن بَعْدِهِ
“Dan barangsiapa yang melakukan perlakuan jahat di dalam Islam, sehingga diikuti oleh orang lain, maka dia beroleh dosa dan menanggung dosa mereka yang melakukan perbuatan tersebut.” (HR Muslim).

7. Malah, istilah “unboxing” ini juga tidak layak untuk digunakan pada isteri yang bukan material atau barangan semata-mata. Nasihat ini hanyalah berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah demi kebaikan sesama muslim.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Leave a Reply

Your email address will not be published.