Hiburan

“Agak Agak Lah, Carilah Watak Tua Sikit” – Netizen Terkejut Maria Farida Bawa Watak Ini Kepada Aaron Aziz

Baru-baru ini, drama bersiri Suamiku Lelaki Pendosa baru sahaja membuka tiraunya pada 9 Februari di slot Samarinda TV3. Drama itu mengisahkan Dean Ilyas yang dilakonkan oleh Datuk Aaron Aziz dilihat sempurna namun sebenarnya cenderung dengan hubungan sejenis.

Turut membintangi drama itu, Sophia Albarakbah membawa watak Cahaya Malaika merupakan isteri Dean dan Maria Faria sebagai Datin Junaidah ibu kepada Dean.

Meskipun baru dua episod bersiaran, netizen terkejut apabila Maria Farida membawa watak sebagai Aaron Aziz dalam drama berkenaan.

Menerusi Cari Forum, seorang netizen mengatakan sepatutnya memilih pelakon lebih berusia untuk membawakan watak sebagai ibu kerana pada awalnya disangkakan dua pelakon itu membawa watak suami isteri.

Dalam pada itu, seorang netizen mengatakan, Aaron juga dilihat lebih sesuai jika membawa watak sebagai bapa kerana ia lebih sesuai dengan umurnya.

Sementara itu, ada yang mengatakan kedua pelakon itu lebih sesuai membawa watak pasangan suami isteri atau adik beradik kerana Aaron kini 45 tahun dan Maria Farida pula berusia 52 tahun.

Tetap Anggun & Tak Makan Dek Usia, DATIN SERI MARIA FARIDA Cantik Di Usia 52 Tahun!

Memang cantik dan awet muda! Tak puas pandang wajah jelita Datin Seri Maria Farida. Tanggal 28 Mac lepas genap 52 tahun usia pelakon popular ini. Ingat lagi pada pertemuan bersama beliau ketika menjadi penghias Nona Mac 2019. Meskipun agak segan berkongsi usia sebenar namun kerana enggan sembunyi hakikat tersebut daripada pengetahuan peminat, Datin Seri Maria akhirnya akur.

Sambil mengakui perubahan diri seiring pertambahan usia saban tahun, aktres jelita ini bagaimana pun meluahkan rasa syukur kerana masih diberi rezeki kesihatan yang baik. Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Datin Seri Maria ada memuat naik video sempena ulang tahun kelahiran ke-52 baru-baru ini.

Tidak merancang mengadakan majlis sambutan hari lahir secara besar-besaran tahun ini, Datin Seri Maria tetap bahagia dan teruja menerima kejutan hari lahir daripada suami, ibu dan anak tersayang di rumah.

Kongsinya, “Feeling so bleesed and grateful on my birthday. Surrounded by the people I love the most! Thank you Allah for giving me everything I could ever wish for and more. The best family and friends! Love you more than words can say.”

 

Terpegun dengan cara Datin Seri Maria menjaga susuk tubuh langsing dan rupa paras yang tak makan dek usia, persoalan mengenai amalan kesihatan dan kecantikan lantas diajukan kepada beliau. Tenang menjawab pertanyaan penulis, isteri Datuk Seri Rahman ini tersenyum membuka bicara.

“Jujurnya, saya jenis wanita yang suka makan. Termasuklah coklat. Tak ada petua tertentu pun yang saya amalkan. Pendek kata, semua makanan saya ambil dan tak ada sebarang pantang-larang. Nak kata saya rajin workout pun tak juga sebab kebanyakan masa, saya sibuk uruskan bisnes dan sampai rumah dah rasa penat. Tak sempat nak workout,” telus usahawan kosmetik ini yang mempunyai berat berat 54kg.

Pelik juga macam mana Datin Seri Maria Farida boleh kekal ramping dan menawan walau sudah mencecah umur 52 tahun. Iyalah, kebanyakan wanita akan pergi ke gym untuk maintain langsing tapi lain pula caranya bagi wanita berdarah kacukan Melayu-Filipina ini.

“Rutin harian saya, kalau ada dekat rumah memang saya tak bermekap atau dress up. Di rumah, saya adalah isteri dan juga ibu kepada anak-anak yang pergi ke kolej serta masih bersekolah. Setiap pagi saya akan sediakan sarapan untuk mereka dan sediakan untuk lunch pula. Siap semuanya, saya pergi beli barang keperluan dapur dan uruskan hal rumah yang lain sampailah ke malam. Macam rutin ibu-ibu lain juga,” ujar pemilik label MF Cosmetique ini lagi.

Mungkin, rutin harian inilah yang menjadi rahsia Datin Seri Maria Farida kekal sihat dan langsing. Iyalah, tugas ibu dan isteri dekat rumah sememangnya meletihkan. Menyifatkan dirinya seorang yang ringkas, “Kalau keluar rumah beli groceries pun saya tak pakai mekap. Unless ada shooting, make up artist dah siap cantikkan kita from head to toe.Memang tak ada petua tertentu untuk jaga kulit dan sebagainya. Bagi saya, apa yang saya dapat hari ini ialah gen dari nenek moyang. Lagi pula kulit saya jenis yang sensitif. Saya hanya boleh guna skin care yang light saja dan bukan anti aging. Saya bersihkan muka pun dengan wet tissue saja sebab kulit saya alah dengan toner, serum dan anti aging. Kalau salah pakai boleh buat muka gatal-gatal dan naik merah.”

Di samping suami tercinta

Datin Seri Maria bersama ibu tersayang

Dalam kesibukkan mengurus perniagaan kosmetik miliknya, Datin Maria Farida berkata, “MF Cosmetique ini all in one. Ada eye shadow, blusher, lipstick, eyeliner, eye brow, highlighter… hanya dalam satu palet. Dunia perniagaan ini memang mencabar. Ada masa kita di atas dan kadang kala di bawah.

Jadi cabaran yang terpaksa saya lalui sekarang adalah untuk mendapatkan lebih ramai agen dan stokis. Bukan mudah hendak bahagikan masa di antara kerjaya usahawan dan aktres. Tapi alhamdulillah, ramai yang menyokong dan membantu.”

Keluarga Datin Seri Maria Farida

Bersama anak lelaki yang belajar di Perth

Salah seorang anak Datin Seri Maria iaitu Mizan Ashley kini melanjutkan pelajaran di Perth, Australia. Walau anak-anak sudah meningkat usia, namun kejelitaan beliau masih cantik seperti zaman anak dara dan tak makan dek usia.

Kredit foto: Instagram Datin Seri EMaria Farida

TMSM2: Pepatung Tersingkir! Memang Tak Sangka Langsung Rupanya Datin Seri Maria Farida

Siapa sangka rupanya Datin Seri Maria Farida merupakan figura disebalik kostum Pepatung.

Selama tiga minggu berada di pentas The Masked Singer Malaysia 2, Pepatung telah menunjukkan persembahan yang baik.

Walaupun bukan seorang penyanyi, ternyata Maria Farida berjaya menyampaikan lagu Layar Impian nyanyian asal juri tetap TMSM2, Ella.

Kredit diberikan kepada Remy Ishak kerana berjaya meneka nama sebenar Pepatung dengan tepat.

Momen paling comel apabila Maria Farida kelihatan malu-malu sebaik sahaja wajahnya didedahkan kepada umum.

Minggu ini menyaksikan Burung Hantu, Rambutan dan Bujang Senang berada ditangga teratas manakala tiga kedudukan terbawah jatuh kepada Orkid, Teh Tarik Kaw dan Pepatung.

Apa pula keadaannya untuk minggu keempat nanti? Siapa pula yang bakal tersingkir?

Sama-sama kita nantikan.

The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.

Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, mulai 28 Januari 2022, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!

Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dilakukan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.

Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.

Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content

Asia Awards 2021, Ogos lalu.

Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.