Amalan

“Ajaibnya Al-Waqiah” Lelaki ini cerita pengalaman cuba tinggalkan m4ksiat

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca IIUM Confession semua… Sungguh aku teringin bercerita tentang Surah Al- Waqiah.

Pertamanya, aku kenalkan diri aku. Seorang lelaki. Berumur lewat 20an. Sudah berkahwin. Dalam 5 tahun jugak la. Belum dikurniakan cahaya mata.

Sedang berusaha. Bekerja di dalam sektor pertahanan negara.

Apa yang aku nak cerita ni agar dapat kita ambil ikhtibar atau pengajaran untuk dijadikan sempadan.

Aku pernah baca satu confession ni cakap pasal surah Al-Waqiah. Sebelum aku amalkan setiap hari tanpa ada ter’miss’.

Sebelum ni aku kerap kali tengok gambar-gambar luc4h, video luc4h, baca bacaan luc4h. Nauzubillah.

Aku pernah cuba untuk ‘stop’. Aku malu kalau isteri aku dapat taw. Tapi, setiap kali aku cuba, aku kalah. Sampaikan dalam tandas pun aku bawa ‘handphone’. Selalunya berakhir dengan On4ni.

Allah. Malunya. Aku terdidik oleh keluarga yang kuat jugak pegangan agama. Sungguh aku malu.

Selepas aku amalkan Surah Al-Waqiaah, setiap pagi selepas atau sebelum subuh, aku struggle tinggalkan semua maksiat yang sejak dari darjah 6 aku buat. Ajaibnya surah ni.

Sungguh, sehingga ke saat ini, aku mampu buang semua applikasi yang ke arah maksiat.

Aku mula boleh dapat bangun solat Sunat Taubat, Solat Hajat, dan Solat Tahajjud. Ada suatu haritu, aku terjaga. Aku amik air sembahyang.

Sampai ja atas tikar sejadah, aku angkat takbir, terus aku menangis. Teresak-esak macam budak kecil minta gula2 kat emak dia. Khusyuknya solat aku haritu.

Sebelum ni wahai pembaca sekalian betapa ‘struggle’ nya aku berusaha. Macam-macam cara aku buat. Semuanya tak berjaya. Bayangkan tabiat dari darjah 6. Allah. Benaknya aku.

Rezeki aku pulak, melimpah ruah lepas aku tinggalkan maksiat ni… ajaibnya Surah Al-Waqiah.

Sebelum ni, solat subuh, orang cakap Subuh Gajah. Susah sungguh nak tunaikan solat kat masjid.

Sekarang, hati aku rasa tenang ja. Semua ibadah aku boleh buat. Macam ada malaikat akan kejut aku sepertiga malam. Aku boleh berjaga sehingga orang azan subuh.

Demi Allah, aku dah rasa tenang dah kalau Allah nak cabut nyawa aku saat ni… Aku dah tinggalkan dunia gelap aku.

Satu doa aku sebelum aku meninggal. Aku teringin sangat jumpa Rasulullah dalam mimpi aku. Sebab dulu, masa aku berdoa macam ni, mana mungkin Allah nak izinkan aku berjumpa Rasulullah dengan penuh dosa…

Aku juga nak berpesan pada isteri, anak2 perempuan, wanita2. Tolong jaga aurat sebaiknya. Tutuplah aurat betul2. Jangan siksakan mata lelaki.

Kamu tak kan rasa macam mana tertariknya kami pada bentuk badan kamu semua.

Amalkan surah Al-Waqiah. Baca dan pahamkan ayat2 dia. InsyaAllah. Allah akan berikan kita kebaikan yang selama ini kita cari.

Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita semua. Aamiin… Terima kasih sudi baca.

– Mr M (Bukan nama sebenar)

Surah Al Waqiah Membuatmu Menangis

Leave a Reply

Your email address will not be published.