Hiburan

“Aku Vote Habis Beratus, Kau Jadi Macam Ni? – Netizen Terkejut Tengok Saiful Makin ‘Wanita’,

Penyanyi yang juga peserta rancangan realiti Saiful Malaysian Idol kembali menjadi topik perbualan ‘hangat’ netizen apabila video yang menampilkan imej terbarunya tular.

Menerusi sebuah video dimuat naik di TikTok, Saiful tampil dengan gaya wanita yang lebih anggun.

Malah, wajahnya kini dilihat lebih kurus dan runcing berbanding sebelumnya.

“Hai saya Saiful,” katanya ringkas.

Menerusi ruang komen, ramai yang terkejut dengan penampilannya yang dikatakan lebih ‘wanita’ berbanding dahulu.

Biarpun ada memuji tindakannya yang masih menggunakan nama Saiful, namun tidak kurang juga yang kecewa dengan imej tersebut.

Malah, ada yang mendoakan supaya pelantun lagu Ku Juga Mencintaimu itu diberikan hidayah.

“Aku vote kau dulu habis beratus-ratus, kau jadi macam ni? Sekali vote 50 sen tau”.

“Dia masih guna nama Saiful Alhamdulillah”.

“Semoga diberikan hidayah,”.

“Kenapa jadi macam ni, dulu aku minat sebab hensem sekarang kenapa macam ni”.

“Seriously, kenapa jadi macam ni,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.

 

Sementara itu, Gempak masih berusaha untuk mendapatkan respon Saiful mengenai isu berkenaan.

Terdahulu, sekitar 2017 tular sebuah gambar Saiful juga dikatakan lebih mesra dengan panggilan Saifulina.

Menerusi perkongsian individu di laman twitter, ramai yang agak terkejut dan tidak menyangka perubahan yang drastik itu.

“Saiful Malaysian Idol sekarang dah jadi Saifulina. Cantik Hokay,” tulisnya.

Menerusi perkongsian individu itu di laman twitter, ramai yang agak terkejut dan tidak menyangka perubahan yang drastik itu. Kalau sebelum ini mungkin pernah ada kisah Saiful berubah ke arah ‘wanita’, tapi kali ini memang transformasi begitu ketara.

“SAYA MEMANG LELAKI TULEN DAN SAYA TIDAK PERLU UNTUK MEMBUKTIKAN APA-APA SEMATA-MATA UNTUK MEMUASKAN HATI SEMUA PIHAK. LAGIPUN, TAK SEMUA LELAKI YANG BERJAMBANG DAN BERMISAI ITU TULEN,” KATA SAIFUL MEMPERTAHANKAN DIRINYA APABILA KENYATAANNYA ITU PERNAH DISIARKAN MENERUSI BERITA HARIAN TERBITAN 3 MAC 2007.

Menurut dakwaan yang tular di media sosial kini, Saiful juga kini mesra dengan panggilan Saifulina.

sumber: astro gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.