Hiburan

Baru Sajat terasa seperti baru dilahirkan semula, sekali Timb Menteri Agama keluar satu kenyataan

Usah4wan k0ntr0v3rsi, Muhammad SajjadKamaruz Zaman tetap lelaki di negara ini, tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Ini kerana, kata nya maklumat yang tertera di kad pengenalannya adalah untuk menentukan jantina yang sebenar meskipun lelaki itu telah bertukar menjadi wanita.

“Itu di negara lain. Dalam negara kita, dia tetap lelaki sebagaimana di dalam kad pengenalannya,” katanya kepada pemberita pada Rabu di Putrajaya.

Sebelum ini, Sajat35, melalui sesi Live di Instagramnya mendakwa beliau sudah berjaya menukar status jantinanya kepada wanita di Australia.

Dia turut meluahkan rasa bangga dengan diri sendiri dan mahu diterima secara baik oleh orang ramai selain turut menyatakan rasa lebih bebas serta boleh jadi diri sebenar.

Untuk rekod, Sajatt memilih untuk memulakan kehidupan baharu di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana merasakan tidak selamat tinggal di Malaysia.

Sebelum ke sana, Sajat pernah melarikan diri ke Thailand namun ditahan oleh pihak imigresen pada 8 September 2021 kerana memiliki pasport tidak sah.

Lima bulan menetap di Australia, usahawan sensasi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendakwa sudah berjaya menukar status jantinanya kepada perempuan.

MuhammadSajjad atau lebih dikenali dengan nama NurSajat, 35, meluahkan rasa gembira apabila keiinginannya untuk diiktiraf sebagai wanita diluluskan kerajaan negara itu.

“Saya gembira semuanya sudah selesai. Saya selesa kini menjadi seorang wanita, negara ini (Australia) lebih memahami gender saya,” katanya dalam satu perkongsian di media sosial.

Menurut Sajat dia sudah lama mengidamkan untuk menukar status jantina dalam dokumen pengenalan diri sejak berada di Malaysia lagi.

Dia turut meluahkan rasa bangga dengan diri sendiri dan mahu diterima secara baik oleh orang ramai.

“Kini saya rasa lebih bebas dan boleh jadi diri saya yang sebenar. Saya bangga dengan diri sendiri.Ini adalah saya, Nur Sajat, rasa seperti dilahirkan semula.Saya memang mahu tukar status jantina, saya nak bahagia dan mahu orang terima saya,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Sajat turut menjawab soalan pengikut sama ada dia akan menukar namanya atau tidak.Namun katanya, dia lebih selesa dan bangga dengan nama Nur Sajat.

“Saya bangga dengan nama Nur Sajat. Satu dunia kenal nama ini.Nama ni satu dalam sejuta tau,” ujarnya.

Isu Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah Pencetus Ummah (PU) Amin yang turut memberikan pendapatnya.

Sajat Sudah Berjaya Namun Bukan Di Malaysia
Menerusi Insta Stories, PU Amin akui Sajat sudah berjaya namun bukan di Malaysia kerana terdapat pihak yang akan menghalangnya.

“Ya dia berjaya, tapi bukan di Malaysia. Kerana di Malaysia ada KITA yang terus menghalang insan seperti ini menukar jantinanya dengan sengaja.” tulis PU Amin


Moga Sajat Mendapat Hidayah
Tambahnya lagi, dia turut mendoakan agar Sajat cepat sembuh dan mendapat hidayah.

“Moga lekas sembuh dan diizin hidayah sampai pada nya.”- katanya

Untuk rekod, Sajat memilih memulakan kehidupan baharu di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana merasa tidak selamat tinggal di Malaysia.

Sebagai peringatan, menerusi laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dinyatakan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada April 1982 bahawa pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan ataupun sebaliknya, melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak.

Malah perbuatan menukar status daripada seorang ‘mak nyah’ kepada wanita dalam MyKad setelah menjalani pembedahan yang tidak dibenarkan syarak juga adalah haram.

SUMBER: SinarHarian/Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.