Uncategorized

Bukan nak cipta ‘content’, Janna Nick mohon doa orang ramai

Kuala Lumpur: Selepas dua tahun bertarung dan mengelak daripada terkena jangkitan Covid-19, akhirnya pelakon Janna Nick kecundang selepas disahkan positif virus itu, semalam.

Janna berkata, antara gejala yang dialami adalah demam, sakit badan dan tekak serta hilang deria bau. “Saya didapati positif selepas hampir dua tahun bertarung untuk mengelak dari dijangkiti Covid-19. Walaupun kerja saya sebenarnya tak logik untuk saya tidak dijangkiti virus ini, tapi akhirnya saya kecundang.

“Semalam keadaan kesihatan saya masih okey. Namun, lewat malam tadi saya mengalami demam sehingga sakit-sakit badan dan hidung tersumbat. Doakan semoga saya cepat sembuh. Saya minta maaf kepada mana-mana yang ada berjumpa dengan saya dalam waktu terdekat ini,” katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Janna disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian saringan RT-PCR (PCR) walaupun sebelum itu sudah melakukan ujian RTK Antigen (RTK-Ag) dan menunjukkan dirinya negatif.

Menurut Janna, dia bukan sengaja mahu mencipta kandungan di media sosialnya, sebaliknya dia lebih mengetahui keadaan badannya yang kurang sihat.

“Semalam ramai yang hantar mesej peribadi mengatakan kalau keputusan sudah negatif tidak perlulah saya ‘kalut’ nak positif Covid-19.

“Sebenarnya saya bukan saja nak cipta kandungan atau terhegeh-hegeh nak buat ujian RTK-Ag dan PCR untuk mengatakan saya positif. Saya lebih tahu diri saya dan boleh rasa badan saya tidak sihat. Lagipun saya bukannya jenis yang mudah jatuh sakit, jadi saya boleh agak sebab itulah saya buat ujian PCR semalam,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.