Uncategorized

Cinta tanpa syarat itu masih wujud. Peragawati cantik tak segan dgn pekerjaan teman lelaki

DALAM dunia yang mementingkan material, kisah ini mungkin boleh memberi harapan bahawa cinta tanpa syarat itu masih wujud.

Seorang peragawati popular di Thailand, menjadi bualan netizen di negara itu apabila meluahkan rasa cinta buat teman lelakinya yang sudah lima tahun dikenalinya di Facebook.

Apa yang menarik, biarpun Nutchanart Chaichan, 22 tahun, memiliki kecantikan dan kerjaya yang penuh glamor, namun dia tidak kekok untuk terus mendampingi Wutthichai Saeng-ngern, 25, yang bekerja sebagai pemandu tuk-tuk, dengan pendapatan tidak lebih 500 Baht (RM61) sehari.

“Kenapa saya pilih dia? Kami berbeza tetapi kami saling menyayangi.

“Apa yang awak makan, saya makan. Saya tahu awak sudah berusaha, awak tidak pernah merungut walaupun penat bekerja. Saya bahagia dan bangga,” tulis Nutchanart di Facebook.

Nutchanart juga mengakui dia sering disindir kerana memilih lelaki yang tidak berharta sebagai teman lelaki, namun ia tidak membuatkan dia berfikir dua kali.

“Jangan pandang rendah pada mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang besar. Bahagia bukan pada harta.

“Saya tidak pernah rasa malu mendampinginya. Dia buat kerja yang halal dan jujur,” kata Nutchanart ketika ditemu ramah sebuah stesen televisyen.

Bahagia bukan pada harta. Itulah kesimpoulan dari kisah Nutchanart Chaichan dan lelaki pilihannya Wutthichai Saeng-ngern. – Facebook: Jubjang Nutchanart Chaichan

Leave a Reply

Your email address will not be published.