Uncategorized

Dakwaan wanita 2 tahun mohon bantuan utk ibu OKU, sekali lelaki ini tampil citer perkara sebenar

“Ini adalah secara ringkas jenis bantuan yang telah dibantu oleh Baitulmal MAIWP kepada beliau semasa tinggal di Cheras. Sebab banyak komen Baitulmal dan Zakat buat apa? Jadi ini pencerahan untuk makluman masyarakat Islam.

” Semasa Puan Diwiyana Binti Mohamed tinggal di Cheras dahulu beralamat DA-01-09, Blok Delima Persiaran Baiduri Cheras, beliau telah menerima bantuan Baitulmal MAIWP :

“Bantuan Perniagaan pada 1/2013 berjumlah RM2000 one off

Bantuan Kewangan Bulanan 11/2015 – 10/2016 sebulan RM250, jumlah RM3000 untuk setahun(pertukaran nama ketua keluarga kerana berkahwin)
Bantuan Kewangan Bulanan 3/2015 – 2/2016 sebulan RM400, jumlah RM4800 untuk setahun(bantuan atas nama suami Mohd Ashraf bin Adam)

Kemudian telah berkahwin baru dengan Taufiq Iqmal bin Yusof pada 24/11/2015 dan tinggal di Blok 3-4-13 Jalan 2144A, Taman Bukit Cheras. Suami bekerja Mydin dengan pendapatan RM1758.65 sebulan. Kemudian suami beliau berniaga mesin jualan topup ebill dengan pendapatan bersih RM2053 sebulan. Ibunya masih menerima bantuan JKM secara bulanan RM350 dan mendapat rawatan di HUKM.

Bantuan Perniagaan pada 1/2019 berjumlah RM2000 one off (atas nama suami)
Bantuan Am Persekolahan anak Nur Balqis Alia tahun 2019 RM500, tahun2020 RM600, tahun 2021 RM800, tahun 2022 RM800(tetapi tahun 2022 akan ditahan kerana tiada makluman yang anak anak beliau berpindah sekolah) Beliau juga tidak memaklumkan kepada Baitulmal telah berpindah ke Perak.
Bantuan Peralatan Persekolahan anak Nur Balqis Alia 12/2020 bernilai RM350 dan 1/2022 bernilai RM350 (tapi akan ditahan kerana telah berpindah ke Perak kerana tiada makluman yang anak berpindah sekolah ke Perak)

Ibunya juga Puan Selamah binti Hamid, penerima Bantuan Kewangan Bulanan pada tahun 2012(tidak dinyatakan kerana rekod lama), tahun 2013 RM200 sebulan, berjumlah RM2400, dan 3/2014 sehingga 2/2015 sebulan RM250, berjumlah RM3000

Jadi, pihak Baitulmal dan Zakat telah bantu mereka sejak lama dahulu sebelum diviralkan dan dibantu oleh Ust Ebit Liew lagi. Kalau masyarakat nak bantu, silakan. Tiada masalah. Cuma semak dahulu sebelum sebar . Kerana pemberian wang zakat dan sedekah, tidak sama.

terdahulu…

Dua tahun berusaha mohon bantuan untuk ibu OKU sekali pihak terbabit beritahu borang permohonan hilang, anak luah rasa kecewa “nak kami minta bantuan gereja ke…”

“Kalau dah viral barulah nak datang..”

Demikian kata wanita yang dikenali sebagai Dyana Mohammed atau Kak Yana meluah rasa kesalnya terhadap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak dan Lembaga Zakat Perak yang didakwa sukar menyalurkan bantuan dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Menurut Kak Yana, dia sudah cuba memohon bantuan untuk ibunya (OKU) daripada dua entiti tersebut sejak dua tahun lalu. Tetapi harapan peniaga burger itu untuk mendapatkan bantuan tersebut hancur berkecai kerana birokrasi yang ditonjolkan oleh pihak berkenaan.

“Kak Yana kecewa sangat, dua tahun saya memperjuangkan untuk mendapat bantuan ibu saya. Mereka memang banyak sangat alasan. Ibu saya memang strok terlantar, dia memang tak boleh bergerak.

“Saya dah hantar borang dua kali untuk JKM Perak. Kali pertama, JKM kata borang itu hilang tahun lepas. Jadi, saya usahakan lagi untuk kali kedua permohonan bantuan OKU terlantar. Ini digunakan untuk pembelian pampers, susu dan barang kelengkapan yang diperlukannya.

“Betapa susahnya kami nak minta bantuan dengan kerajaan ini. Selepas satu demi satu dokumen yang mereka nak, jumpa penghulu, macam-macam kami dah pergi. Cakap sajalah apa saja yang kami tak cuba untuk dapatkan bantuan ini. Kenapa susah sangat nak bagi? Kami bukannya nak guna duit itu sewenang-wenangnya.

“Saya berniaga burger, bukannya selalu boleh mendapat hasil yang banyak. Nak mendapat hasil RM50 sehari pun susah, sudahlah kena menyara enam orang anak. Saya tak faham betul, kalau dah viral barulah nak datang. Lembaga Zakat pun suruh kami tunggu, nak kami tunggu berapa lama lagi?

“Nak kami minta bantuan di gereja ke barulah nak datang bagi bantuan? Tak fikir ke kami turun naik, disuruh dapatkan cop, kami usahakan. Senang je mereka cakap borang itu hilang. Tahu tak betapa susahnya kami pergi dapatkan semua itu?

“Saya minta bantuan semua orang tolong share video ini agar JKM dan Lembaga Zakat nampak kesusahan kami ini,” katanya.

Sumber: TikTok Dyana Mohammed

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.