Uncategorized

Datin Kartini Jelaskan Kenapa Tak ada siapa berani ambil atau kongsikan gambar Bilal’

Usahawan, Noor Kartini Noor Mohamed, berkata tiada mana-mana anggota keluarganya yang berani mengambil gambar atau dengan sengaja menyebarkan wajah cucunya, Muhammad Bilal Muhammad Haris, pada awal kelahiran.

Jelasnya ia dilakukan demi menghormati keputusan pasangan ibu dan bapa bayi terbabit, iaitu Neelofa dan Muhammad Haris Mohd Ismail.

Kata Noor Kartini, anak dan menantunya itu belum bersedia untuk mendedahkan wajah anak mereka yang lahir pada 31 Jan lalu.

“Saya tak pernah tanya pun (untuk minta gambar). Sebenarnya, keluarga terdekat pun tak dapat gambar Bilal. Begitu juga dengan keluarga kami di Kelantan.

“Mereka semua nak tahu macam mana wajah Bilal tapi kita tak bagi. Kalau saya jenguk Neelofa dan cucu di kediaman mereka pun saya tak ambil gambar.

“Saya rasa biar dia sendiri yang kongsikan, tapi jika tidak, kita semua sendiri boleh faham,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Noor Kartini, Neelofa secara peribadi sering berkongsi gambar bayi terbabit untuk tatapannya.

“Setiap hari dia akan hantar gambar Bilal pada saya, cuma bukan untuk dikongsi dengan orang lain,” katanya.

Kartini berkata demikian semasa ditemui di majlis pelancaran Disney X Naelofar The Little Mermaid yang diadakan di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya semalam.

Untuk rekod, Neelofa melahirkan Muhammad Bilal pada 29 Jan lalu. Anak itu adalah hasil perkongsian hidup Neelofa, 33, dengan Muhammad Haris – atau PU Riz – sejak 27 Mac 2021.

Mengulas luahan Neelofa yang menganggap tempoh berpantang ibarat ‘penjara’ baru-baru ini, Noor Kartini menganggap wanita yang pertama kali merasai pengalaman selepas bersalin pasti beranggapan sedemikian.

Katanya, sebelum ini Neelofa sangat aktif, justeru apabila tidak boleh melanggar pantang sesuai dengan keadaannya yang lepas melahirkan, memang dapat difahami jika dia berasa sedikit terkekang.

“Dia nak terima situasi kena duduk di rumah, tak boleh makan itu dan ini semua pasti buat dia rasa terkejut.

“Dia juga pernah berkata pada saya sebelum ini dia ingatkan berpantang tu seronok macam pergi ke spa atau berurut saja.

“Ini semua mengambil masa untuk disesuaikan sebab dia perlu mengalami pertukaran alam baru. Tapi Neelofa seorang yang cepat belajar,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.