Uncategorized

Hanya Tinggal 180cm Lagi Untuk Capai Rayan, Doa Dari Ustazah Asma Buat Ramai Sebak

BER BERRED – Pasukan penyelamat menyatakan empat meter sudah digali secara manual dan hanya tinggal 180 sentimeter (cm) sahaja lagi untuk mencapai Rayan.

Rayan budak lelaki berusia lima tahun terjatuh dan terperangkap dalam perigi sempit sedalam 32 meter di Ighrane, wilayah Chefchaouen di Magribi.

Operasi menyelamat kanak-kanak itu dilancarkan sejak Selasa lalu namun terpaksa dilakukan secara berhati-hati susulan kebimbangan risiko runtuhan dalam lubang.

Penyelamat memberi amaran bahawa jarak dua meter terakhir dari kedudukan mangsa adalah paling kritikal. – Agensi

MISI MENYELAMAT ANAKANDA RAYYAN MASIH DITERUSKAN,

DOA DAN MUNAJAT DARI JAUH KAMI KIRIMKAN

“Ya Allah, Ya Hafiz Ya Muhaimin, peliharalah anakanda Rayyan daripada sebarang mudarat dan bahaya. Permudahkanlah semua pihak yang sedang bertungkus lumus dalam operasi menyelamatkannya.

Limpahkanlah kekuatan dan kelapangan jiwa buat kedua ibu bapanya dalam menempuhi ujian ini. Sungguh ya Allah, tiada pergantungan yang lebih kuat melainkan pergantungan hanya kepada-Mu.โ€Ž”
——————————————————————

Hati diruntun duka ketika mendengar perkhabaran dari bumi Morocco. Seorang kanak-kanak lelaki bernama Rayyan yang berusia 5 tahun telah terperangkap hampir 5 hari setelah dia terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter dan berukur lilit 25 sentimeter sahaja. Allahuakbar.

Khabarnya semasa kejadian itu, Rayyan sedang ikut bapanya untuk membaik pulih sebuah perigi kering yang berada berhampiran rumah. Semasa bapanya sedang sibuk, Rayyan berkemungkinan bermain-main di sekitar perigi tersebut lalu terjatuh ke dalamnya. Tidak lama kemudian, bapanya mula sedar yang anaknya hilang.

Setelah puas mencari, baru tersedar yang anaknya telah terjatuh ke dalam perigi kering itu. Bapa Rayyan meminta penduduk kampung untuk membantu menyelamatkan anaknya namun tidak berjaya. Sehingga akhirnya perlu meminta bantuan pasukan penyelamat untuk meneruskan misi pencarian.

Strategi disusun sebaiknya dan pihak berkuasa di sana sedang berusaha bertungkus-lumus menyelamatkan Rayyan. Kejadian ini telah mendapat liputan yang meluas di seluruh dunia. Ramai yang turut sebak dan terus mendoakan agar kanak-kanak ini dapat ditemui dengan selamat.

Sungguh, saat ini fikiran terus terbayang keadaan ibu bapa dan keluarga Rayyan. Pastinya 1001 perasaan sedang bercampur baur di dalam jiwa. Ya Rabb, kuatkan mereka.

Mari sama-sama kita panjatkan doa, agar Allah Ya Qawiy berikan kekuatan buat seluruh keluarganya dalam menghadapi dugaan ini. Ya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin peliharalah anakanda Rayyan ini. Jauhilah dirinya daripada sebarang mudarat dan bahaya.

Daripada Anas bin Malik, dia berkata, โ€œNabi Muhammad SAW ketika mendapat masalah yang berat, beliau membaca:
ูŠูŽุง ุญูŽู‰ู‘ู ูŠูŽุง ู‚ูŽูŠู‘ููˆู…ู ุจูุฑูŽุญู’ู…ูŽุชููƒูŽ ุฃูŽุณู’ุชูŽุบููŠุซู

Maksudnya: โ€Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri dan tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan.โ€
(HR. Tirmidzi)

Di dalam hadis lain, Ibnu Abbas r.a. berkata, ketika Rasulullah SAW mengalami kesulitan baginda membaca doa:
ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู’ุนูŽุธููŠู…ู ุงู„ู’ุญูŽู„ููŠู…ู ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ู’ุนูŽุฑู’ุดู ุงู„ู’ุนูŽุธููŠู…ู ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงูˆูŽุงุชู ูˆูŽุฑูŽุจู‘ู ุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถู ูˆูŽุฑูŽุจู‘ู ุงู„ู’ุนูŽุฑู’ุดู ุงู„ู’ูƒูŽุฑููŠู…ู

Maksudnya: “Tiada sembahan yang hak selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Penyantun. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan Penguasa arasy yang agung. Tiada sembahan yang hak selain Allah, Tuhan langit dan bumi serta Tuhan arasy yang mulia.”

(HR Muslim)

ASMA’ BINTI HARUN

Penyelamat bersaing dengan masa selamatkan Rayan

GLOBAL | Fasa akhir misi menyelamatkan budak lelaki Maghribi, Rayan, dinantikan penuh debar buat mereka yang mengikuti perkembangan operasi itu di seluruh dunia.

Hari ini misi menyelamat budak terbabit yang terjatuh lalu terperangkap di dalam perigi sempit sedalam 32 meter itu dilaporkan semakin hampir ke penghujungnya.

Pun begitu semua pihak berharap tindakan menyelamat yang penuh risiko dan terpaksa dibuat penuh berhati-hati itu sempat menyelamatkan Rayan, 5, yang terperangkap sejak Selasa lalu.

Misi itu melibatkan kerja menggali tanah di sebelah perigi berkenaan – memandangkan ia terlalu sempit untuk dimasuki penyelamat – sehingga selari dengan kedalaman tempat Rayan terperangkap.

Penyelamat kemudian mengorek satu terowong secara melintang untuk menyelamatkan Rayan.

Petang semalam, Morroco World News melaporkan misi itu memasuki fasa akhir iaitu menebuk lubang melintang sejauh lapan meter. Ia dianggap fasa yang sangat genting dalam misi berkenaan.

Kini, pasukan penyelamat berlumba dengan masa bagi mengeluarkan Rayan.

Ada kesan luka di kepala

Rayan diberikan makanan dan dibekalkan oksigen dan minuman menerusi tiub, tetapi tidak dapat dipastikan apakah dia menjamahnya atau pun tidak.

Namun, Rayan dilaporkan masih hidup setakat laporan itu dibuat.

โ€œBahagian kedua misi menyelamat ini sudah hampir sampai ke penghujungโ€ฆ kami berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Rayan dan pengorekan (terowong) berjalan seperti dirancang,โ€ kata ketua penyelamat Abdelhadi Tamrani, seperti dilaporkan Reuters petang ini.

Sebuah helikopter juga dilaporkan sudah bersiap sedia bagi membawa Rayan ke hospital sebaik sahaja dia dikeluarkan.

Misi berbahaya di daerah Chefchaouen itu berdepan risiko tanah runtuh, selain berdepan cabaran campuran tanah berbatu dan berpasir untuk membina terowong di tempat yang diyakini beradanya Rayan.

Rayan dilaporkan terjatuh ketika mengikut ayahnya membuat kerja baik pulih perigi berkenaan.

Sejak detik itu, ayahnya dilaporkan berkata, dia belum dapat tidur mengenangkan nasib anaknya yang masih terperangkap jauh di bawah tanah.

Rintihan emak Rayan yang disiarkan media tempatan, mengharapkan agar anaknya itu masih hidup, turut mengundang simpati orang ramai.

Pada Khamis, daripada kamera yang diturunkan menerusi perigi berkenaan, Rayan kelihatan masih hidup namun dilihat mengalami kecederaan kecil di kepala.

Leave a Reply

Your email address will not be published.