Entertainment

Kanak-Kanak Hampir Ditelan Burung Undan, Sikap ‘Sambil Lewa’ Si Ibu Dipersoal Netizan

Sudah menjadi lumrah bagi kanak-kanak untuk mereka memiliki perasaan ingin tahu dan mencuba setiap benda yang ada depan mata.

Sebuah video telah dilaporkan berlegar di media sosial memaparkan seorang budak lelaki yang cuba memegang seekor burung undan (pelican) sehingga hampir ‘ditelan’ haiwan tersebut telah mengundang kritikan netizen.

Video yang dikongsi pengguna TikTok bernama @mem.atikah itu memaparkan reaksi anaknya yang mendekati burung pelican tersebut dengan bertujuan untuk memegang dan ‘berkawan’.

Namun begitu, burung tersebut dilihat berkelakuan liar malah bertindak ‘menelan’ sedikit kepala si kecil tersebut.

Meskipun menerima banyak kecaman daripada netizen, si ibu kemudiannya tampil menjelaskan bahawa anak lelakinya itu berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Wanita itu turut menjawab pertanyaan netizen yang bertanyakan mengapa dia tidak melakukan sesuatu meskipun burung tersebut seakan mula mengganas dan boleh memberi kecederaan kepada anaknya.

“Kenapa dah jadi macam tu kita macam rilek je? Sebab kalau kita menggelabah takut binatang tu terkejut nanti lagi mengganas” jelas si ibu.

Ada juga netizen yang memberi peringatan mengenai bahaya mendedahkan si kecil dengan situasi tersebut kerana paruh burung tersebut tajam dan seakan gergaji halus.

“Paruh dia bahaya sebenarnya. Macam gergaji halus. Sekali kena gigit, jangan rentap. Kena bukak paruh.” tulis seorang netizen.

Apa-apapun sentiasa berhati-hati dan awasi anak-anak anda agar tiada tragedi tidak diingini berlaku.

Sedikti info mengenai burung undan

Undan atau pelikan adalah sejenis burung air yang memiliki kantung di bawah paruhnya, dan merupakan sebahagian dari keluarga burung Pelecanidae. Bersama burung kosa, pependang, burung dendang laut, dan burung simbang, mereka membentuk Order Pelecaniformes. Undan moden boleh dijumpai di semua benua kecuali Antartika. Mereka muncul umumnya di wilayah yang beriklim panas, dan mereka tidak dijumpai di wilayah kutub, laut dalam, kepulauan samudera, dan daratan Amerika Selatan.

KREDIT: https://beautifulnara.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.