Amalan

Kantoi Berdua-Duaan Dalam Bilik Dengan Kekasih, Tindakan Suami Lepas Tu Buat Isteri Lega

Di TikTok, viral sebuah video yang menunjukkan seorang isteri datang menerjah rumah sewa yang didiami suaminya. Video berdurasi 30 saat itu, turut menyaksikan si suami telah kantoi curang bersama seorang gadis yang dipercayai baru belasan tahun.

Memang jiran halau

Difahamkan, lelaki berkenaan sudah lama tinggal berdua-duaan dengan kekasih hatinya di dalam rumah sewa tersebut. Menurut saksi kejadian, beberapa balang kaca turut dijumpai di rumah sewa itu dan pasangan berkenaan dipercayai mengambil barang ‘terlarang’. Lebih menyedihkan, ketika serbuan dilakukan oleh si isteri, lelaki tersebut sanggup memilih kekasihnya berbanding isteri dan anak yang sedang menangis pada masa itu.

Dah jatuh talak

https://www.youtube.com/shorts/aTzrLiKejnU

Menjengah di ruangan komen, pemilik video tersebut tampil menjelaskan keadaan yang sebenar. Selepas bertengkar antara satu sama lain, suaminya telah melafazkan talak. Walau bagaimanapun, wanita itu mengakui cukup lega serta berlapang dada dengan perpisahan yang berlaku.

Sumber: TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.