Amalan

Kes Tik4m Bayi: Polis Buru Mohammad Hazuarie. Rupanya Ada Benda Tak Elok Dia Dah Buat Kat Gadis Ni

SELASA lalu gempar negara kita tentang seorang gadis berusia 15 tahun melahirkan bayi.

Apa yang lebih memilukan, bayi tersebut maut dipercayai ditik4m oleh gadis berkenaan.

Menurut laporan portal tempatan, bayi lelaki yang baru dilahirkan itu ditemukan m4ti dengan kesan tik4man di dada dipercayai dibvnuh ibunya.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan sebelum laporan polis dibuat kira-kira pukul 10 pagi.

Pada 9 Februari lalu, remaja tersebut direman selama tujuh hari.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman di Wad Bersalin Hospital Kemaman, Terengganu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseks4an.

Proses itu dilakukan di hospital berkenaan susulan suspek masih menerima rawatan selepas melahirkan bayi sulungnya, pagi 8 Februari.

Justeru itu, polis giat mengesan individu dikenali sebagai Mohammad Hazuarie Hassan, 20, lelaki itu bagi membantu siasatan kes pembvnuhan bayi berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu juga dikehendaki bagi siasatan berhubung kes dakwaan memperk0sa remaja itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan ini penjelasan berkaitan;

1. Pihaknya sudah meminta Mohammad Hazuarie menyerah diri, namun sehingga kini pemuda itu masih belum berbuat demikian.

2. Individu ini diminta tampil menyerah diri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

3. Polis juga mengalu-alukan bantuan orang ramai menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mengetahui di mana lelaki itu bersembunyi.

5. Polis sudah berusaha mengesan lelaki itu termasuk pergi ke rumahnya di Bandar Seri Bandi dekat Kemaman, namun suspek dipercayai melarikan diri.

Baca juga [VIDEO]Letak tuala basah atas kepala anak demam berisiko sawan, doktor dedah cara betul

7. Pihaknya percaya suspek melarikan diri ke bahagian utara Terengganu dan polis akan berusaha mengesan suspek sehingga dia berjaya ditahan.

8. Pesan Hanyan, orang ramai yang mengenali dan mengetahui di mana suspek berada bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Afif Mohd Amin di talian 012-6380342 atau menghubungi balai polis berhampiran.

HANAFIAH Mat (dua dari kiri) menziarahi ibu kepada remaja yang dipercayai menikam bayinya (tiga dari kanan) di rumah keluarga di Kemaman.

Ibu remaja tik4m bayi tidak tahu anak hamil
KEMAMAN: Ibu kepada remaja berusia 15 tahun yang dipercayai menikam bayinya sejurus selepas dilahirkan tidak menyedari anak tunggalnya itu hamil sepanjang tempoh sembilan bulan ini.

Malah, wanita berusia dalam lingkungan awal 40-an yang merupakan tukang cuci di sebuah hotel itu juga terkejut anaknya melahirkan bayi bersendirian di rumah ketika dia keluar bekerja.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat ketika menziarahi keluarga remaja berkenaan di sini semalam.

Katanya, pada pagi hari kejadian, ibu tunggal itu sempat mengetuk bilik tidur anaknya dan memaklumkan keluar bekerja.

“Anaknya menyahut seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Namun, dia tidak pasti sama ada remaja itu sudah bersalin atau belum pada waktu berkenaan. Dia hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dihubungi rakan anaknya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Kelmarin, bayi lelaki seberat 2.49 kilogram ditemukan m4ti dengan kesan tik4man dipercayai dibvnuh ibunya sejurus selepas dilahirkan.

Menurut Hanafiah, remaja yang menjadi suspek utama pembunvhan bayinya itu aktif berbasikal dan tinggal berdua bersama ibunya selepas kehil4ngan bapa beberapa tahun lalu.

Katanya, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga akan memberikan khidmat kaunseling kepada ibu remaja berkenaan yang masih trauma dengan tragedi itu. – UTUSAN

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.