Uncategorized

Lagi kes langg4r lampu merah, kali ni dua beradik dirempvh lori

Alor Gajah: Padah langgar lampu isyarat merah, dua beradik perempuan parah selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Simpang Ampat, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), di sini, malam tadi.

Dalam nahas jam 8.40 malam itu, mangsa, Anis Athirah Nor Azlan, 28, dan adiknya, Nur Aima Natasya, 19, parah di anggota badan.

Difahamkan, Anis Athirah yang menunggang motosikal Honda Wave dan dibonceng adiknya dalam perjalanan dari Ampang, Selangor untuk bertemu tunangnya di sebuah kem tentera di Sungai Udang.

Tindakan mangsa melanggar lampu isyarat merah itu tular di media sosial menerusi video kamera papan pemuka sebuah kenderaan pengguna jalan raya lain.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, dua beradik itu masih koma dan dirawat di Zon Merah Hospital Melaka.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati penunggang dan pembonceng dari arah Plaza Tol Simpang Ampat menghala ke Alor Gajah sebelum membelok ke kanan lampu isyarat.

“Pada masa sama datang sebuah lori dari arah bertentangan yang meneruskan perjalanan kerana lampu isyarat berwarna hijau dan berlaku pelanggaran di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat.

“Akibatnya kedua-dua mangsa parah di beberapa anggota badan dan dibawa ke Hospital Alor Gajah sebelum dipindahkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

“Pemandu dan kelindan lori masing-masing berusia 28 tahun yang tidak cedera diminta hadir ke Balai Polis Trafik Alor Gajah untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Arshad berkata kenderaan yang terbabit turut ditahan untuk pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saya mengingatkan kepada pengguna jalan raya agar berhati-hati dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelak nahas jalan raya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.