Amalan

Mak Mentua Har4mkan Aku Hamil Benih Anaknya, Mentua Paksa Buat Kerja Rumah, Mop Lantai, Jemur Baju, Masak. Smp Jadi Sesuatu Suami Terus Ajak Pindah

Gambar sekadar hiasan. Assalamualikum semua KRT raeders.Aku nak story pasal hidup abang sulung aku.Tak sangka kisah Cinderella moden berlaku dalam keluarga aku.Abang Long aku dah kahwin .Keluarga aku Alhamdulillah boleh dikatakan hidup senang ,dan kami ni keturunan syed sharifah.dan atas alasan keturunan lah mak aku tak boleh terima akak ipar iaitu isteri abg long.

Mak aku menentang keras2 masa abg long suarakan hasrat nak menikah dgn akak ipar.mak aku kata nak menikah boleh tp cari yg sama taraf ,nanti malu kalau sedara mara tahu kalau menikah dgn org biasa2 je.

Masa tu abg long tetap pujuk mak untuk setuju dgn pilihan dia,tp mak aku memang tak izinkan lah.Last2 dorang putus tp lps putus tu dekat 4 thn jugak lh abg long tak kahwin ,tak de kek4sih even mak aku kenalkan dgn anak kawan dia.

Lps tu mak aku ckp takpelah kalau abg long nak menikah jugak dengan budak kg tu ,menikahlah tp kena duduk sekali lps kawin. Lps tu abg long pujuklah akak ipar sebab masa ni masing2 takde sape2 kan.so kahwin lah mereka dan bermulalah Cinderella moden bila abg long aku kena on call ,abg long doctor .

malam tu dia terpaksa on call,ni tak silap aku pkul 10 mlm.ni baru 3 minggu lps dorang kahwin.Aku tgh tgk tv ,sekali aku dgr mak aku bising2 ketuk pintu bilik abg aku.logiklah time tu dah nak tdoe kan,memanglah akak ipar dah masok bilik lps dia kemas2 dapur.

Mak aku marah2 katanya ko ingat ko tuan puteri dalam rumah aku,nak senang lena ?ko pergi kemas kat luar,lap perabot semua.Aku memang terkejut ,terus aku pergi kat mak aku dan ak cube pertahankan akak ipar tp sekali2 aku kena tibai kat mak .

Mak suruh aku masok bilik jgn keluar.Lps tu ak terus call abg aku ckp akak ipar kena buat semua dengan time mlm2 mcm ni.Abg aku terus emergency balik tp masa abg aku sampai mak aku dgr je kereta abg kat luar terus dia suruh akak ipar msk bilik.jgn keluar.

MAsa tu mcm2 ak dgr mak aku ckp,dia saja je mintak tolong akak ipar kemas2 rumah ..bkn berat pom takat lap2 perabot,sapu debu2.Akak ipar jenis tak berani nak melawan,dengan aku lah dia luahkan segalanya.

Aku dh cube bg pendapat kat abg aku pindah rumah tp kak ipar aku ckp kalau mereka pindah ,lagilah mak akan benci dia dan tak akan terima dia sampai bila2.Abg aku jenis kerja memang tak tentu,weekend pom kdg2 kena kerja.

Mak tahap benci kat akak ipar sampai dia taknak cucu dr akak ipar.Masa akak ipar pregnant,masa tu aku terpaksa kerja jauh outstation dan abg aku kerja 2 hr xdpt balik rumah sebab on call.

Mak paksa akak ipar buat kerja rumah,dr mop lantai,jemur baju,masak .apatah lagi masa tu dia alahan,kemuncak nya akak ipar keguguran.Masa nilah abg aku betul2 tak dapat terima dan terus pindah rumah.

Abg aku pernah suruh akak ipar ,kalau takde org kat rumah,keluar je g mana2 atau kerja je semula ,tp akak plak memang masa tu nak ambil hati mak aku.Dia ingat kalau dia stay sekali dan tolong2 buat kerja,mak akan terima.

Sekarng dah 5 tahun abg long pindah ,weekend dorang balk jenguk kami kat rumah .Abg long dah ada sorang anak,tahu plak mak aku nak main cucu.masa akak ipar pregnant dibuatnya gugur sebab aku pernah dgr mak ckp ‘aku takkan bagi ko mengandung anak fikri.ko tu tak layak dgn anak aku’.

Aku tahu mak aku sebenarnya tak berniat mcm t p sebab nak jaga standart ,mak jadik mcm ni,Sampai sekarang akak ipar cube berbaik dgn mak,tp mak buat tak tahu je.

Kalau abg long dtg,mak beria2 borak ngn abg long, main2 dgn anak abg long tp dgn akak ipar mak pannag pom tak nak.Aku pulak memang awal2 mak dh kasik warning menikah dgn setaraf.mungkin sebab alasan takot aku menikah dgn org biasa,mak jodohkan aku dgn anak kenalan dia.

Tp oky lah aku terima je .kdg2 kaku kesian kat mak,aku sentiasa doakan mak akan berubah.Kalau aku cerita kebaikan akak ipar mesti mak akan marah2 dan ckp aku tak faham ,ape yg dia buat untuk kebaikan abg long.untuk akak ipar aku,sabarlah kak,insyaAlalh moga satu hr mak akan terbukak hati terima akak.

KISAH KE 2 Lebih Mendebarkan

Pernah kan dengar kisah mak mertua pilih kasih kepada menatu dan anak? Banyak sangat berlaku yang mana , mak mertu ini kadang lebihkan anak lebih daripada segalanya. Tapi kenapa jadi begitu. Emosi mak terganggu atau sebabkan sikap anak lain yang kurang ilmu

Kisahku bermula sejak tahun 2009, selepas berkahwin bersama suami. Diawal perkahwinan kami serasi. Aku diajar menghormati mak mertua dan ayah mertua.

Kami laki bini tak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam memberikan nafkah yang kami mampu . Malah setiap kali musim perayaan setiap mak ayah kedua-dua pihak akan mendapat persalinan baju raya yang cantik. Tiada beza antara mertua dan mak ayah sendiri.

Sejak melahirkan anak yang sulung tahun 2010, sejak dari itu mak mertua menunjukkan sikap yang pelik. Mungkin kerana anak kesayangannya masih tidak mendapat anak lagi. Ini persepsi aku. Itukan rezeki. Masa berlalu dan berlalu… Kami masih lagi menghormati mak dan ayah mertua seperti mana yang agama syorkan.

Tapi, sebaliknya yang aku dilayan. Aku bagaikan tiada mak mertua. Sejak 2011, selepas anak kesayangan mak mertua melahirkan anak, mak lebih utamakan cucu tersebut. Cucu daripada anak hasil perkahwinan kami, bagaikan wujud sekali sekala.

Bagaikan chipsmore. Tiada rasa dan kasih sayang yang mak tunjukkan. Pernah mertua berkata ” anak-anak N tak mau kat mak”. Aku termanggu kehairannan. Sebab sejak Along lahir, anak aku di hantar ke taska. Tiada masalah untuk mereka di besarkan dengan pengasuh.

2011, ayah mertua terpaksa berpindah ke KL kerana kehendak kerja. Pelbagai alasan mak diberikan untuk tidak ikut serta. Masalah jiwa mak semakin meruncing. Mak bagaikan seorang yang dungu dan hil4ng punca.

Dengan kami suami isteri banyak menyepi. Bila diajak ke rumah, ada sahaja alasan yang mak berikan. Prinsip aku mudah “mak bukan ke rumah N untuk bekerja, tapi berehat”. Andai ini yang mak salah faham, mak silap.

Tahun demi tahun berlalu, mak bagaikan tidak wujud. Jika wujud disamping abah sekali pun hanyalah 2 minggu atau sebulan. Mengimbau kenangan , anak yang sulung dalam 8/9 bulan ketika itu, 2 minggu di ward Hspital Serdang, tiada sekali mak datang melawat.

Tiada langsung. Alasan abah mertua kerana mak menjada anak “Si E”Pernah sekali, ketika itu aku difitnah oleh anak perempuan kesayangan mak. Apa motif yang hendak disampaikan sehingga kini aku tak ketahui.

Isunya, bila dikorek rupanya hati yg cemburu dengan kak ipar. Kakak ipar bekerja dan ada keluarga yang sempurna. Tahun lepas 2016, kami bawa mak shopping, itupun setelah paksa mak balik ke KL , dan meningg4lkan cucu yang mak terpaksa jaga. Kesian , mak cerita kami kami bahawa dia dah letih. Penat sangat.

Air mata mak nampak mengalir deras. Tapi cuba diselindung. Rupanya, mak ada masalah jiwa bukan dengan aku dan suami, tetapi dengan keluarga adik ipar yang menjadikan mak bibik di rumah mereka.

Mak terpaksa menangung keresahan jiwa akibat sikap anak sendiri, seolah -olah mejaga mak dengan penuh kasih sayang. Tapi jiwa mak merana.Sedih bila mengenangkan nasib mak. Waima dalam satu ungkapan yang ustazah kongsikan

Semoga aku menjadi anak soleh dan membahagiakan mereka bukan sahaja dunia tapi akhirat. Pesan suami, jadilah orang yang ada ilmu, bagaimana orang melayan dan fitnah kita, jangan dibalas seumpamanya. Sama-sama kita doakan mak dapat kembalik ke jalan pilihan mak sendiri bukan membuat keputusan kerana takutkan anak sendiri.

Rupanya mak bukan dengan rela menjaga cucu di nun jauh di selatan. Tapi anak kesayangan itu memaksa. Pernah mak bertanya ” berapa hantar mengasuh anak sebulan.” “Jawab aku “RM1000.00″ juga mak.. kenapa” “Owh mahal yer… ” “jadi kenapa, mak kena jaga cucu sebab anak mak tak mampu ke?” Jadi mak jadi pembantu rumah di rumah mereka”… Mak sepi, tapi itu lah soalan yang aku lontarkan… sepi mak, tapi bermakna besar.

Semoga anak yang mak kandung dan jaga, akan mengerti satu hari nanti. Semoga tidak terlambat. Mak , baliklah kepangkuan abah. Tempat mak masih disisi dia selagi tiada pencer4iaan. Syurgamu di telapak kaki suami , mak… Semoga anak-anak mak sedar satu hari nanti.

Sumber KRT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.