Hiburan

Mereka Membuka Sebuah Tilam Terpakai, Tengok Isi Dalam Tilam Itu Betul Buat Semua Terkejut

Boleh dikatakan setiap rumah di dunia ini mempunyai tilam dan ramai antara kita yang tidak dapat tidur lena jika tiada tilam.

Kebiasaannya tilam yang sudah dipakai lama akan terggelam dan menjadi kurang selesa untuk digunakan.

Jika sudah beli baru pula, mesti ada yang rasa sayang nak buang tilam lama dan akhirnya diletakkan di sudut atau stor.

Tiada masalah jika mahu simpan tapi jika tak terjaga, maka mungkin ianya akan jadi sarang pepijat, lipas, kutu dan haiwan berbahaya seperti ular macam dalam kes di bawah ini.

Sebuah video tular memaparkan beberapa penduduk setempat ‘memunggah’ satu tilam terbiar telah menjadi tular di media sosial.

Manakan tidak, semasa membuka bahagian dalam tilam tersebut, para penduduk itu telah dikejutkan dengan puluhan ekor ular yang bersarang di dalamnya.

Bahkan di dalam tilam tersebut, terdapat juga ular berbisa seperti ular tedung yang terkenal dengan sifat g@nas dan merbahaya sekiranya dipatuk.

Rakaman penemuan puluhan ekor ular di dalam tilam itu telah menimbulkan rasa ngeri dalam fikiran warganet.

Menurut Tribun, tiga lelaki yang dilihat dalam video tersebut telah menemui tilam berkenaan dalam sebuah rumah kosong.

Berbekalkan parang dan pisau, ketiga-tiga lelaki itu telah memutuskan untuk membelah tilam tersebut.

Setelah beberapa minit membelah permukaan luaran tilam berkenaan, sebahagian bingkai di dalamnya mula kelihatan.

Sejurus selepas membuka permukaan tilam tersebut, mereka terkejut apabila mendapati bahawa terdapat puluhan ular yang mendiami tilam berkenaan, lapor Tribun.

“Jadi was-was terus dengan tilam sendiri,” tulis warganet bernama justalterago.

“Tak berani nak tidur malam,” tulis warganet bernama mfthlarf113.

“Saya menjadi risau untuk baring di katil saya selepas menonton video ini,” tulis seorang lagi warganet bernama junghunsoc_.

Kalau ada tilam-tilam terpakai yang lama dah terbiar di rumah, tolonglah jangan biarkan kotor dan periksa selalu.

Sumber: Tribun via SajaGempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.