Hiburan

Mia Sara penat disamakan dgn individu lain hanya kerana pakai tudung hitam dan eyeliner ‘auto’ ,Netizen kec4m sampai trending di Twitter

GARA-GARA memuat naik status berasa penat apabila sering disamakan dengan individu lain, pelakon Mia Sara menerima kecaman sehingga namanya trending di Twitter.

Menerusi perkongsian Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha, 16, dia meluahkan rasa pelik apabila netizen sering meletakkan pautan akaunnya pada mana-mana individu yang memakai tudung hitam dan ‘eyeliner'(pembayang mata) sama sepertinya.

“Kenapa setiap wanita yang memakai tudung hitam dan eyeliner kelihatan seperti saya. Saya penat sering dipautkan (tagged) kepada random girls di Tiktok” tulisnya di Twitter.

Status yang ditulis pada Rabu itu menerima lebih 400 ulang kicau dan 3,000 tanda suka.

Apa yang cuba saya sampaikan ialah mereka cantik seperti diri mereka

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan status tersebut dan menganggap pelakon tersebut tidak gemar gayanya ditiru wanita lain.

“Mia Sara dikecam warga Twitter kerana menggelarkan dirinya ‘trendsetter’ namun netizen tidak berpuas hati.

“Kalau aku pakai eyeliner dengan tudung hitam muka aku macam Miar Sara ke?

“Yang ada TikTok tu kau nak tanya aku nampak macam Mia Sara ke?” antara komen netizen.

Mia Sara buat penjelasan di Twitter.

Bagaimanapun, Mia tampil menjelaskan maksud sebenar kenyataannya dan memohon maaf jika ada yang kurang senang dengan perkara tersebut.

“Saya minta maaf, anda salah faham dengan kenyataan saya. Ini memang salah saya.

“Apabila saya baca semula apa yang saya tulis, saya mungkin akan buat perkara sama macam anda.

“Saya hanya menulis secara sarcastic kepada sesiapa yang tag saya samakan dengan perempuan lain hanya kerana mereka memakai tudung hitam dan ayeliner, saya rasa itu salah.

“Apa yang cuba saya sampaikan ialah mereka cantik seperti diri mereka. Kalau anda tidak setuju dengan pendapat saya, saya okey sahaja kerana semua ada pendapat sendiri,” ujarnya.

Mia Sara Nasuha merupakan antara aktres yang pernah mencipta nama sebagai pelakon cilik seiring rakan-rakan seangkatannya seperti Puteri Balqis, Rykarl Iskandar, Jay Nazif dan Muhammad Arif Abdullah.

Kini peralihan usia membawa Mia sebagai antara nama yang dilihat mampu menjadi pelapis dalam industri drama dan perfileman tempatan.

Biodata Mia Sara

1. Nama sebenarnya, Mia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan. Menggunakan nama komersial, Mia Sara.

2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 30 September 2005. Kini berusia 14 tahun.

3. Merupakan pelakon dan usahawan yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.

4. Antara drama dibintanginya seperti Adamaya, Epilog Syurga Cinta, Tiramisu, Begitulah Cinta, Strawberi & Karipap dan Salam Squad.

5. Termasuk telefilem Pengorbanan Terakhir, Miss Aliyah, Jelmaan, Kembarku Robot dan banyak lagi.

6. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Nur Kasih The Movie, Sekali Lagi, Papa I Love You dan Lagenda Budak Setan 3: Kasyah.

Fakta Menarik

Memulakan karier seninya seawal usia setahun.

Mengenakan hijab selepas kembali daripada mengerjakan umrah pada tahun 2015.

Mula berjinak-jinak dalam dunia seni suara dengan memasuki kelas vokal Cikgu Shafi sejak usia sembilan tahun.

Mempunyai kemahiran bermain ukulele dengan hanya belajar melalui laman Youtube. Bercadang menyertai kelas piano atau gitar pada masa akan datang.

Meminati muzik bergenrekan balada R&B.

Sehingga kini laman sosial Instagramnya sudah mencatatkan lebih dua juta pengikut.

SUMBER: MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published.