Uncategorized

Mia Jawab Isu Puteri Balqis ‘Naik Angin’, Ada Benda Buat Dia Rasa Pelik

SELEPAS isu ditegur Puteri Balqis, pelakon remaja Mia Sara menerusi laman Twitter meluahkan rasa bingung apabila kenyataannya sering disalah erti.

Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha, 17, bertanya mengapa ayatnya di laman sosial selalu diputar belit oleh netizen.

“Why do people keep on twisting my words? (Kenapa orang selalu putar belit ayat saya?)” tulisnya.

Terdahulu, tindakan Mia menjawab soalan netizen mengenai kehidupan Puteri Balqis menerima respons pelakon itu.

Salah faham tercetus apabila Mia memberi pendapat di TikTok serta meminta netizen jangan menyalahkan Puteri Balqis kerana tidak semua orang dibesarkan dengan keluarga yang beragama.

Why do people keep on twisting my words?

Bagaimanapun, pendapat Mia itu menerima teguran Balqis atau Puteri Balqis Azizi, 15, yang menganggap remaja itu bercakap buruk tentang dirinya sehingga dia menerima kecaman netizen di laman sosial.

Manakala, pada 3 Februari lalu, Mia dikecam selepas memuat naik status penat disamakan dengan individu lain.

Sementara itu, luahan Mia itu menerima pelbagai komen netizen yang meminta dia bercakap dan menulis dalam bahasa Melayu agar tidak disalah erti.

Betulkan tatabahasa dahulu

Rata-rata netizen berkata, perkataan bahasa Inggeris yang digunakan remaja itu kadang-kala tidak seperti mesej yang cuba disampaikan.

Selain itu, juga segelintir netizen meminta pelakon drama Strawberi & Karipap ini memohon maaf kepada Puteri Balqis atas tindakannya yang menggores hati pelakon itu.

“Dah boleh tweet guna bahasa Melayu kot. Semakin awak guna bahasa Inggeris, semakin ke laut kenyataan dan persoalan awak.

“Kadang-kadang orang salah tafsir apa yang awak nak sampaikan Mia, sebab itu baik awak gunakan bahasa Melayu.

“Guna saja bahasa Melayu dik, senang. Baru semua faham dan tiada salah faham,” tulis beberapa netizen.

Leave a Reply

Your email address will not be published.