Hiburan

Misi pertama Abang Viva dgn kenderaan baharu, tapi ada halangan buat dia tak dapat berkhidmat

Kuala Berang: Misi menyelamatkan penduduk Terengganu yang terjejas banjir pada kali ini tidak lagi seperti biasa buat sukalerawan Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva.’

Jejaka berusia 30 tahun itu tidak lagi menggunakan Perodua Viva, sebaliknya kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dihadiahkan oleh seorang individu bagi memudahkan urusan kebajikan beliau.

“Banjir di Terengganu merupakan misi pertama saya dengan kenderaan ini. Dengan kenderaan baharu ini, saya rasa lebih bersemangat kerana banyak tempat saya boleh masuk.

“Kalau Viva sebelum ini, banyak tempat tidak boleh (masuk),” katanya kepada pemberita di Kampung Belukar Bukit di sini, hari ini.

Azwan bertolak dari Melaka kira-kira 9 malam semalam dan tiba di Kampung Pengkalan Ajal di Hulu Terengganu yang terjejas teruk akibat banjir pada 4.50 pagi hari ini.

Katanya, sepanjang misi bantuan di Terengganu, beliau hanya akan tidur di dalam kenderaan seperti sebelum ini.

Misi bantuan kali ini juga agak berlainan kerana Azwan tidak lagi bersendirian, sebaliknya ditemani empat rakan yang memandu tiga kenderaan pacuan empat roda serta membawa tiga bot.

Azwan berkata, dia kini yang lebih dikenali masyarakat turut memudahkan urusan kerana ramai yang memberikan kerjasama termasuk membawanya ke lokasi banjir terutama di kawasan pedalaman.

“Rasa segan itu ada tetapi lebih bersemangat kerana saya senang dapat maklumat dan minta tolong orang kampung,” katanya yang sering menerima tepukan dan sorakan mangsa banjir yang diselamatkan serta penduduk setempat.

Menurutnya, setelah keadaan banjir di Terengganu reda, dia akan meneruskan misi ke Kelantan sekiranya keadaan di sana memerlukan bantuannya.

Kisah Azwan tular di media sosial apabila sanggup datang ke Selangor dari Melaka untuk menyelamatkan mangsa banjir pada Disember lalu dengan hanya berbekalkan wang RM50 bagi mengisi minyak kereta dan membeli makanan.

Arus deras, ‘abang Viva’ belum dapat berkhidmat

HULU TERENGGANU: ‘Abang Viva‘ atau nama sebenarnya Azwan Omar, 30, masih belum dapat berkhidmat membantu mangsa-mangsa banjir di daerah ini susulan arus yang terlalu deras.

Azwan berkata, situasi itu berisiko untuk bot-bot masuk ke tempat-tempat yang terputus hubungan jalan darat.

“Saya terkilan lewat sampai kerana di lokasi pertama tadi paras air makin surut dan mangsa-mangsa pun sudah berpindah. Bagaimanapun, di beberapa lokasi lain di daerah ini arus masih lagi deras dan berisiko untuk bot masuk,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Belukar Bukit di sini hari ini.

Azwan berkata, selepas misinya selesai di Hulu Terengganu, dia merancang untuk ke Kelantan pula, namunn bergantung kepada keadaan semasa banjir.

Katanya, perjalanan ke negeri ini berjalan lancar dan tiba pada pukul 4.50 pagi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Triton yang dihadiahkan usahawan kosmetik, bulan lalu.

Dia turut ditemani beberapa kenalannya dan bergerak secara konvoi

sumber:hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.