Uncategorized

Mulanya Pemuda Ini Dpt Duduk Saf Depan, Sekali AJK Masjid Suruh Pindah

PETALING JAYA – Seorang lelaki di laman sosial Facebook mendakwa diminta oleh pihak pentadbiran sebuah masjid untuk beralih saf selepas berada di saf hadapan.

Jelas lelaki yang menggunakan nama Abu Al Zahra itu berkata, pada Jumaat lalu, dia yang datang awal untuk mengerjakan solat Jumaat terus ke saf hadapan kerana saf itu masih kosong kemudian diminta untuk beralih saf kerana didakwa saf hadapan adalah untuk VIP dan ahli jawatan kuasa masjid.

“Kisahnya hari ini. Datang awal. Dan terus ke saf depan paling kiri sekali. Selepas mendirikan tahyitul masjid, datang pihak pentadbir masjid kata saf depan ni semua khas untuk AJK masjid.

“Sejadah yang dilabel hanya sejadah Imam dan VVIP sahaja. Dimintanya kita pindah ke saf lain selain saf depan.
“Soalan: Apa hukum melarang jemaah yang telah duduk di saf hadapan untuk diberi kepada pihak lain?” soalnya.

Tulisnya lagi, saf tersebut masih kosong sehingga statusnya ditulis di Facebook, sehingga pukul 1.19 tengah hari saf tersebut masih lagi kosong.

Ahli Jawatan kuasa (AJK) masjid yang didakwa melakukan perkara itu adalah Masjid Al-Mustakim di Ampang.


Rata-rata orang ramai juga turut meninggalkan komen masing-masing dan menyifatkan AJK masjid tersebut tidak perlu memperlakukan hal tersebut.

“Dah ada lagi isu saf depan dan masuk masjid ni khas untuk golongan-golongan yang dipilih. Kenapa VVIP, AJK masjid ni dapat pahala lebih ke?

“Kalau ada jawatan tu datanglah awal, jangan timbulkan masalah macam ni, orang nak solat janganlah ada halangan yang tak sepatutnya,” jelas Mat Roypi.

“Apa masalah AJK masjid ni, apa yang teruk sangat? Cuba jangan ada peraturan mengarut macam ni, dah tu kalau AJK tu tidak datang kosong lah saf tu.

“Di sisi Allah kita semua ni sama, tak kiralah kau ni VIP ke siapa. Tolong la jangan ada ‘double standard’ macam ni lagi,” kata Rosdi Manaf. K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.