Uncategorized

Muncul Dalam Satu Video, Tun M Kongsi Perkembangan Terkini Kesih4tan Beliau

Keadaan kesih4tan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semakin pulih dan dibenarkan pulang ke rumah pada 2 Februari lalu.

Menurut kenyataan daripada pejabatnya, Ahli Parlimen Langkawi itu perlu kembali ke Institut J4ntung Negara (IJN) semula untuk menjalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut.

“Tun Dr. Mahathir akan terus menjalani rawatan pemulihan dan buat masa ini Tun masih dinasihatkan untuk tidak menerima kunjungan daripada pelawat,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, media melaporkan, bekas Perdana Menteri itu dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), IJN pada 22 Januari lalu dan dimaklumkan berada dalam keadaan stabil dan mula sedar sepenuhnya pada 23 Januari.

Isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali meluahkan perasaan terima kasih terhadap doa, ucapan selamat, kiriman bunga dan juga kad ucapan dari orang ramai yang mendoakan kesih4tan Dr. Mahathir

KENYATAAN MEDIA

PERKEMBANGAN KESIH4TAN YABHG. TUN DR MAHATHIR

YABhg. Tun Dr Mahathir bin Mohamad masih menjalani proses rawatan pemulihan di Institut J4ntung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Sejak Rabu, 2hb. Februari, YABhg. Tun telah dibenarkan untuk pulang ke rumah dan kemudian kembali semula ke IJN untuk jalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut.

YABhg. Tun dan YABhg. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut menyampaikan ucapan terima kasih atas doa, ucapan selamat, kiriman bunga dan kad ucapan dari orang ramai.

YABhg. Tun Dr Mahathir akan terus menjalani rawatan pemulihan dan buat masa ini masih dinasihatkan untuk tidak menerima kunjungan pelawat.

PEJABAT TUN DR MAHATHIR
4 Februari 2022

Berikut sekitar gambar terkini Tun Dr Mahathir yang kelihatan ceria bersama isteri

Terima kasih atas doa, ucapan selamat, kiriman bunga dan kad ucapan dari orang ramai.

Jasa Tun terlampau tinggi kepada negara

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mengangkat tangan berdoa supaya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali sihat supaya dapat menabur jasa dan memperjuangkan nasib rakyat.

Presiden Putra, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, jasa yang ditaburkan oleh pemimpin tersebut sebagai Perdana Menteri paling lama menutupi segala kelemahan beliau semasa melakukan pemerintahan.

Menurut beliau, walaupun sudah berbeza kelompok bersama Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu, masih terdapat sentimen semasa bersama hingga membuatkan bekas Perdana Menteri itu menjadi ikonnya.

“Saya akui Tun mempunyai kelemahan sendiri semasa mentadbir negara ketika dahulu, tetapi jasanya terlalu besar. Terdapat pelbagai perkara baharu dan pencapaian yang membawa kepada kesejahteraan rakyat pada masa kini.

“Seluruh ahli Putra membaca doa dan memohon urusan Tun dipermudahkan oleh Allah SWT. Apapun terjadi kita perlu ingat beliau adalah Perdana Menteri paling lama berkhidmat dan banyak jasa kepada negara,” katanya selepas majlis perhimpunan agung perwakilan tahunan parti kali kedua.

Terdahulu, media melaporkan, Dr. Mahathir disahkan berada dalam Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut J4ntung Negara (IJN) untuk prosedur perubatan elektif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut hadir di IJN bagi melawat Dr. Mahathir pada petang tadi bagi melihat sendiri keadaan bekas Perdana Menteri tersebut yang dipercayai berada di dalam keadaan stabil.

Leave a Reply

Your email address will not be published.