Uncategorized

Nor Hidayah balu Abam akhirnya menang kes saman fitnah, ini jumlah wang yg Ali Puteh kena bayar

ETELAH hampir dua tahun turun naik mahkamah, akhirnya balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menang dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan pada pagi Jumaat.

Sehubungan itu Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, diperintahkan membayar ganti rugi kepada Nor Hidayah sebanyak RM60,000.

Menurut peguam Mohamed Ibrahim Mohamad yang mewakili Nor Hidayah, pada prosiding itu juga hakim membuat keputusan menolak tuntutan yang dibuat keluarga Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dengan kos.

“Manakala tuntutan kami (Nor Hidayah) terhadap Ali Puteh dibenarkan dengan kos.

“Kami percaya keputusan ini membersihkan segala kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guam kami.

“Sebelum ni dikatakan ada pihak telah dianiaya oleh anak guam, namun mahkamah jelaskan tidak berlaku sebarang penganiayaan sebaliknya anak guam kami yang dianiya,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Ali mula berdepan kec.aman sejak kemelut membabitkan dia dan kakak iparnya, Nor Hidayah sehingga memaksanya membawa k.es ini ke Ma.hkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ko.ntroversi mula tercetus apabila Nor Hidayah memfailkan s.aman terhadapnya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM 900,000.

S.aman yang dibuat Hidayah itu antaranya menuduh Ali mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim.

Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan f.araid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Pada 27 Ogos 2020, Ali memfailkan s.aman terhadap Nor Hidayah dan jutawan k.osmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Sementara itu, peguam Azmir Zakaria yang mewakili Ali mengesahkan keputusan k.es ditetapkan Jumaat ini di depan Hakim M.ahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan.

Kata-Kata Ali Selepas Selesai

Leave a Reply

Your email address will not be published.