Uncategorized

Pembabitan anak jutawan sertai Muda curi tumpuan. Rupanya ayah dia bukan calang2

Dian Lee, anak kepada taikun hartanah Lee Kim Yew adalah antara ahli baru berprofil tinggi, yang menyertai Muda baru-baru ini. Pembabitannya itu mencuri tumpuan khususnya buat warga maya di media sosial.

Malah, penglibatan anak jutawan itu mencetuskan perdebatan di media sosial, iaitu sama ada ia sesuatu yang baik atau bakal mengundang masalah kepada parti tersebut.

Ada yang berpendapat bahawa Lee harus dinilai berdasarkan sumbangan dan peranannya dan bukannya siapa keluarganya.

Perdebatan itu juga mendapat reaksi Setiausaha Agung Muda, Amira Aisya Abd Aziz, yang memberikan maklum balas mempertahankan Lee.


Amira Aisya Abd Aziz, Setiausaha Agung Muda

“Lazimnya, saya kagum terhadap mereka yang berkebolehan dalam Muda tanpa ambil kira latar belakang mereka.

“Dian, Dr Thanussha, Afiqah Zulkifli, Beatrice Chin, Cikgu Ayu dan ramai lagi wanita berkebolehan dalam Muda. Saya bangga dapat bersama mereka,” kata Amira.

Perdebatan itu susulan kenyataan seorang warganet yang mendakwa Muda hanya memberikan perhatian kepada Lee kerana bapanya seorang jutawan.

Pada masa sama, spekulasi bertiup kencang mendakwa bahawa Lee adalah antara nama yang disebut-sebut sebagai calon Muda yang berpotensi pada pilihan raya negeri Johor, 12 Mac ini.

Pengkritik membangkitkan kebimbangan bahawa Muda akan menjadi terlalu elitis dan menyoal jika ia akan dapat memahami golongan pekerja dan membela mereka dalam isu seperti gaji minimum dan cukai progresif.

Namun, ada yang menegaskan bahawa terlalu awal untuk menilai Lee seperti itu.

Mereka berkata, bahawa Lee, seperti ahli Muda lain – telah melakukan banyak kerja akar umbi dan perlu ditegur jika dia benar-benar terlibat dengan kronisme.

Lee, dalam temubual dengan akhbar The Star, menegaskan bahawa keluarganya tidak terikat untuk membiayai Muda.

“Ayah dan rakan-rakan saya tidak akan diminta untuk menderma. Kami merancang untuk menggunakan sumbangan dana orang ramai kerana kami percaya rakyat akan menyokong usaha kami,” katanya dipetik sebagai berkata.

Tan Sri Lee Kim Yew

Ibu kepada tiga anak itu mengakui gementar untuk melibatkan diri dalam politik secara aktif, tetapi dia menyokong tawaran parti itu yang mempunyai perspektif dan wajah baru dalam senario politik negara.

Muda terdiri daripada golongan belia daripada pelbagai latar belakang dalam kepimpinannya, termasuk doktor, jurutera, peguam dan aktivis.

Leave a Reply

Your email address will not be published.