Amalan

Prof Datuk Dr Ahmad Dedah Kenapa ‘Wartawn Cilik’ Memes0ngkan, Merndahkan Dan Memprlekehkan Profesion Kewartawanan

Bakat Muhammad Haziq Mohd Asyraf, 12, yang mencetuskan fenomena luar biasa di kalangan rakyat Malaysia baru-baru ini memang tidak dapat dipertikaikan lagi.

Kepetahan dan kecerdasannya amat dikagumi sehingga menjadi bualan dan dijemput oleh Perdana Menteri dan mendapat perhatian Sultan Kedah.

Namun, tindakan segelintir pihak media yang melabelkannya sebagai ‘wartawan cilik’ mendapat reaksi yang agak ‘kurang menyenangkan’ dari seorang tokoh akademik negara.

Pensyarah Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berpendapat, gelaran tersebut amatlah tidak tepat.

Ikuti teguran dan huraian yang dibuat oleh beliau melalui akaun Facebooknya berikut:

Tangkap layar dari Facebook Ahmad Murad Merican

Penggunaan ungkapan ‘wartawan cilik’ bagi tajuk berita dan cerita seperti ini (dan telah berkali-kali digunakan) amat tidak tepat lalu memesongkan, merendahkan dan memperlekehkan profesion kewartawanan itu sendiri.

Walaupun penggunaan seperti ini mungkin bersahaja, dalam memaparkan satu slanga, atau memaparkan kecilikan seorang kanak-kanak, ia tidak sepatutnya dipandang ringan.

Yang dilakukan oleh budak tersebut ialah melaporkan sesuatu kejadian dengan meniru apa yang dilihatnya.

Apa yang dilihatnya dari tugasan melaporkan berita di televisyen bukanlah dapat dipaparkan menggunakan istilah ‘kewartawanan.’

Apa yang dilihat dan dilakukanya ialah proses melaporkan berita atau pemberitaan dan petugas itu memenuhi fungsi sebagai pemberita.

Pemberitaan adalah satu fungsi dalam profesion kewartawanan. Tugas dan fungsi editor dalam menulis lidah pengarang, komentar, pendapat, esei, penulisan rencana, pengurusan berita, penulisan kolum – semuanya adalah fungsi profesion kewartawanan.

Pemberita, penerbit, editor berita, editor halaman lidah pengarang, ketua editor, editor sukan, editor ekonomi, editor jenayah, editor sains – semua itu jawatan dalam organisasi media; semua itu merupakan ahli kepada profession kewartawanan, dan semua digelar wartawan.

Mereka yang melakarkan tajuk berita dalam hal ini harus/mesti/patut membezakan antara fungsi/jawatan/profesion. Golongan wartawan mesti meningkatkan kefahaman mereka mengenai bidang mereka sendiri.

Bukan semua boleh jadi wartawan. Editor dan wartawan (jika mereka sedar akan istilah itu) mesti menganggap kewartawanan sebagai satu profesion dan institusi. Ia ada nilai dan ideologinya sendiri.

Berikut pula reaksi dari netizan

“Bagi aku la yang pernah belajar degree in Journalism ni. Budak ni boleh diasah bakatnya, untuk lagi cemerlang. Dia masih lagi kanak kanak dan masih banyak lagi ruang untuk dia belajar dan improve. Just my 2 cent, kalau engkau prof sekali pun adakah ini tidak bagus untuk ketengah kan lagi apa itu journalism pada orang awam. Yes xsemua org boleh jadi wartawan, tapi minat mendalam budak ni la yang patut kita lihat bakatnya, bukan kita kutuk. Sikit2 kutuk sikit2 cakap orang tak paham journalism, wartawan, journalist..for me tak payah la nak semua benda kondem. Orang ada bakat kita perlu asah ikut acuan betul itu sahaja. Hari2 kondem mampus lah, taraf prof semua benda tak betul mati laaa.”Komen seorang netizan 

Perdana Menteri tunai impian ‘wartawan cilik’

ALOR SETAR: Impian ‘wartawan cilik’ Muhammad Haziq Mohd Asyraf, dari Bukit Selambau, Sungai Petani yang ingin bertemu dan menemuramah Perdana Menteri menjadi kenyataan petang tadi.

Kanak-Kanak berusia 12 tahun itu dipertemukan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sebuah hotel di sini dan diberi kesempatan menemuramah pemimpin nombor satu negara itu.
Dalam sesi temu ramah itu, Muhammad Haziq bertanyakan beberapa soalan kepada Perdana Menteri berkaitan makanan kegemaran, rutin harian dan sama ada beliau mengenali juadah kampung.

Perdana Menteri turut ditanya mengenai perancangannya jika diberi peluang menerajui negara 10 tahun lagi dan Ismail Sabri menjawab beliau berharap dapat menghapuskan kemiskinan serta miskin tegar menjelang 2025.

“Yang pertamanya kita beri fokus untuk menjadikan ekonomi kita negara berpendapatan tinggi, yang keduanya supaya kita boleh bantu masyarakat luar bandar, kita dapat hapuskan kemiskinan supaya tidak ada lagi orang miskin, miskin tegar, kita nak hapuskan dalam tahun 2025 nanti.

“Negara kita pun ke arah neutral karbon supaya tidak ada lagi kalau kita tengok kilang-kilang, asap dan sebagainya, jadi nak jadikan negara kita neutral karbon. Ini semua perancangan masa depan untuk rakyat seperti Haziq,” katanya.

Selepas sesi temu ramah itu, Muhammad Haziq yang ditemani ibunya Nur Shakilla Zainol, 33, dan beberapa ahli keluarga lain memberitahu Bernama bahawa dia amat berbesar hati dapat berjumpa serta menemuramah Perdana Menteri.

“Saya sangat berbesar hati dapat jumpa Perdana Menteri. Seronok dapat berjumpa Perdana Menteri Malaysia. Memang rezeki dapat jumpa Perdana Menteri.

“Saya lihat beliau seorang yang baik, penyayang dan handsome orangnya,” kata Muhammad Haziq.

Sebelum ini, Bernama melaporkan hasrat Muhammad Haziq untuk bertemu Ismail Sabri dan menemuramah beliau jika diberi kesempatan.

Ismail Sabri berada di Kedah untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara dan merasmikan projek Kedah Rubber City di Kuala Nerang esok.

Muhammad Haziq sebelum ini meraih perhatian warganet dan menjadi popular selepas videonya yang melaporkan tentang penemuan seekor ular sawa di sebuah pasar awam di Bukit Selambau, Sungai Petani tular.

Video itu, yang dimuat naik di Facebook Putra Mar pada 24 Jan lepas, telah mendapat 1.2 juta tontonan.

Penghidap talasemia itu turut mendapat perhatian Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang berkenan menghadiahkannya telefon bimbit.

Muhammad Haziq juga dihadiahkan sebuah tablet oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa selain menerima sumbangan persekolahan daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan serta individu. – BERNAMA

Sumber: Ahmad Murad Merican, Odisi.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!pendapat2 korang,amat di hargai di sini. PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.