Uncategorized

Ramai anggap kejadian dua budak m4ut sebab makan s4mpah tak patut berlaku di Malaysia

KHABAR duka mengenai dua beradik warga Myanmar yang maut selepas dipercayai makan sisa makanan dari tong sampah ternyata meruntun hati netizen.

Selain pilu mengenangkan nasib kanak-kanak lelaki berusia dua dan empat tahun itu, netizen juga kesal kerana masih wujud kes sedemikian dalam negara Malaysia.

“Tak kisah kalau mereka anak migran sekali pun. Kanak-kanak terpaksa makan dari tong sampah, shame on us.

“Kanak-kanak mati akibat makan dari tong sampah, laknatlah kita,” tulis @lcsmxms (Lucius Maximus) menerusi Twitter.

“Kita kerap tak habis makanan, membazir. Bebudak ni terpaksa cari makan kat tong sampah. Tak lama lagi bulan puasa, bulan yang terkenal dengan pesta makanan. Banyak yang terbuang. Beringat sikit.

“Innalillah sedih betul baca berita ni. Anak dua orang makan sampah, meninggal.

“Tak ada orang kat Malaysia yang patut makan makanan dari tong sampah dah. Ever,” tulis beberapa pelayar Twitter.

Kejadian itu berlaku di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut, Langkawi pada Ahad.
Memetik laporan Harian Metro pada Isnin, polis telah menahan bapa kepada dua kanak-kanak lelaki tersebut.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata bapa kanak-kanak berkenaan berusia 36 tahun ditahan malam tadi, selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah.

“Siasatan kes ini dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan

Kejadian melibatkan dua kanak-kanak itu berlaku di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut, Langkawi pada Ahad.

Mngsa dikenali sebagai Nizambudin Jamaludin, 4, dan adiknya, Ngei, 2, dilaporkan meninggal dunia di rumah jiran berhampiran tong sampah berkenaan pada jam 5.40 petang.

M4yat dua kanak-kanak terbabit dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar hari ini, bagi proses bedah siasat.

Bapa 2 direman

ALOR SETAR: Bapa kepada dua beradik warga Myanmar yang maut selepas dipercayai memakan sisa makanan dari tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa dekat Bukit Malut, Langkawi, semalam ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata polis menahan lelaki yang berumur 36 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi pada pukul 12.05 tengah malam tadi tadi.

Beliau berkata lelaki itu ditahan selepas menyelesaikan urusan berkaitan dua anak lelakinya itu yang dikenali sebagai Nizambudin Jamaludin, 4, dan Ngei, 2, yang maut kira-kira 6.15 petang semalam, dan lelaki itu juga didapati positif dadah.

“Lelaki yang bekerja dengan mengambil upah membaiki kelengkapan bot dan melakukan kerja kampung itu ditahan reman selama 14 hari. Mayat dua beradik itu akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar hari ini untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shariman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata lelaki yang tidak mempunyai rumah sendiri dan menumpang di rumah jiran itu tinggal bersama dua anak lelakinya manakala isterinya dipercayai telah pulang ke negara asal, Myanmar.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.