Hiburan

Ramai Tak Puas Hati Syarat Baru Hadir Solat Jumaat. Ini Jawapan Jakim Kepada Orang Ramai

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjelaskan syarat bagi membolehkan jemaah hadir ke masjid atau surau untuk menunaikan solat Jumaat ditentukan pihak berkuasa agama negeri dan terpakai di masjid serta surau di negeri terbabit sahaja.

Penjelasan itu merujuk ketetapan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan negeri Selangor melalui surat pekeliling Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 21 Februari lalu, yang mensyaratkan penerima vaksin lengkap dua dos dan penggalak hadir ke masjid ke surau untuk menunaikan solat Jumaat.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata pihaknya menghormati ketetapan dibuat pihak berkuasa agama negeri Selangor dan menasihati umat Islam mematuhi SOP ditetapkan.

“Sukacita ingin dimaklumkan bahawa syarat berkenaan ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor dan hanya terpakai kepada masjid dan surau di negara berkenaan sahaja.

“SOP solat berjemaah di masjid dan surau di lain-lain negeri masih seperti biasa dan perkara ini adalah tertakluk keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

“SOP yang ditetapkan bagi memastikan usaha menjaga dan memelihara maslahah dalam mengawal penularan wabak COVID-19 mencapai matlamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan ketetapan surat edaran bertarikh 21 Februari itu menyatakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, berkenan mengekalkan ketetapan solat Jumaat, solat lima waktu dan program pengimarahan yang dikeluarkan JAIS bertarikh 20 Januari lalu.

Ketetapan bertarikh 20 Januari lalu itu, menjelaskan mengenai Ketetapan Baru Pelaksanaan Solat Fardu Jumaat Dengan Kapasiti Penuh Serta Penjarakan Fizikal 1.0 Meter Antara Jemaah Di Semua Masjid, Surau Kebenaran Solat Jumaat Di Selangor.

Bagaimanapun, susulan perkembangan terkini penularan COVID-19 dan kebimbangan baginda akan berlaku situasi lebih buruk dan menjejaskan aktiviti di masjid, surau dan musolla semasa dan selepas mendapat nasihat Jabatan Kesihatan Selangor, baginda berkenan supaya pentadbir masjid, surau dan musolla di seluruh Selangor mempertingkatkan penguatkuasaan.

“Antara perkara yang ditekankan dalam edaran itu adalah jemaah yang menerima vaksin lengkap dua dos dan vaksin penggalak dibenarkan hadir bagi menunaikan solat Jumaat.

“Pihak masjid juga perlu memastikan penandaan kedudukan jemaah dilakukan dengan jelas di ruang dewan solat utama dan ruang limpah masjid, surau dan musolla berdasarkan penjarakan fizikal 1.0 meter.

“Selain itu, jemaah perlu mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) sedia kala iaitu sihat dan tidak bergejala, memakai pelitup muka, membawa sejadah besar dan berwuduk, selain mempamerkan dan merekod kehadiran melalui aplikasi MySejahtera,” menurut edaran itu.

Selain itu, pengurusan juga perlu memastikan ventilasi ruang solat berhawa dingin dengan membuka sebahagian pintu dewan solat utama masjid, surau dan musolla bagi memastikan tidak berlaku kitaran peredaran udara tepu yang memungkinkan penularan lebih mudah berlaku.

Selain itu, pengurusan juga perlu memastikan sanitasi dibuat secara berjadual, khususnya sebelum dan selepas solat atau majlis membabitkan penyertaan jemaah yang ramai

Sjak semalam, media sosial terus dipenuhi dengan pelbagai respon rakyat berhubung pengalaman mereka di hari pertama menunaikan solat Jumaat selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam (JAIS).

Rakyat kesal syarat solat Jumaat

Ramai meluahkan kekesalan mereka terhadap ketetapan syarat JAIS yang hanya membenarkan penerima lengkap 3 dos sahaja untuk menunaikan solat Jumaat.

Malah, ada juga mendkwa dirinya dihalau oleh pihak pengurusan masjid disebabkan arahan tersebut.

JAIS tutup ruang komen

Susulan inslden itu, portal rasmi JAIS dilihat terus menutupi ruangan komen di laman rasmi Facebook miliknya, seperti sudah menjangkan rlslko yang baka berlaku selepas kenyatana yang dikeluarkan.

Terdahulu, media melaporkan hanya jemaah lengkap dua d0s dan penggalak sahaja dibenarkan menunaikan solat Jumaat di masjid, yang mana ia mulai berkuat kuasa pada 25 Februari, semalam.

Demikian adalah bagi mengambil langkah berjaga-jaga sekaligus sebagai usaha mengawal penularan p4ndemlkC0vldl9.

Tetapi nampaknya ramai sukar menerima syarat tersebut dan beranggapan bahawa ia tldak adil kerana kewajipan menunaikan ibadah mereka seolah disekat.

Tldak cvcuk ‘b0oster’, anda tldak dibenarkan solat jumaat. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan edaran ketetapan terkini berhubung kehadiran solat Jumaat di masjid seluruh negeri Selangor termasuk mewajibkan pengambilan d0s penggalak

.

Surat edaran bertarikh 21 Februari itu menyatakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenan mengekalkan ketetapan solat Jumaat, solat lima waktu dan program pengimarahan dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertarikh 20 Januari lalu.

Surat bertarikh 20 Januari itu menjelaskan ketetapan baru pelaksanaan solat fardhu Jumaat dengan kapasiti penuh serta penjarakan fizikal 1 meter antara jemaah di semua masjid, surau kebenaran Solat Jumaat di Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published.