Uncategorized

RATUSAN rakyat Maghribi hadir. Ini lokasi Jenazah Rayan dikebumikan

KES kematian kanak-kanak Maghribi, Rayan Awram yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter ternyata menjadi perhatian masyarakat global.

Tidak terkecuali tentunya rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menzahirkan rasa sayu atas kematian kanak-kanak comel tersebut.

Semakan mStar pada Ahad pagi mendapati kisah tersebut terus menjadi sebutan netizen Malaysia sehingga nama Rayyan trending di media sosial.

“Semoga syurga buatmu, Rayan! Semua mendoakan kamu, moga roh kamu dicucuri rahmat dan barakah Allah.

“Allah. Semoga Rayan di tempatkan di syurga bersama anak anak soleh yang lain.

“Satu dunia berdoa untukmu dan satu dunia terbukti sayangkanmu tetapi Allah lebih menyayangimu Rayan,” tulis beberapa netizen.

Laman Twitter rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut memuat naik ucapan takziah buat keluarga Rayyan, sekitar 7.54 pagi Ahad.

Berita yang sungguh memilukan. Damailah adik bersama orang-orang yang dirahmati Maha Esa. Al-Fatihah.

“Seluruh dunia bersedih. Adik Rayan disahkan meninggal dunia oleh kerajaan Maghribi.

“Salam takziah buat ibu ayah dan keluarga arwah. Berehatlah adik Rayan di syurga sana. Al-Fatihah,” tulis pengendali Twitter rasmi Jakim.

Sementara itu, ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut berkongsi ciapan di Twitter, menyifatkan khabar pemergian kanak-kanak itu sebagai satu berita yang memilukan.

“Berita yang sungguh memilukan. Damailah adik bersama orang-orang yang dirahmati Maha Esa. Al-Fatihah,” tulis Syed Saddiq kepada 1.3 juta pengikutnya di Twitter.

Komen netizen menerusi Instagram mStar.

Selain itu, Twitter rasmi gedung beli-belah Mydin turut berkongsi sekeping gambar hitam putih Rayan, diiringi ucapan takziah buatnya.

Terdahulu, Istana Diraja Maghribi mengesahkan berita kematian kanak-kanak tersebut.

Hasil pemeriksaan awal mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan pada paru-paru dan tulang belakang.

Rayan terperangkap dalam perigi berhampiran rumahnya di kampung kecil Ighrane, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen, sejak petang Selasa.

Dilaporkan, Rayan meninggal dunia sebelum pasukan penye

Jenazah Rayan selamat dikebumikan berhampiran kampung halamannya

RATUSAN rakyat Maghribi menghadiri pengebumian Rayan Awram, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia akibat terperangkap di dalam perigi selama lima hari.

Kanak-kanak lelaki itu terjatuh ke dalam perigi kering sempit sepanjang 32 meter pada Selasa lalu, mencetuskan operasi menyelamat yang kompleks disebabkan kedudukannya yang berada jauh di dalam tanah.

Orang ramai telah membanjiri media sosial dengan mesej simpati dan doa agar dia dibawa keluar hidup-hidup, tetapi harapan mereka musnah.

Pada Isnin, jenazah telah dibawa ke tanah perkuburan Douar Zaouia berhampiran kampungnya, di mana ratusan orang menghadiri pengebumiannya, kata wartawan AFP.

Keranda yang membawa jenazah kanak-kanak itu turut dilitupi dengan kain berwarna hijau.

Imbas bapa Rayan, Khaled Aourram berkata, dia sedang membaiki perigi apabila anaknya terjatuh, berhampiran dengan rumah keluarga.

Jenazah Rayan dibawa ke tanah perkuburan Douar Zaouia berhampiran kampungnya. Foto: AP.

Ahad lalu, Istana Diraja Maghribi mengesahkan bahawa kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia.

Raja Maghribi, Raja Mohammed VI membuat panggilan telefon kepada ibu bapa Rayan, Khaled Awram dan Wassima Khersheesh, untuk mengucapkan takziah kepada keluarga atas kematian tragis kanak-kanak tersebut, kata pihak istana dalam satu kenyataan.

Raja Mohammed juga menzahirkan penghargaannya atas usaha gigih yang dilakukan oleh pasukan penyelamat sejak Selasa lalu. – Gulf Today.

Leave a Reply

Your email address will not be published.