Hiburan

Selalu dapat tajaan mewah, ramai tertanya kaitan pelakon Hairul Azreen dgn jutawan Vincent Tan

Terdahulu Pelakon dan pengarah filem popular, Hairul Azreen, 33, berkongsi cerita dirinya pernah digelakkan rakan sekerja mengenai impian besar untuk memiliki kereta mewah sewaktu dia bertugas sebagai tukang cat jalan raya pada 2007 lalu.

Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris berkata, dia tidak pernah lupa pada insiden lama itu (digelak rakan sekerja) yang baginya menjadi bukti bahawa tidak salah untuk menyimpan angan-angan besar.

“Masih tak lupa masa saya kerja cat jalan 2007. Masuk kerja jam 12 tengah malam, habis kerja jam 5 pagi, sebab orang sudah siap nak pergi kerja.

“Tapi masa kerja itu, ada kereta-kereta ‘sport’ laju lalu sebelah saya, lepas itu saya apa lagi terus menjerit satu hari nanti, saya kerja rajin-rajin dan beli ‘sebiji’ (kereta).

“Selepas itu kawan yang kerja cat dengan saya cakap, ‘Kau apahal? Gila!’,” katanya.

Pelakon filem Paskal itu juga percaya kata-kata juga sebenarnya doa, selain bekerja-keras memajukan diri demi mencapai sesuatu impian dihajati.

“Kalau inginkan sesuatu atau impian kita itu digelakkan kawan, maknanya impian kita itu besar dan bagus untuk kita tuju sebab kata-kata itu doa,” katanya.

Ramai tertanya kaitan  dgn jutawan Vincent Tan

Tindakan pelakon Hairul Azreen memuat naik gambar bersama jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan di laman Instagram sekali lagi menarik perhatian warganet untuk memberikan komen.

Menerusi posting dikongsi, pelakon berusia 34 tahun itu dilihat menerima kepingan sampul duit sempena Tahun Baru Cina di pejabat milik ahli perniagaan tersebut di Berjaya Corporation Berhad.

“Yeah dapat duit raya”

Sebelum ini, pelakon filem Paskal itu dan ahli keluarganya pernah dua kali bertemu dengan tokoh korporat berkenaan apabila dijemput menaiki kapal layar serta jet peribadi mewah dalam percutian impian.

“Beliau ajak naik superyacht”

Sekali lagi dijemput naik jet peribadi

Gambar tersebut dikongsi semula oleh kami di laman Facebook sekali gus mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-rata mempersoalkan hubungan rapat Hairul dengan individu antara terkaya di Malaysia itu.

Apa kaitan?

Bertanya-tanya, rapat betul?

Ada ‘job’ ke?


Tiba-tiba pelakon rapat dengan hartawan?

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir warganet menyifatkan suami kepada pelakon Hanis Zalikha itu bertuah selain rezeki dapat mengenali orang ternama dengan lebih rapat.

Biodata

1. Nama penuhnya, Hairul Azreen bin Idris. Popular sebagai Hairul Azreen.

2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 23 April 1988.

3. Berketinggian 1.78 meter.

4. Anak kepada pasangan Idris Ali (bapa) dan Habsah Desa (ibu).

5. Anak kedua daripada empat adik-beradik.

6. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

7. Aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.

8. Bergiat sebagai pelakon dan pelagak ngeri.

9. Pernah menjuarai rancangan realiti, Fear Factor Malaysia musim pertama bersama rakan sepasukan, aktor Dazrin Kamarudin.

10. Menduduki tangga ketiga Pencarian Kacak Bergaya 2008.

11. Membintangi filem Senario The Movie Ops Pocot, Keramat, Hantu Kapcai, Gila-Gila Remaja 2, Pak Pong, Pencuri Hati Mr. Cinderella, Qhaliq, PASKAL, Operasi X dan Polis EVO 2. Akan datang, filem Wira dan Impak Maksima 2 yang dalam proses pembikinan.

12. Pembabitannya dalam drama, antaranya menerusi Rona Roni Makaroni, Bio-Nik, Merah Puteh, Ponti Anak Remaja, Dingin Lavenda, Asmara 2, Indera Joned, Setia Hujung Nyawa, 5 Bujang, Misiku Kuza, Baby Ana Milik Siapa, Dia Semanis Honey dan Pelangi Cinta.

13. Juga telefilem Siti Tivi, Fotokopi, 7 Dulang Asam Pedas, Untuk Terakhir Kali, Banglo Seksyen 2, Awang Senandung, Aku Bukan Buaya, Penunggu Bayang, Diari Dewi, Ibu Mummy Mama, Dalam Pelukan Ramadhan, Jangan Ambil Botol Itu, Lara Cinta Qaseh dan banyak lagi.

14. Pernah muncul dalam video muzik Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif pada 2011.

15. Dikaitkan bercinta dengan pelakon Faralyna Idris sekitar 2011 sebelum hubungan itu terputus pada Februari 2013.

16. Mengakhiri zaman solonya dengan Hanis Zalikha yang juga seorang pelakon, pengacara dan blogger pada 8 Jun 2015. Perkahwinan mereka kemudiannya diserikan kehadiran cahaya mata lelaki bernama Yusuf Iskandar pada 3 Jun 2016.

FOTO lama Hairul Azreen ketika kerja sebagai tukang cat jalan pada 2007.

Leave a Reply

Your email address will not be published.