Uncategorized

Selepas Minta Isteri Yg Dipvkul Suami Supaya Diam Utk Jaga Aib Suami,Oki Setiana Dewi Tampil Dedah Perkara Ini

Perkongsian video pendakwah bebas terkenal, Ustazah Oki Setiana Dewi di laman TikTok mengundang kecaman wargamaya berikutan kenyataan yang dikeluarkan olehnya.

Membalas kenyataan tersebut, rata-rata netizen berpendapat seseorang wanita itu tidak perlu mendiamkan diri walaupun dilayan dengan kejam oleh si suami dan perlu melaporkan kepada pihak berkuasa.

Menerusi video yang dikongsi, Ustazah Oki Setiana Dewi menceritakan satu kisah yang berlaku di mana sepasang suami isteri sedang bertengkar lalu si suami bertindak di luar kawalan dengan memukul wajah isterinya. Si isteri ketika itu menangis dan alangkah terkejutnya apabila kedua-dua ibu bapanya datang ke rumah mereka.

Suaminya dari jauh berdebar-debar. Ya Allah isteriku sudah pasti akan mengadu sama ibu mentuaku bahawa tadi baru dipukul.

Si ibu tanya kepada si anak kenapa dengan kamu? Kenapa kamu nangis mata sampai sembab begitu kenapa?

Si anak menjelaskan ibu ayah Ya Allah saya tadi berdoa kepada Allah. Saya rindu kepada ibu ayah dan sudah lama tidak berjumpa.

Saya menangis kerana rindu kepada ibu ayah. Lalu Allah makbulkan doa saya dan terharu lalu menangis.

Si suami dari jauh ketika itu ‘terkejut’ dengan respon yang diberikan oleh isterinya sedangkan wanita berkenaan boleh mengadu kepada kedua ibu bapanya tentang apa yang terjadi namun mengambil keputusan sebaliknya.

Di akhir video tersebut, Ustazah Oki Setiana Dewi memberikan pesanan supaya tidak menceritakan apa yang telah terjadi dan perkara tersebut secara tidak langsung akan memburuk-burukkan pasangan sendiri.

Menyimpan aib sendiri ya Allah luar biasa makin sayang dan cintalah suami tersebut.

Jadi tak perlu cerita-cerita, sekiranya membuat kita memburuk-burukkan pasangan kita sendiri.

VIDEO:

NETIZEN TIDAK BERDIAM DIRI DAN MULA MENGECAM USTAZAH TERSEBUT

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dikatakan kurang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustazah Oki Setiana Dewi dan menjelaskan keganasan yang berlaku perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Bukan itu sahaja, mereka turut akui ‘terkejut’ dengan kenyataan tersebut dan mempersoalkan kredibiliti Oki selaku pendakwah yang disegani ramai.

Oki Setiana Dewi Minta Maaf, Akan Perbaiki Diri Jadi Lebih Baik – ‘Sudah Tentu Saya Sangat Menolak Keker4san Dalam Rumah Tangga’

Pendakwah bebas Ustazah Oki Setiana Dewi dikecam teruk selepas didakwa mengeluarkan kenyataan menormalisasi keganasan rumah tangga.

Minta maaf dalam menyampai

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Oki tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Katanya, rakaman ceramah yang viral di media sosial itu diberikannya sekitar dua atau tiga tahun lalu. Tegas Oki, dia tidak menyokong tetapi menentang kekerasan dalam rumah tangga.

Assalamualaikum sahabat semua, kelmarin saya mendapat mesej dari beberapa teman mengenai potongan ceramah saya dua atau tiga tahun lalu.

Terima kasih atas perhatian dan kasih sayangnya. Sudah tentu saya sangat menolak kekerasan dalam rumah tangga.

Mohon maaf atas kesalahan dalam menyampaikan dan semoga Allah mengampuni saya dalam setiap kesalahan-kesalahan saya.

Mohon bimbingan daripada orang ramai

Dalam pada itu, selebriti terkenal ini juga menyatakan dia akan lebih berhati-hati dalam memberi syarahan di samping memperbaiki diri demi kebaikan di masa kelak.

Mohon doa agar Allah membimbing setiap ucapan hingga ke depannya mendatangkan maslahat.

Insya-Allah saya akan terus belajar, memperbaiki diri dan menyampaikan dengan lebih baik di masa hadapan. Mohon bimbingan juga daripada semua sahabat.

Berikut reaksi dari netizan

“Penyampaian tak berapa tepat . Niat dah baik. Ya maybe apa dia maksudkan, jika didera atau ada kezaliman dalam.rumah tangga, jgn di hebohkan dalam FB platform contohnya …( maybe)
Sebaiknya jangan berdiam diri, buat repot polis terus utk.dptkan keadilan.
jangan biarkan kezaliman rumah tangga berterusan, ya mmg tak wajib taat suami yg langagr syarak dan abaikan hak isteri, cuma perlu salurkan aduan pada pihak berkuasa..afterall Nabi s.a.w pun tak berkeras atau z4limi para isteri…”

“Tak semua ilmu yg dia curahkan tu salah, lebih banyak yg baik banding yg agak konservatif. Sy suka pesannya “jangan buka aib rumahtangga”, cuma sy kesal dgn contoh “isteri diam dipukul suami” tu saja kerana terlihat seolah mahu menormalisasi keganasan rumahtangga pula.”

Sumber: Oki Setiana Dewi via Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.