Uncategorized

Shuk keml4ngan, sekali Isteri Shuk tanya: Siapa wanita bertudung hitam?

Ketika nama Shuk Sahar mengundang perhatian ramai gara-gara tularnya video kenderaan dinaiki terbabas ke dalam parit, isteri pelawak itu pula mempersoalkan kelibat wanita bertudung hitam yang turut kelihatan di tempat kejadian.

Rossa Serra dipercayai memunculkan diri selepas ‘diseru’ netizen yang menanda (tag) namanya pada video yang berlegar di media sosial itu.

“Siapa tudung hitam? Adakah ia misteri?” soalnya di Insta Story.

Rossa pada hantaran berbeza turut memuat naik komen sinikal iaitu emoji ketawa pada video kemalangan yang menimpa suaminya itu.

Ia susulan netizen meninggalkan komen sinis: “Doa siapa yang dimakbulkan tu” pada ruangan komen video tersebut.

Rossa juga mengiringi hantaran berkenaan dengan tanda pagar #hidup3lapis #kanaknumburr #penangankurusi3lapis.

Kemalangan membabitkan kenderaan dipercayai jenis Myvi berwarna hitam itu dikatakan berlaku di kawasan Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.

Melalui rakaman yang tular, Shuk bukan saja dilihat tenang selepas kejadian tersebutm, malah bekas penyampai radio terbabit mampu ketawa melihat apa yang sedang menimpanya.

Pelawak itu sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila video dia keluar bersama seorang wanita tidak dikenali dan kelibatnya dirakam dan ditularkan di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Kisah Shuk dengan kontroversi rumah tangga bukanlah sesuatu yang asing. Sejak dia dihimpit pelbagai isu kecurangan, namanya kerap kali mengundang kisah yang dianggap negatif.

Kecurangan itu juga yang mendorong Rossa – atau nama penuhnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah – untuk menuntut cerai dengan lelaki terbabit. Bahkan wanita itu sering tampil menyindir gelagat suaminya itu di media sosial.

Gara-gara isu kecurangannya, pengurusan stesen radio Hot FM menamatkan tugas Shuk sebagai penyampai berkuat kuasa pada 18 Feb tahun lalu.

Sementara itu, bercakap kepada Malaysiakini, Shuk mengesahkan memang dia terbabit dalam kemalangan tersebut.

“Ya saya yang kemalangan,” katanya ringkas.

Bagaimanapun, usaha portal ini untuk berbicara lanjut tidak berjaya kerana Shuk menamatkan panggilan tidak lama kemudian.

Rancak netizen komen

Netizen Tanya Doa Siapa Termakbul?


Perkongsian itu telah menarik netizen untuk meninggalkan pelbagai komen dan respon di ruangan tersebut.

Ada segelintir warganet yang mempersoalkan sejak bila pelawak ini menggunakan kereta Myvi sedangkan sebelum ini model berbeza.

Selain itu, warganet turut menyeru pengguna lain untuk ‘tag’ akaun TikTok Sera supaya tahu tentang ‘kemalangan’ tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.