Hiburan

“Sudah lama bersabar dan bertahan” Puteri Sarah dedah sudah mempunyai bvkti kukuh,Jumpa di mahkamh

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan bakal mengambil tind4kan undang-undang terhadap seorang individu.

Puteri Sarah, 37, berkata, selepas sekian lama memendam rasa dan bersabar dia akhirnya nekad untuk membawa masalah yang berlaku ke muka pengadilan.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat berkongsi butiran lanjut mengenai tujuan dan tindakan saman yang bakal dibuat.

“Sebenarnya saya sudah lama bersabar dan bertahan tapi sekarang ini saya sudah mempunyai bukti kukuh untuk membawa perkara yang berlaku ke mahkamah.

“Tunggu dan lihat apa yang bakal saya lakukan. Cuma buat masa ini beri saya ruang untuk berbincang dengan peguam saya,” katanya.

Menurut Puteri Sarah, biarpun menyedari kos guaman tidak murah dan mengambil masa panjang untuk diselesaikan, namun dia sanggup menunggu sehingga kes terbabit selesai.

“Saya akui nak failkan sam4n ini kosnya tidak murah tapi saya sudah lama bersabar dengan perkara ini. Saya mahu undang-undang membuktikan isu yang berlaku,” katanya.

Siapa Puteri Sarah Liyana? Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin atau nama komersialnya, Puteri Sarah Liyana merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.Isteri kepada sutradara Syamsul Yusof ini bakal muncul dalam drama berepisod terbaharu, Aku Seorang Perempuan dan Melastik Ke Hatimu.

Biodata / Profile / Latar Belakang

Pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Menggunakan nama komersial, Puteri Sarah dan Puteri Sarah Liyana.

Kelahiran London, England pada 1 Disember 1985.
Berumur 36 tahun (2021).

Membesar di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Johor.

Mendapat pendidikan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dalam bidang Degree Pengurusan Hotel.

Menceburi dunia hiburan sejak tahun 2008 sebagai seorang pelakon dan model.

Antara drama dibintanginya seperti Dunia Anita, Puteri, Janji Kekasih, Evolusi KL Drift: The Series, Aku Seorang Perempuan, Melastik Ke Hatimu dan Ustazah Robotik,

Juga telefilem Sandal & Serban, Takbir Dari Belantara, Rindu Rahman, Jangan Curi Hati Saya dan banyak lagi.

Penglibatannnya dalam dunia perfileman menerusi Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Usin UFO dan Radhi Rudy Bin Dadu.

Mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dengan pilihan hatinya, pengarah Syamsul Yusof. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak bernama Syaikhul Islam (lahir tahun 2017) dan Sumayyah (lahir 2019).

Akaun Instagramnya, @puterisarahliyana sehingga ini mengumpul lebih 1.2 juta pengikut.

Fakta Menarik

Anak sulung daripada empat orang adik-beradik.

Mula berhijab sejak tahun 2013.

Pernah menjayakan iklan Nivea, DiGi, AG2000 dan F&N, serta menjadi duta kepada produk Silky Girl.

Sumber : HMetr0

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.