Amalan

‘TMJ boleh dikenakan tindakan kritik FAM’ -Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM dedah jenis hvkuman yg patut dikenakan

KUALA LUMPUR: Pandangan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai isu bola sepak negara dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu temuramah minggu lalu boleh ditakrifkan sebagai mengkritik badan induk itu.

Justeru, bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Kamarudin Abdullah berpandangan pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu boleh dikenakan sebarang hukuman yang dirasakan wajar oleh FAM seperti yang pernah ‘dirasai’ ramai individu dalam bola sepak sebelum ini.

Tegasnya, FAM perlu berani untuk mengenakan tindakan kepada mana-mana individu atau pihak yang didapati melanggar undang-undang bola sepak bagi memastikan badan induk itu sentiasa telus.

“Kita kena lihat kedudukan Tunku Ismail dan sebagai pemilik pasukan, beliau memang ada akses terus kepada FAM dari aspek peranan. Kalau daripada pendapat saya, beliau sebahagian daripada ahli gabungan FAM juga.

“Jika beliau mengkritik maka samalah juga sebagai contoh jurulatih yang pernah memberikan kritikan sebelum ini. Tiada beza (dalam aspek ini). Hukuman mungkin penggantungan atau denda, itu sahajalah.

“Apabila beliau memasuki arena bola sepak, kita perlu anggap beliau sebagai pemilik pasukan JDT. Jadi, FAM perlu berani dan telus untuk mengambil tindakan di mana kalau ada kesalahan dalam ruang lingkup bola sepak, tindakan harus diambil,” katanya kepada BH Sukan.

Sebelum ini, Tunku Ismail mengkritik kelemahan pengurusan FAM terutama selepas tidak menepati perancangan asal untuk menghantar skuad bawah 23 tahun negara (B-23) apabila sebaliknya pada saat akhir mengubah kepada skuad senior.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Kamarudin Abdullah.

Malah, kegagalan komunikasi daripada FAM yang tidak telus dalam menyampaikan maklumat berhubung status pemain yang tidak dipanggil turut menambahkan lagi masalah hingga menimbulkan persepsi tidak baik dalam kalangan penyokong.

Namun berdasarkan rekod, FAM membuktikan mereka tidak mengamalkan sikap pilih kasih kepada ‘kayangan’ kerana pernah mengenakan hukuman kepada Tunku Ismail pada 2013.

Ini kerana Tunku Ismail pernah digantung enam bulan dan didenda sebanyak RM18,000 atas kapasiti sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) oleh badan induk itu.

Keputusan FAM itu dibuat susulan tindakan Tunku Ismail mengkritik dan meluahkan perasaan tidak berpuas hati mengenai mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga M) yang ditakrif berada di tahap amatur dan tidak berkualiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published.