Uncategorized

Baru Je Kak Long Minta Lupakan Dia, Muncul Lagi Laporan P0lis Baru. Kali Ni Memang Susah Nak Lepas

Berang dan kecewa melihat tindakan Wan Noor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kak Long 7E yang seperti mempersendakan Orang Kurang Upaya (OKU), Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya

Anggota Terengganu (POKUAT) membuat keputusan untuk melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis.

POKUAT buat laporan polis

Menurut Presiden Persatuan, Fakhruddin Zakaria, pihak POKUAT membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terenggganu semalam selepas dia menerima beberapa video yang memperlihatkan Kak Long membuat aksi pergerakan badan dan mimik muka seperti OKU.

Ujarnya lagi, laporan polis telah dibuat dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada wanita berkenaan kerana ia agak keterlaluan serta mengguriskan hati mereka.

Tindakan wanita terbabit yang tidak sensitif terhadap perasaan OKU mengakibatkan timbulnya rasa marah apabila kami dihina oleh seseorang yang semata-mata ingin meningkatkan popularitinya di media sosial.

Kami menggesa kerajaan supaya segera menggubal atau mewujudkan akta yang membolehkan mana-mana individu atau pihak yang menghina golongan OKU dalam apa bentuk sekalipun dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam pada itu, pihaknya berharap agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyekat akaun media sosial wanita tersebut.

‘Bila salah minta maaf’

Tambahnya lagi, tindakan Kak Long yang akan meminta maaf selepas membuat video terbabit sehingga membangkitkan amarah netizen adalah tidak wajar sama sekali.

Bila salah minta maaf dan kemudian ulangi lagi dan perbuatan seperti ini amat tidak bersesuaian melainkan wanita terbabit dikenakan tindakan undang-undang.

Terdahulu, video Kak Long melakonkan gaya tempang dan herot membuatkan netizen marah dan kejadian berkenaan dipercayai berlaku selepas dia dijemput menghadiri Program Trending di Stesen TV Al Hijrah.

Membesar bersama di pasar malam, sifu marketing teruk kena ‘bantai’ gara-gara ajar Kak Long buat Facebook Ads…akui kurang didikan punca segalanya

“Kak Long Nak Berehat, Lupakan Kak Long” – Tak Larat Kena Kecam, Kak Long Nekad Kurangkan Aktiviti Di Media Sosial

Wanita yang tular dengan panggilan Kak Long 7E, Wan Noor Baizura tampil menjelaskan sekeras-kerasnya tidak berniat untuk mengejek orang kurang upaya (OKU) ketika sesi siaran langsung Facebook baru-baru ini.

Jelasnya menerusi hantaran terbaharu di Facebook, dia akui setiap tindakannya ketika ini sentiasa diperhatikan masyarakat dan membuka ruang untuk mencari kesilapan.

“Kaklong tak ada ejek OKU. Kaklong tahu satu Malaysia benci Kaklong. Jadi setiap apa yang Kaklong buat, semuanya nampak salah.

“Kaklong faham, setiap apa yang Kaklong tulis, akan menjadi perhatian orang.

“Live Kaklong orang masuk, orang kecam, orang tunggu kita silap kat mana, orang akan kecam. Orang akan manipulasi supaya Kaklong nampak salah selamanya,” tulisnya.

Malah, kata Kak Long, dia memahami situasi dan kepayahan yang dilalui oleh OKU setiap hari.

“Kaklong tiada niat lukakan hati OKU. Kaklong faham kesusahan hidup sebagai OKU, yang banyak bersabar, dalam meniti usia.

“Ujian orang OKU pada diri mereka dan famili mereka cukup besar.

“Kaklong doakan semoga hidup mereka dipermudahkan,” tambahnya.

Justeru, disebabkan kecaman bertubi-tubi yang diterimanya sejak beberapa minggu lalu, Kak Long nekad untuk mengurangkan aktiviti di media sosial selepas ini.

“Kaklong plan untuk kurangkan aktiviti di media sosial ni. Terlalu ramai orang negatif. Terlalu ramai tunggu masa nak hentam kaklong.

“Kaklong nak berehat seketika. Korang, Kaklong doakan semoga sihat- sihat selalu. Lupakanlah Kaklong. Kita bukan siapa- siapa,” coretnya.

Kisah Kak Long yang turut mengusahakan perniagaan kosmetik di Dungun, Terengganu itu mula menjadi sorotan apabila video perbalahannya bersama juruwang di sebuah kedai serbaneka tular.

Tidak cukup dengan itu, kehadiran Kak Long di sebuah stesen televisyen untuk program berbentuk Islamik dikecam teruk oleh netizen.

Belum cukup 24 jam, Kak Long sekali lagi menjadi mangsa peluru netizen apabila dipercayai seakan-akan cuba mengejek netizen dengan perbuatan seperti OKU ketika sesi siaran langsung Facebook.

Sumber: FB Wan Noor Baizura

Leave a Reply

Your email address will not be published.